Written by AbangNara | April 16th, 2012

Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka. Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.

bob kuman

“Bang, tolong datang ke rumah saya sekejap, boleh? ” soal Bob Kuman.

“Ada apa Bob?,” soal saya.

“Abang tolong datang sahaja,” pintanya.

Pada awalnya saya berasa agak hairan dan menjangkakan Bob hanya sekadar bergurau. Terfikir, jika dia berhadapan masalah, tentunya sebagai artis terkenal, dia mempunyai ramai kenalan bersedia untuk membantu.

Apapun, hati kecil mendesak saya memenuhi permintaannya lalu mengajak kru 666, Razali Harun untuk menemankan saya bertemu Bob.
bob kuman
“Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’, siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi,” ujar Bob.

Tambah Bob, dia dirawat di hospital terbabit dalam tempoh lebih 2 minggu.

Sambil berbual, saya perhatikan mesin oksigen dan wayar dimasukkan ke dalam hidungnya bertujuan untuk membantu pernafasan.
bob kuman
“Orang tidak cukup oksigen bang, tidak ubah seperti sayur layu. Kulit saya pun telah berubah warna,” celah Bob.
bob kuman
“Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat,” katanya biarpun kelihatan dalam kesakitan dan sukar menarik nafas.

“Kongsikan fakta, itu tidak salah,” celah saya.
bob kuman
“Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang. Dalam keadaan begini, saya pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah gerai Bawal Power saya kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi kewangan,” jelas Bob.
bob kuman
Sesekali sewaktu berbual, dia berhenti, diam untuk menarik nafas.
bob kuman
“Timbalan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, pernah menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan. Saya memaklumkan wakil dia, bila simpati, dapat benda lain, dapat beras, dapat biskut. Siapakah hendak membantu menjelaskan bil hospital saya? Saya rasa macam malu,” kata Bob lagi.

Bob memaklumkan saya, dia kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya.

Saya kemudian menghubungi Zed menggunakan telefon bimbit. Mujur dalam kesibukan dengan kegiatan seharian, dia masih berpeluang untuk mengangkat panggilan dari nombor tidak dikenali.
bob kuman
“Melalui SENIMAN, saya telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni tetapi setakat ini belum mendapat sebarang keputusan dan berapakah jumlah bakal diterima oleh Bob. Sebelum ini, beberapa artis seperti Nasir P. Ramlee dan Kamal Pendek telah menerima sumbangan dari tabung terbabit,” jelas Zed.

Selepas berhubung dengan Zed, saya kemudian memaklumkan kejadian menimpa Bob kepada Penerbit program Melodi, TV3.

Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
bob kuman
Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala berikut nombor akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.

Jika akaun dilaporkan disekat, bersabar dan sila rujuk entri Akaun Maybank Bob Kuman disekat. Ketahuilah, sesungguhnya kekadang berbuat kebaikan itu mempunyai cabaran tersendiri.

‘Bantulah, semoga Allah sentiasa membantu sewaktu kita ditimpa musibah’. Artikel ini dipetik daripada blog Bersama Mazidul.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

141 responses to Saya Hanya Ada RM36 Dalam Akaun Simpanan – Bob Kuman

  1. am says:

    first !!!

    0

    0
    • Anonymous says:

      nara, pagi td aku try transfer duit ke acc tu, tp x go thru, i guess acc no tu kene suspend sbb bnyk sgt transaction, boleh x check whether sekarang dh boleh ke belum?

      0

      0
      • emasyira says:

        abg nara.. rasanya bob bleh mintak tolong dengan kebajikan sosial di mana2 hospital kerajaan…kebajikan sosial bleh bantu blikan mesin atau menampung sikit2 kos rawatan.. tp kena rawat di hosital kerajaanla dulu..

        0

        0
      • Anonymous says:

        syafakallah~

        0

        0
      • Kek Coklat says:

        Kesiannya Bob Kuman.
        Semoga cepat sembuh.

        Dulu geng2 Hero Malaya pun ada tolong Bob Kuman.

        0

        0
      • 4flat says:

        Hari tu terbacablog Marzidul, dia mmg ada tersalah letak no acc, tp dia kata dia dh edit blk.. Maybe boleh try cek kt blog Marzidul.. Hari tu 1st time tgk gambar bob ni mmg terkejut.. Xtau sama ada dia penyakit keturunan ke apa sbb xsalah Kumin tu pun dh meninggal kan? Kpd yg lain2 jagalah kesihatan, we are what we eat.. Jgn ikutkan nafsu sbb zaman skrg ni makanan la punca mcm2 penyakit.. Saya byk perhatikan tabiat makan org yg byk mempengaruhi masalah kesihatan dorang.. Jagalah makan k, selagi boleh jaga kesihatan kita jaga, nanti dh sakit baru nk menyesal.. Lagi satu benda yg mcm curious, apsal Bob xnk pegi government hospital? Kan jauh lagi murah..

        0

        0
      • ko kesah says:

        eleh pandai jer nasihat org ntah2 die pun 100kg..bwekkk

        0

        0
    • sarah_nina says:

      entry macam ni pun sibuk nak 1st..ish..ish..:P

      apa2pun kita doa kan yg terbaik tu bob. :)

      0

      0
      • kasut.biru.polka.dot. says:

        wau perlukah letak gambar hidung berdarah itu?

        0

        0
      • Anonymous says:

        dik kalau tak tunjuk, baik dia takyah panggil abang nara datang tgk dia. adoyai pikir la sikit. dia nak tunjuk kesusahan yg dia alami.

