Saya Dan Mira Tidak Begitu Rapat, Apatah Lagi Ingin Bercinta – Zizan Razak

Hiburan

Saya Dan Mira Tidak Begitu Rapat, Apatah Lagi Ingin Bercinta – Zizan Razak

Sering dihimpit dengan gosip kononnya beliau sedang bercinta dengan Mira Filzah, pelawak Zizan Razak menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa. Mereka juga tidaklah begitu rapat seperti yang disangkakan dan hanya sekadar teman biasa.

Advertisement

Untuk pengetahuan anda, gosip percintaan Zizan dan Mira mula menjadi perhatian ramai apabila mereka tampak serasi dan mesra ketika mengacarakan ABPBH 29 yang lepas.

Sebagai kawan pun kami sebenarnya bukanlah terlalu rapat apatah lagi melibatkan hati dan perasaan.

Zizan akui beliau sehingga hari ini masih lagi solo dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

Buat masa ini Zizan ingin fokus dalam kerjayanya dan mahu bergembira dengan peminatnya yang tidak pernah berhenti memberikan beliau sokongan dalam bidang seni.

Jika ada jodoh, Insya-Allah dan sekiranya masih belum sampai waktunya tidak mengapa kerana setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah.

Sementara tiada sebarang komitmen dalam hubungan boleh saya fokuskan kepada kerjaya seni selain ada peminat yang boleh menggembirakan saya.

Mula-mula memanglah kawan biasa tetapi dimasa hadapan siapa yang tahu? Kadang-kadang benda yang kita nafikan tidak mustahil akan menjadi kenyataan.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...