Saya Hanya Mampu Beri RM2,000 Sebulan – Aidil Zafuan

Hiburan

Saya Hanya Mampu Beri RM2,000 Sebulan – Aidil Zafuan

Sebelum ini, Rita Rudaini telah membuat tuntutan sebanyak RM5,392 sebulan daripada Aidil sebagai nafkah Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang. Namun semalam ketika perbicaraan dilangsungkan di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Aidil memaklumkan yang dia hanya mampu memberi RM2,000 sebulan kepada bekas isterinya itu.

aidil rita

Advertisement

Menurut Aidil, jumlah tersebut diberikan selepas dia keluar dari rumah kelamin mereka di Kota Damansara pada Januari 2012, tetapi tidak menetapkannya untuk bayaran tertentu. Kata Aidil menerusi Berita Harian:-

Ketika tempoh perkahwinan, saya memberikan (kepada Rita) RM5,000 untuk bayaran rumah, makan minum dan pengangkutan. Bagaimanapun, sejak keluar (rumah) saya hanya bagi RM2,000 sebulan, selepas ditolak tanggungan rumah RM3,000. Saya tolak sebab majikan ketika itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sediakan rumah, jadi tak perlu bayar

aidil rita
Ditanya mengenai sebuah kereta Mercedes miliknya, Aidil mengaku membeli kereta berharga RM240,000 itu pada 2012, dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM3,000. Namun begitu ansuran tersebut dibayar oleh majikannya iaitu JDT berdasarkan perjanjian dipersetujui ketika menandatangani kontrak untuk bersama pasukan tersebut.
aidil dan ritaAidil turut memberitahu mahkamah, ketika berkhidmat dengan pasukan ATM pada 2012 hingga 2013, pasukan itu membayar elaun rumah RM2,500 sebulan dan selepas menyertai Johor Darul Takzim (JDT) pada 2013, pasukan itu yang menyediakan rumah dan membayar sewa tanpa ditetapkan had jumlahnya. Perbicaraan akan bersambung 9 dan 25 Jun ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...