        0

        0
      • Anonymous says:

        apo layi org ni.. abang nara letak gambar tu sbb nak tunjuk bukti… sesetengah orang kolot pikirannya.. kang dia ckp bob kuman ni reka cerita mintak simpati…

        0

        0
      • doLLLL says:

        copy paste dr blog mazidul lah doLLL. abg kat sini merujuk pd mazidol la doLL….. bukan si nara

        0

        0
      • x seksi says:

        mahalnye sampai 8 ribu seminggu…jgn pegi kat hospital swasta lagi.. ikut kemampuan..hospital kerajaan skg da bnyk specialist. my father admitted to selayang hospital semimggu sbb masalah jantung n masuk ccu lagi. bil x sampai seratus pun.

        0

        0
      • Cik Ketom says:

        Perlulah letak gambar hidung berdarah tu supaya org tak tuduh dia menipu. Tak perlulah pertikaikan orang yang sedang dalam kesusahan, kalau ada rezeki lebih hulurkan bantuan mudah2an dapat meringankan beban Bob n rezeki penderma juga semakin diberkati Allah.

        0

        0
    • kuturayau says:

      dimanakah presiden, timbalan presiden seniman time2 begini? Terbela ke nasib dan kebajikan artis ni?

      0

      0
      • tak baca ke? says:

        Kan ke Mazidul da ckp kat situ, Zed sbg timbalan presiden seniman da kuarkan surat sokongan ke kementerian untuk bantuan..
        Cuba baca dulu sblm fikir nak hentam org… statement ko ni buleh dtgkan fitnah kat org lain.
        Busuk punya orang!

        0

        0
      • akumenyampahdgntashashila says:

        zed ade jugak tunjuk muka, HSB mana?????

        patut la kalo artis2 ade masalah cari zed dlu baru cari HSB.
        pikir2 kan.

        0

        0
    • Selitone says:

      Sabar menempuh dugaan ini Bob…

      Insyallah.. RAKYAT MALAYSIA SEMUANYA PRIHATIN…

      Ayuh semua, kita bantu Bob. Sekian lama dia menghiburkan kita… kini masanya kita membalas budinya… bagi yang tak berkemampuan, kirimkanlah doa… Semoga saudara Bob akan pulih dari sakitnya.

      0

      0
      • Nina says:

        Kesian Bob.. aku kat Brunei pun dah rasa simpati sgt kat dia.. harap2 Bob akan dapat bantuan secepat mungkin bagi menampung perbelanjaan perubatan beliau.. :)

        0

        0
    • bukan am says:

      budak hingusan sangat ko ni am

      0

      0
    • bukan am says:

      budak hingusan sangat!!!

      0

      0
  2. non says:

    i.allah ada yg sudi membantu. rakyat malaysia sume prihatin. sy takda duit tp sy hanya mampu menolong dr segi doa sahaja

    0

    0
  3. Rooney says:

    Ni antara post post BN yang bagus, lain lain semua boleh buang ke tepi.

    0

    0
  4. icha says:

    semoga bob kuman cepat sembuh.wlpn kite xdpt bantu dgn wang ringgit,sama2lah kite doakan moga ALLAH kurniakan kesihatan dan kesejahteraan utk die

    0

    0
    • sha says:

      Saya rasa kalau pembaca semua pakat2 bagi sekadar rm1 sorang pun, bila dihitung2.. banyak juga yg dapat.. jgn la kata kita ni x ada duit.. tu dok beli topup hari2 boleh pula.. sesungguhnya inilah bekalan yg mampu menolong kita di akhirat kelak.. jika sekali kita membantu manusia yg memerlukan, Allah akan bantu pula 70 kali benda yg kita hajatkan.. wallahu’alam..

      0

      0
  5. lea says:

    Sy cuma ade rm42 dlm akaun sy. insyaAllah sy akn dermakan separuh dr duit tu. walaupn sedikit semoga ianya bermakna..

    0

    0
  6. sarah_nina says:

    lah kesiannya.. btw. artis2 ni masa time berlakon dia hanya dapat gaji bulat2 ya.. tanpa potongan socso & kwsp. (minta maaf aku bukan dlm bidang hiburan. sekadar bertanya..). sebab masa aku lepas grade dulu.. sebelum dapat kerja tetap.. kerja cikai2 pun walaupun seminggu..ada socso dan kwsp. kalau benda 2 ni berlaku semasa kita bekerja.. kan dah boleh claim dr socso.. hmmm..

    0

    0
    • Anonymous Yg Over says:

      yup jadi artis sama macam berkerja sendiri tp artis rakaman x sure la, sebenarnya itu semua xpenting janji kita ingat masa depan, sebab tu dalam islam mengingatkan, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..
      simpati dengan nasib bob , harap mereka banyak bersabar untuk kawan2 semua jangan lupa menonton bersamamu setiap rabu 9.30 mlm sama2 kita membantu mereka juga..

      0

      0
      • sarah_nina says:

        oo.. macam tu..paham2..
        betullah cakap ko.. yg basic tu kena ingat..ingat lima perkara sebelum lima perkara… sihat sebelum sakit… muda sebelum tua… kaya sebelum miskin… lapang sebelum sempit… hidup sebelum mati… (sambil mengingatkan diri sendiri….)

        0

        0
  7. sukaati aku la nk letak nama ape says:

    kesiannye.. harap2 ader yg sudi membantu.. saya ni student lg, xde duit nk membantu.. hanya mampu untuk doakn smoga abang bob kembali sihat..Insyallah abang bob akan kembali seperti dulu semula.. ader cara lain lagi ker yg kiter smua boleh bantu?. kalau x mampu dr segi kewangan, mungkin dr segi lain ker?

    0

    0
  8. meeradriana says:

    kenapa carik zed zaidi??
    kena carik harun salim bachik lah..
    hsb kan presiden..
    nanti hsb ckp zz melangkau dia..

