Saya Bukan Pelawak Kasanova – Zizan Razak

Hiburan

Saya Bukan Pelawak Kasanova – Zizan Razak

Identiti pelawak popular yang sering menghantar mesej lucah dengan peminat perempuannya kini menjadi persoalan orang ramai. Apabila identiti tidak diketahui, tak pasal-pasal nama pelawak seperti Zizan Razak, Tauke Jambu, Syuk Balas dan ramai lagi dikaitkan dengan perbuatan tidak senonoh ini. Tauke telah pun tampil membuat penafian, kini giliran Zizan Razak menafikan dirinya pelawak kasanova tersebut.
zizan razak Dengan pelbagai kontroversi yang telah melanda dirinya sebelum ini, Zizan Razak pasti tidak mahu namanya tercemar dengan gosip-gosip sebegini. Kata Zizan Razak:-

“Saya terkejut dan tidak selesa apabila orang mula bertanyakan saya kesahihan cerita ini. Lebih memeranjatkan apabila ada peminat yang ‘tagged’ nama saya di laman sosial Facebook dan Twitter. Saya tahu mereka hanya `tagged’ saja, tiada maksud menuduh saya.

Tetapi ia bahaya buat kerjaya saya sebagai selebriti. Namun, saya tidak tercalar dengan isu ini kerana rezeki datangnya dari Allah SWT. Mungkin ini satu lagi ujian buat saya.

Advertisement

zizan razak Abang Nara pasti pelawak popular itu sedang tidak senang duduk sekarang ini. Walaupun ramai yang berharap si kasanova itu akan tampil membuat pengakuan, sudah tentu perkara tersebut susah untuk berlaku. Iyerlah, dah buat salah tak kan nak ngaku kot? Lagi-lagi benda yang berkaitan dengan kelucahan. Diharap perempuan di luar sana lebih berhati-hati dan tidak menjadi mangsa kerakusan si pelawak ini. Sama-samalah kita nantikan. Sumber BHPlus.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...