Kalau anda ialah Nora Danish, setiap gambar yang dikongsikan menerusi Instagram boleh menjadi isu yang hangat. Lebih-lebih lagi jika di dalam gambar tersebut ada gambar seorang jejaka yang statusnya merupakan anak seorang menteri. Pasti dengan segera akan dikatakan anda berdua mempunyai hubungan istimewa.
Ditanya mengenai status hubungannya dengan lelaki tersebut, Nora Danish berkata kepada MalaysianDigest:-
Saya berkawan dengan ramai orang. Kawan-kawan saya ada yang dikalangan anak menteri, ada juga yang orang biasa. Cuma mungkin sebab dia anak menteri, jadi orang bercakap tentang itu. Saya dengan dia (anak menteri) hanya kawan. Cerita kami jalin hubungan istimewa, tak benar. Dan saya tak ada buat bisnes apa-apa pun bersama dia (gelak). Kami memang dah lama berkawan. Sebenarnya dah tujuh tahun saya kenal dia. Saya kenal dia sejak sebelum saya berkahwin dengan Jejai lagi
Yang comelnya, Nora Danish sudah pun bersedia dengan sebarang gosip yang akan terjadi apabila dia berkongsi gambar dirinya dengan anak menteri tersebut. Abang Nara rasa sebenarnya peminat-peminat Nora Danish mahukan Nora cepat-cepat berkahwin. Sudah agak lama juga sebenarnya Nora menyendiri selepas kegagalan perkahwinan sebelum ini.
Masa saya post gambar tu, saya memang awal-awal dah bersedia dah dengan apa yang orang akan kata. Biasa lah, pengikut-pengikut saya di Instagram, ramai yang memang pandai buat andaian
Anak menteri, artis, orang biasa, lelaki kaya atau lelaki sederhana, mana-mana pun tidak akan menjadi masalah untuk seorang wanita asalkan rasa kasih dan sayang menebal di dalam jiwa. Semoga Nora akan cepat-cepat bertemu dengan lelaki idamannya. Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat Nora bersanding sekali lagi di atas pelamin. Tak gitu?
P.S: Mugen lancarkan aksesori untuk Honda Civic generasi ke 9