    0

    0
  9. poyo says:

    Allah brsama dgn org2 yg sbr

    0

    0
  10. […] Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka. Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas … Continue reading → […]

    0

    0
  11. hamba allah says:

    mari lah kita sama2 menderma …

    0

    0
  12. suhaimi says:

    saya x banyak duit tpi saya akan bantu walaupun sedikit…moga2 sahabat lain boleh membantu…..kita bantu lah bob…sekarang masa dia susah…mungkin suatu hari nanti giliran kita pula……

    0

    0
  13. nurkasih says:

    kenapa bila nak transfer keluar “this is not an authorised account”? ada sapa2 tahu kenapa? cemana nak transfer duit yer..

    0

    0
    • sarah_nina says:

      ha’ah lah.. aku pun dapat mcm tu.. habis tu mcm mana nak transfer.. nak hantar kat rumah dia tu.. aku hari2 balik tengah malam sekarang ni…lagipun taktau pun alamat.. nara sila bagi idea..
      Unsuccessful – Account is not authorised. Reject code: [0076]

      0

      0
    • Anonymous says:

      acc tgh kene suspend, pg td aku try pun x boleh.. sbb bnyk sgt transaction masuk kat acc tu, so maybank suspend sbb ingat fraud. kene tggu maybank released acc tu dulu..

      0

      0
      • sarah_nina says:

        oo.. mcm tu.. so kena tunggu nanti lah ya… nara nanti update ya kalau dah relase.. aku takut nanti kalau kita try banyak kali.. account kita pulak suspend.. nayaaaa… nara .. thanks in adv… :)

        0

        0
    • e says:

      banyak sangat transaction tu.. acc die suspended.. hmm. kena pergi bank and update acc baru acc ok.. maybank antara bank yang sgt fussy.. banyak transaction, acc mesti kena sekat.. adoi

      0

      0
    • hmmmm says:

      adoi….bongek nyer maybank…owg nga nk pki det kot…tngu dier released biler plak…hmmm

      0

      0
  14. Lagubestbest says:

    Lembaga Zakat sepi je ke?

    0

    0
    • Kurus says:

      lagu best best

      kenapa tidak, u yang bawa perkara ini kepada mereka
      since u seem to know them..

      0

      0
  15. […] berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas … Continue reading → This entry was posted in Gosip and tagged Akaun, Dalam, hanya, Kuman, RM36, Saya, Simpanan. by […]

    0

    0
  16. az says:

    Assalammualaikum.

    menghairankan sungguh. tapi tak hairan sangat. agak sinonim. tak keterlaluan andai saya katakan masyarakat sekarang lebih gemar membaca dan mengikuti blog hiburan, berita2 sensasi, berita2 panas dan gosip2 liar yg entah apa kejadahnya berbanding berita musibah/nasib kurang baik yg menimpa Hamba ALLAH yg lain. cuma 15 komen?? come on! kalau berita artis yg tak digemari bercinta, putus cinta, putus kasih, kahwin di bawah tajaan, kahwin ala2 khayalan apa benda, sampai beratus pulak komennya! kalau artis putus nyawa, tak ke mana juga komennya.

    kenapa abg bob dibiarkan memandu sendirian walhal wahid dan lan pet pet menjadi saksi?? takde wartawan korek benda tu ke?

    0

    0
    • sarah_nina says:

      sabar ya.. kejap lagi banyak lah tu..ni kan waktu tengah makan malam..lepas tu yg student tengah buat kerja sekolah.. yg kerja tengah perjalanan pulang..lepas tu yg gi masjid dr maghrib sambung ke isyak.. yg mak2 tengah tengok berita.ada yg tengah ngaji..yg mak bapak tengah layan anak sebab baru balik kerja.. apa lagi ya.. ada yg nak sambung..hehehe..

      0

      0
  17. Zed zaidi ambil berat says:

    Bagusla zed zaidi ambil berat kebajikan dorg ni, nmpm dia buat kerja… Keep up the good work! mcm ni la pemimpin yg bagus

    0

    0
  18. Jajabinks says:

    apa hal MIG tk jaga pelakon2 kemalangan mcm ni..Alah esok lusa sure apek David teoh timbul nk dpt nama..

    0

    0
  19. yan says:

    ye la tak bleh nak transfer…. “this is not an authorised account”?

    0

    0
  20. Atan says:

    moga bob cepat sembuh hendaknya.. AMIN….
    MIG untung juta-juta tapi tak kan la artis produksi sendiri pun lepas tangan jer..
    supposed ada insurance cover..
    MEJAR DAVID TEO.. sila jawab.. you bagi artis hadiah kereta boleh, tak kan la balance bill hospital yang takat RM3 ribu lebih you langsi kot..

    0

    0
  21. kokokooo says:

    harun salim bachik sibuk je dgn keje2 cari poket sndiri..
    bile ZZ dok tampil kedepan je..mcm2 pulak org kata dia..
    sekurangnya ZZ ada rasa tanggungjawab..
    semoga BOB cpt sembuh & blh bkarya smula..amin

    0

    0
  22. nenek kebayan says:

    semoga cepat sembuh
    sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa,,,

    0

    0
  23. Hamba Allah says:

    Jom kita pakat derma…… Tp still x boleh lah.. Unauthorised katanya… So how?…sian bob…

    0

    0
  24. bulansabit says:

    mmg nmpk ZZ buat kerja wlupun dye timbalan saje…ini salah satu cth yg ZZ cuba smpikn pd kite rakyat malaysia…kebajikan artis perlu dijaga,bila terjadi perkara seperti ini Seniman juga yg dicari,dihrp HSB dan ZZ sentiasa tabah memperjuangkn nasib artis wlupun agar sukar utk memenuhi kehendak pihak2 tertentu..dan kpd Bob,doa sy semoga cepat sembuh…

    0

    0
  25. rombau says:

    Yg camnilah yg patut kita tlg… Ni tak.. yg nk pakai orang gaji 2-3 org tu jugaklah.. yang dok sibuk warga artis dok melawat kt spital mahal.. yg dh taraf merempat camni langsung x pandang.. Tuan Zed Zaidi.. Tolong pantau.. Nak harapkan Pak Lawak tu.. x kemanalah jawabnyer.. nanti dia buat lawak lak kt super spontan..

