Saya Harap Tiada Orang Yang Ciplak Tudung Saya – Mia Sara

Hiburan

Saya Harap Tiada Orang Yang Ciplak Tudung Saya – Mia Sara

Umum mengetahui pelakon kanak-kanak Mia Sara sudah mengenakan hijab sepenuhnya selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada awal Januari lepas.

Seperti selebriti lain, Mia juga menggunakan kesempatan ini untuk mengeluarkan jenama tudung serta jubah sendiri, yang dikenali dengan nama MS Couture.

Advertisement

Mia berharap tiada pihak yang akan meniru rekaan tudungnya seperti yang berlaku kepada jenama popular seperti Naelofar Hijab dan Fareeda.

Saya selalu terbaca dan tahu tentang produk-produk tudung berhadapan dengan masalah tiruan sehingga memberi kesan kepada peniaga.

Saya harap sangat mereka tidak tiru tudung saya kerana tudung dan jubah yang saya jual murah dan kalau ada yang tiruan pun sama sahaja harganya.

Semalam satu sidang media telah diadakan bagi memperkenalkan koleksi MS Couture dan pada majlis tersebut, Mia merasa sebak saat terkenang kembali kesusahan ketika mula-mula membabitkan diri dalam bidang perniagaan.

Saya sedih kerana teringat awal-awal kami menjual tudung ketika itu saya belum berhijrah (memakai tudung) lagi kira-kira pada Januari 2015.

Masa itu kami ada kedai sendiri, namun ketika iu tudung tidak laku dan nak jual sehelai pun susah. Sampailah selepas balik umrah Disember tahun lalu saya terbuka hati untuk bertudung, daripada situ rezeki semakin murah dan Allah tunjuk jalan untuk berniaga.

Kecil-kecil lagi Mia Sara sudah mula mahu berniaga dan memperkenalkan jenama tudungnya sendiri, tapi macam trend pula lepas berhijab kena ada koleksi tudung sendiri pula. Emm2..

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...