    0

    0
  26. Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

    kalau dapt kurus kn badan kn bagos kn……minah jambu doa kn semoga bob bertambah baik dari segi kesehatan dn cepat2 semboh ok …bujang kau dh trnfer blm kt A/C bob kuman ni?

    0

    0
  27. aku la says:

    insyaAllah..saya akan membantu..

    0

    0
  28. Anonymous says:

    Sudi2lah sedekah. Sekali duduk d kede kopi dah RM10. Apa salah, skip dulu hari nie. Kita minum 3in1 & sebiji bun atau pau. Kalau 100 org buat dah dpt RM1000, dan kalau 1000 org dapatlah RM10000.

    0

    0
  29. qidapple says:

    yaallah, tolonglah ringankan beban yg dialami beliau. dan tabahkan la hatinya untk menghadapi dugaan ini. .sesungguhnya hanya padaMu kami meminta pertolongan dunia dan akhirat..amin..

    0

    0
  30. lolita says:

    yang ni citer lama la. cuba tanya empunya diri sendiri. bukan ke skrg dia da jadi Duta utk produk slimming. patut cik Nara call abg bob and tanye perkara sebenar. zmn teknologi moden skrg ni terlalu ramai org2 yg suka mengambil kesempatan.
    #peacenowar

    0

    0
    • hamba allah says:

      apa pulak lama .. ni dri mazidul punya blog .. entri baru ..

      0

      0
      • dewi says:

        Iya la ini cerita lama..baru 2 minggu sudah keluar cerita Bob dah turun berat badan selepas jadi duta produk slimming. Nampak masa tu dah susut badan beliau.

        0

        0
    • Fazura gojes says:

      Kalau x nak tolong jangan bising.

      0

      0
    • conan says:

      to lolita & dewi:cuba tengok tarikah gambar tu diambil.baru je ahad lepas (15.4.2012). may b, yg u tgk adalah rakaman kot…

      0

      0
    • cekodok says:

      memang la citer lama. derma tu diteruskan sebab dia masih belum dapat langsaikan hutang dia. blog encik Mazidul tu untuk membantu Bob. tak dapat bantu banyak, kita bantu mana yg mampu dan ikhlas. ye dia jadi duta tu, itu yg dia dapat bayar sikit bil hospital tu. siyesli aku pelik dengan sikap manusia. org tu gi hospital swasta, bising naper tak gi kerajaan. masa tulis tu tak fikir keadaan dia. adakah dia saja-saja nak aniaya diri dia? fikir la esok ntah time kita. selalu sangat buruk sangka, sian tul hidup org camni. kalau nak selidik, anda pi usaha tanya n tengok depan mata. boleh?

      0

      0
  31. sha says:

    cita lama cik lolita?? hang biaq betikk.. apsal date dlm pic2 kuman tu tarikhnya smlm? ke ko mendengki nih??

    0

    0
  32. sponge bob says:

    ya allah kesian nya nasib hamba allah ini..tp sy hanya mampu mendoakan smge ujian yang allah beri pada abg bob diringankan..sy masih lagi study..yang dah kerja silalah bantu abg bob…=(

    0

    0
  33. alin says:

    dato siti, dato ac, dato m nasir, dato sheila majid, artis2 yg byk duit yg bgelar dato…..ape salahnye mmbantu kn……..rosham nor, erra fazira, ziana zain, fasha sandha, johan, zizan…..artis2 yg snang…..apa salahnye kn lh ringan kan bebanan beliau……smoga allah mrahmati kamu smua…..aminnnnn

    0

    0
  34. jade says:

    aduh. perit hati aku tengok kuman ni. abang nara sila update kalo acc bank kuman dah bleh trima transfer fund tu. thanx. salam

    0

    0
  35. chakila says:

    apesal la si bob ni gi tawakal?dah tau private hosp. lg mau pegi. bkn ke Hosp. KL ada. dah dekat pun. klau dah bdrah2 camtu, xdenya GH nk buat lmbat2. xkan la sbab artis, dia malu nak gi GH. klau xde duit, buat cara xde duit.

    0

    0
    • gol says:

      x baik cakap camtu … dari pengalaman sy ler klau masuk gomen punya hospital .. yg tinggal nyawa2 ikan baru diorg take action klau kat emengercy room tu ..Klau penyakit yg memerlukan rawatan pakar byk karenahnya kna tunggu berbulan bulan … Klau masuk private cepat .. tapi duitnya ler x mampu ..

      0

      0
      • Cik pizz says:

        Mungkin bob x sangka kemalangan cmtu 7 hari lam wad bil 7 ribu.. Baby demam pon 4 ribu 5 ari kat wad spital swasta.. Mungkin bob dah x larat than sakit.. Apapun bersangka baik k

        0

        0
      • Aku sebatang kara says:

        Sebab mungkin dia ingat dia boleh claim ngan penerbit kot! And he is in real pain!

        0

        0
      • dynasty says:

        i nak respon komen si gol..
        x betul la nak mati baru diorang layan.
        unless u yg experienced sendiri benda tu.
        i dulu takde pon kene macam tu.
        ade betul kate chikala,kalo dah berdarah2 dia takkan biarkan punye.
        tros buat yg patot.
        and i also rasa cik pizz betul,mybe bob x expect yg just kerana jatuh die kne admitted smpai seminggu..
        i doakan yg terbaek buat bob.
        mase susah nila baru nampak mana kawan sebenar..
        ade hikmah semuanya.

        0

        0
    • Anonymous says:

      chakila, kenapa hati ko busuk? klu nnt ko nazak nak mati, org kutuk2 ko, ko suka x? tp aku rs bende tu akan kene kat ko blk.. tggu time ko.. kata2 ko bg kat bob mi akan hantui ko blk bila nak mati nnt..

      org sakit, xperlu la nak tambahkan sakitnya, klu nak sedekah, sedekah la, klu xnak, senyap, simpan je kutukan tu dlm hati dpd ko kuarkan and sakitkan hati org lain. dosa je yg ko dpt chakila oii….

      0

      0
    • insan simpati says:

      aku setuju dengan ko chakila..artis ni suka pergi ke hospital swasta. lepas tu tak boleh nak byr bil minta derma dgn orang ramai..Hospital kerajaan memang tak pandanglah..
      kalau dah tahu diri tu ada masalah kewangan, pergilah tempat yang sesuai. Hospital kerajaan dah ada banyk kemudahan dan murah…pikir pikirkanlah.

      0

      0
  36. cinoni says:

    Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yg sebaik2nya kepada insan ini.. amin. Bob, i hope you feel better, get well soon.

    0

    0
  37. bib says:

    nurlizz bg bantuan x?

    0

    0
  38. Yva says:

    ader bace kat 1blog b4 Nara post entry nie..timbalan presiden sumbang beras + biskut utk kuman.kuman mntk sumbangan dr segi kewangan bkn mknan.cian kuman coz mase die p hospital sorg2 tnpa dbantu kru2 laen.tabah tmpuh dugaan ini..

    p/s : out of topic :- ble nara nk wat entry psal dira abu zahar mnum clorox?

    0

    0
  39. christina says:

    knp nk kena hospital mahal ? Sbb tu bayaran mhl . . Huhuhu , kan bgs ke hospital kerajaan . . Jgn la sbb ARTIS , jd malu nk ke hospital murah . . Nk jaga standard tp last2 minta bantuan org . . Bkn aku nk persoalkan , tp agak2 laa pun . . Btw , sian ko , bob . .

    0

    0
    • lyndabell79 says:

      bob ni bukan dah kawin ke? senyap je pasal bini/family dia..

      0

      0
    • Miss says:

      Apasal masa kau ckp sian ko bob tu mcm dalam nada sheila rusly perli “sian kau enot..” dalam movie enot??

      Agak2 lah, soal pergi hospital kerajaan atau tak, knp perlu dipersoalkan lagi?

      Tngok je lah keadaan dia sekarang! Nyawa2 ikan trkulai layu dia ckp. Tu pun mau ungkit dia pegi hospital mahal atau murah ka?
      MAna pegi sahabat2 bob – saiful apek , yassin , kru maharaja lawak?? Juri2 lagi? Dan member dia dlm ML tu, siapa ke nama aku lupa!

      Kak nita tak pegi ke?

      0

      0
  40. hmm says:

    mmgla hops kerajaan ni lambat tp klo case2 emergency xde la plak kita nak biar camtu je…klo setakat demam,selsema or batuk biasa..kira stabil…xemergency sbb tu kita x agresive treat…aish…hosp kerajaan xdela teruk sgt…jgn la trlalu bias ngan doktor…kami pun manusia biasa…cuma baiki kelemahan…cuba anda sendiri duk kat tempat kami…camne rsnye…penat ke x…tp bg pendapat sy…better bob ni g hosp kerajaan klo xmampu….

    0

    0
  41. hmm says:

    ramai je makcik/pakcik yg duk kat kg…keja biasa2…xde pencen…yg hidup susah…yg lagi teruk dari kes bob…tp diorg tau xde duit…alhamdulillah dpt je layanan yg baik drpd pihak hospital…sbbtu wujudnye hospital kerajaan utk org yg xmampu….tp dlm kes bob ni..mungkin ada sebab lain…sangka baik…cuma ni pendapat sy je….

    0

    0
  42. Jenab tonggek says:

    Kepada artis2 yg bnyak duit dan mempunyai boipren kaya raya seperti FASHA SANDHA dan FAZURA sila lah tampil menghulurkan sumbangan…. Anggap lah seperti SAHAM AKHIRAT…..

    0

    0
  43. kulup says:

    kesian kt bob ni..kalau aku kaya dh lama aku tolong…pada artis yg kaya raya 2 tolong la si bob ni…drp beli barang mahal2 baik tolong si bob ni..dapat jugak pahala..

    0

    0
  44. Munzil says:

    Aku bersimpati dengan brader bob & semoga beliau cepat sembuh… Tapi ingat2lah menabung, lebihkan simpanan… Artis2 skrg ramai yg tak fikir masa depan, ramai yg nak enjoy… Bile top, duit byk, blanje sini sana… Bile perlu duit, simpanan takde… Insurans takde… Sekadar ingat mengingati… Peace!

    0

    0
  45. Bini Gajah Mada says:

    Kesian dekat Bob.
    Saya mampu tolong dari segi doa saja.. Sebab kewangan pun saya belum mampu lagi .
    Harap Bob sembuh seperti dahulu dan kembali menghiburkan kami.

    0

    0
  46. atan says:

    SENIMAN jangan tunggu dari kementerian. Coba proaktif sikit. Lancarlah tabung untuk Bob dipusat2 membeli belah seluruh KL. Ataupun smua artis bergabung buat show di pusat beli belah sambil memungut derma. Kurang2 pun dapat jg 5, 6 ribu. Siapa nak bagi. Itu pun tak boleh pikir ka????

    0

    0
  47. Morning says:

    Ternyata zed zaidi prihatin.. Menjawab panggilan walaupun tak dikenali bukti zed peka dan tidak sombong atau goyang kaki.. Syabas.. Teruskan prestasi anda,kurangkan kontroversi

    0

    0
  48. Gadis says:

    kenapa x pergi hospital kerajaan?kalo x mampu pergilah ke hospital kerajaan..hospital kerajaan pun bagus….

    0

    0
  49. lolok says:

    jadi manusia di bumi ni, kenala pandai beringat, kena pandai menabung. saya bukan nak menambahkan lagi kesedihan orang dengan cakap mcmni, tapi ada baiknya saya cakap peringatan kecil mcmni kat diri saya dan orang lain. simpati semestinya. insyaAllah kami semua akan bantu ya BN.

    0

    0
  50. Muak says:

    senangla kalau macam ni…. masa popular dijulang peminat, enjoy duit show habis-habisan…. bila dah sakit, simpanan pun takde…. kalau dah tau takde duit atau insurans, pergi la HKL yang sebelah je dgn Hospital Tawakal Jln Pahang tu… memandu jauh-jauh boleh pulak tahan sakit…. ni kes sama dengan Azean Irdawati yang malu kot nak dapatkan rawatan kat hospital kerajaan… sekarang dah terhutang, sapa nak bayar?…kalau melibatkan duit, ramai yang akan menjauh… nnti keluar la ayat klise… “sekarang saya tau sapa kawan sapa lawan”… dan ayat klise lagi… “Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat”….. dah biasa dengar pun…. Dato Yahya Sulong dah lama sakit dan sama gak kurang duit….. tak meminta-minta pun… tinggi harga diri beliau…. entah la, orang miskin akan dapat perhatian dan bantuan, orang yang kaya tak payah bantu la… orang yang sederhana sapa yang nak bantu?…

    0

    0
  51. Anonymous says:

    sudah2 la mengutuk die psl die pergi hosp swasta, there must be reason, bersangka baik je laa… if xsimpati, xnak derma, xpayah la derma… ni korg duk kutuk2, sakitkan ati die, korg yg berdosa..

    lg satu utk korg yg mngutuk ni, ambil la pengajaran, menabung la dr skarang, beli la insurans utk diri sendiri dan anak2..penting semua tu..

    0

    0
  52. Chanteq says:

    menitis air mata pagi2 ni baca berita tntg Bob Kuman..

    Semoga cepat sembuh….

    0

    0
  53. bonda says:

    terharu bila ada insan2 kat sini sudi membantu bob ni
    hari ini hari dia..sama2 la kita bantu

    0

    0
  54. mimie says:

    for those yg nak derma but account not authorizes tu pegi la ke blog mazidul..maybe die tahu how to resolved dat matter like dis entry:- Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala berikut nombor akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.
    Jika akaun dilaporkan disekat, bersabar dan sila rujuk entri Akaun Maybank Bob Kuman disekat. Ketahuilah, sesungguhnya kekadang berbuat kebaikan itu mempunyai cabaran tersendiri.

    0

    0
  55. sian says:

    apa yg blh aku kata ialah kesian…aku rs bkn dia tak nak pegi hospital kerajaan tp mungkin nak kn tunggu lm2 tak larat…nie pengalaman aku …beberapa thn lps aku anta kembar aku dmm panas gila2 dah bwk pegi klinik tak kebah2…mlm bertambah teruk gan muntah2 bagai lar…bergegas bwk ke hkl…sampai hkl jam 9 mlm tp punya la ramai org dah skt melepek mcm tu pun kene ambik giliran…ambik kau kene tunggu sampai 5 jam…gantuk mata aku menunggu…sampai giliran kembar aku doc ambik darah dia n doc kata ada kuman dlm darah kn mask wad…kira berbaloi gak lar tunggu 5 jam msk wad…tp lenguh siot aku yg tak skt nie menunggu jd sakit…bkn nak kt apa kerajaan nie mmg murh kembar aku msk wad seminggu kene caj pun tak sampai 50 kot coz dikira sehari rm3 kot kalo tak slh…tp apa yg aku perhatikan org ramai sgt…yg skt sikit2 pun pegi hospital coz tak nak kuarkan duit lbh pegi klinik…tu yg menyebabkan ramai n terpaksa tunggu lm2…pd aku yg kurang mampu ms tu terpaksa tunggu jer lar tp sian kembar aku nangis2 tahan skt…nak bt mcm mn dah tau kalo pegi hospital swasta br dptkan khidmat nasihat dah kene rm200 ke rm300 kalo msk wad mau ribu riban…mana mampu ms tu tgh study lg…

    0

    0
    • sarah_nina says:

      aku pun ada pengalaman pasal hosp. kerajaan ni.. bukan nak cakap apa.. aku tau dia orang penat..tapi itu kan kerjaya yg diaorang pilih..waktu aku jaga nenek aku.. muka nurse2 masam mencuka.aku cakap dengan mak aku.. ini orang yg tak sakit pun jadi tambah sakit tengok muka dorang ni.. lepas tu kalau hosp universiti ni.. asyik jadi bahan kajian oleh doktor2 pelatih..pakcik aku masuk hospital universiti.. kerja diaorang hari2 amik darah..asyik keluar masuk hosp aje.. tapi resultnya tak keluar2..last2 pakcik aku dah tak tahan.. anak dia hantar private hospital. dalam masa 1 ke 2 hari dah tahu penyakit.. alhamdullilah skrang dah sihat.. mungkin kuman.. dah ade sejarah kot dengan hosp kerajaan.sebab tu dia pergi host. tawakal. (berfikiran baik aje).. apa2 pun kepada artis2 ni kena beringat.. buat simpanan tua.. beli insurance.. jangan nak shopping aje…hehehe..:P

      0

      0
    • jas says:

      memang xleh nak elak tunggu lama & ramai org kat GH pasal semua rakyat berhak dpt rawatan kesihatan..private hospital memang mahal harga bilik pun min RM200 (itupun 2 bedded in 1 room kena share huhuhu)..x termasuk caj pakar & ubat2an..harap2 mereka yg ada rezeki lebih dpt derma utk bob..dah jadi adat bila artis top aka byk duit lupa atau buat2 lupa nak beli insurance hanya RM100++/month..lebih rela byr insurance kereta puluh2 ribu..jadikan pengajaran..

      0

      0
  56. zbm says:

    bersimpati dgn nasib artis yg menderita mcm ni. tp takat ni,apa yg aku nmpak kebykkn artis suka sgt pergi kat swasta. aku sendiri msuk spital kerajaan je sbb aku sedar yg aku x mampu.huhu.mcm artis azean irdawati, dh habis beratus2 ribu wat treatment kat swasta dgn sebahagian duit derma drpd pihak2 tertentu sbb tu ramai yg ckp bukan2……kdg2 bila dh sakit ni x pyh nk pikir sgtlah title selebriti tu……peace.

    0

    0
  57. Ros Putih.. says:

    Kesiannya nsb y menimpa Bob..sama-sama kita doakan agr Bob sht semula n mgkn ad hikmah d sebaliknya..

    0

    0
  58. miz says:

    smpai skrg acc still suspend lg..
    xpe…nnti cuba lg… =)

    0

    0
  59. kitty says:

    ermm ni le contoh2 bila kita agung2kan artis luar kaya rayo kt negara kita..artis negara sendiri terabai xde job..kesian…fanantik sgt sokong org luar org sndiri mati kelaparan dan terabai..

    0

    0
  60. yan says:

    saya nk transfer tadi…acc beliau not authorised la…
    beliau ada no akaun lain x?
    tq

    0

    0
  61. hana says:

    kenapa x masuk hosp kerajaan je?

    0

    0
  62. syaza athirah says:

    salam abg nara. my mum mungkin boleh tolong abg bob rasanya. My mum buat medical massage , orang stroke pun dah boleh jalan sekarang ni. Bukan nak cakap besar about my mum, why not kita cuba dulu kan. kalau ada feedback,alhamdulillah . Cuma ingin menolong . Kalau ada apa-2 pertanyaan , hubungi 014 7253220 -haida

    0

    0
    • dynasty says:

      syaza, ape kate awak emel abg nara.
      kat sini rase cam dia x bace kot..
      murni niat awak tuh..

      0

      0
  63. loving says:

    knpa dia x msk hospital krjaan je…x ler kos rawatan nye bsr….
    knapa la org yg b’tanggungjwb hanya lps tangan jer….
    kecian dgn bob…..

    0

    0
  64. bbcvb says:

    maybe account been suspend sebab entah2 dah ratus ribu dia dapat… lebih dari yang di perlukan… wow… kaya… takpe.. rezeki dari Tuhan…

    0

    0
    • dynasty says:

      rezeki dia..
      moga2 pasni dia beringat kena ade saving utk masa mendatang
      and semoge dia berbuat baik pulak pasni if betul dah ada ratus ribu..

      0

      0
  65. chentalove says:

    bgus juga cdangan syaza athirah tu…mna tau mama dia dpat tlong…
    blum cba blum tau…
    apa2 pun smoga bob cpat smbuh n sihat kmbali…
    mari kta smua rakyat Malaysia sma2 b’doa…

    0

    0
  66. ANA says:

    TQ zed zaidi… BERUSAHA menolong bob kuman

    0

    0
  67. name says:

    Alahaiii awak2 ni,entry pasal artis itu ini dok mengata,ni entry pasal artis mintak tolong pun nak mengata.Ada je yang tak kena kan? :) Dia cuma mintak bantuan pada sesiapa yang sudi,takde pun dia paksa awak2 yang mengata ni dok masuk duit ke akaun dia ye dak?

    Ikut dia lah nak hospital mana pun,mungkin ada alasan2 tertentu,tapi kita takpayah cara ke benda tu,yang penting siapa yang ikhlas nak bantu,bantu :) Taknak bantu duduk diam2.Tak perlu kita nak mengata dia yang bukan2.Orang tengah sakit kan..cuba letak kita kat tempat dia?Macam mana ye? :)

    0

    0
  68. lantakpilah says:

    doa spy cepat sembuh & sihat. nnt da sihat amalkan cara hidup sihat.
    p/s: artis2 yg dah kaya atas sokongan peminat *cough* undi *cough* xrs ke nk tolong rakan artis lain? peminat tlg artis bila nk up. dah senang tu tlg la plak artis yg xbrp nk senang tu k… panggg!!!

    0

    0
  69. intan says:

    setuju sgt2 komen “x seksi”, kenapalah pergi hospital swasta kalau dah tau bil dia memang mahal. Pergilah hospital kerajaan yg servis dia sama macam hospital swasta juga. Ini melalui pengalaman saya, Hospital Selayang memang Doktor dan Nurse dia d best la. Bil pun x lah mahal..so pikirkanlah duit poket sendiri dulu sebelum nak dptkan rawatan. Jangan dok ingat selesa n glamer je. Simpati juga dgn Bob ni…

    0

    0
  70. OBSERVER says:

    THIS POOR GUY HAS POORLY CONTROLLED HYPERTENSION WITH CONGESTIVE CARDIAC FAILURE, LIKELY WITH PULMONARY EMBOLISM DUE TO HIS MORBID OBESITY. RAWATAN MEMANG MAHAL KAT PRIVATE HOSPITAL. KALAU DAH TAK MAMPU ( WHICH I THINK YOU CAN ASSESS YOURSELF), PLEASE GO TO GOVERNMENT HOSPITAL. THE A&E DOORS ARE ALWAYS OPEN 24 HOURS A DAY. OF COURSE, PRIVATE HOSPITAL CHARGES MEMANG MAHAL SIKIT, BUT KALAU DAH TAK MAMPU, KENAPA MENYUSAHKAN DIRI MASUK HSOPITAL SWASTA? GOVERNMENT HOSPITAL HAS COMPETENT DOCTORS TOO. SAYA HAIRAN DENGAN PEMIKIRAN SESETENGAH MANUSIA DI MALAYSIA NI. WEIRD… NO MONEY, STILL WANT TO GO TO PRIVATE HOSPITALS…..

    0

    0
    • Anonymous says:

      saya lagi hairan dgn komen menggunakan caps, tidakkah anda terasa kurang ajar dgn menggunakan caps? time mintak kerja, dlm resume guna capital letters ke?

      0

      0
  71. arina daniel says:

    Bila dah tahu keadaan gini, esok2 pandai2lah cuba kurangkan berat badan tu. Obesiti biasanya mendatangkan masalah.

    0

    0
  72. faezah says:

    tu la..lain kali ambil la insurans

    Prudential la bagus

    bil hospital 500k tanggung

    adoi. ni la org melayu.. xpercaya insurans

    0

    0
  73. tempawan ajaib says:

    maafkan sy. tapi knp npk mcm yang gbr idong darah tu mcm tampon kat idong bob? maybe sy salah npk.

    0

    0
  74. Faezah says:

    Xkan la artis xde insurans
    Dah sakit mane ade nk kire hospital da
    Terus gi kat yg paling dekat
    Tgk cam aku,amik prudential
    Baru2 ni masuk wad swasta
    Rm5k prudential cover
    Siap dpt elaun lg

    0

    0
  75. Jomjomjom says:

    Kuman ni bkn ramai ke adik beradik?takkan xde yg bantu?

    0

    0
  76. Hamba Allah says:

    Assalammualaikum

    Boleh minta tolong tak?

    Please stop criticising whether or not he must have gone to the giernment hospital and not to the private hosptal or clinics or whatsoever?
    What matters now is that his condition is critical that he needs oxygen/breathing support unlike us who can still breathe freely through the atmospheric oxygen.
    Stop asking him why he chose the private hops in the first place ! ho are we to judge whether or not that his decision back then could have implicated his situation??

    Pasal dia berhutang korang jadi miskin ke?

    Between his debt and chronic illness, you, PENGUTUK, are more likely to focus and talk about the chosen medical institution, which is obviously not in the picture!

    Kuman seberang lautan nampak pulak, semut kat depan tgh bekerja keras kaupijak!

    0

    0
  77. ana says:

    kalau nak kata dari hulu langat tu, the nearest is HOSPITAL AMPANG. Hospital Tawakal is not the nearest hospital. Kalau gitu, knp tak pegi je HKL yg tak sampai 1km to Hospital Tawakal tu? Mmg la kita nak yg terbaik & tak semestinya government hospital tu tak bagus. Fikir2kanlah.. next time check poket dulu sbl nak ke hospital mana

    0

    0
  78. ct says:

    dia ade isteri kan? mane isteri dia eik? kumin dh mninggal?? 4flat, ye ke ??? mane u tau?

    0

    0
  79. siti says:

    pi la hospital kerajaan..ni xde duit bantai swasta..x dapat byr minta kesian dermalah..orang boleh tolong klu sekali dua tp klu dh selalu, mne diorang mampu klu melibatkan ribu riban..x phm la artis ni..jge standard ke pe..klu cmni jd aku bukan kesian tp menyampah, meluat sbb terang2 menyusahkan diri yg sedia susah tu!!

    0

    0
  80. karipap-karipap basi says:

    Tak perlulah kita nak komen hospital mane yang bob nak pergi…bab kesihatan ni kita tak boleh kompromi. Mungkin dia lebih selesa ngan Tawakal, so takde masalah. Tapi bukanlah GH ni tak bagus tapi setiap org ada preference dia tersendiri.
    Aku puji jugak kesungguhan ZZ ni dalam bab kebajikan artis ni, tak kisah le dia nampak macam nak melebih2 daripada HSB, tapi at least dia ada effort ke arah kebajikan artis. HSB mungkin ada effort cuma kita tak nampak @ maybe takde langsung, ALLAH Maha Mengetahui. Tapi aku agak musykil la jugak mane kawan2 seperjuangan dia dulu kan? Takkan Adlin je kot? Artis2 Malaysia ni yang kaya2 ni pandang2 lah sama rakan2 yang memerlukan, tak semua berjaya macam anda. Infakkan le sikit rete tu untuk kebajikan. Doa mereka yang anda tolong adalah saham anda ke akhirat, bukan puji sanjung peminat anda.

    0

    0
  81. rainbow says:

    harap dpat ubah cara hidup setelah sihat nnt..
    yg selalu memerhati dr depan ofis~

    0

    0
  82. zonks says:

    dah sampai cyanosed dah. kesiannya. harap dia cepat sembuh.

    0

    0