Written by Bella | December 21st, 2016

Bermula daripada bawah dan perlahan-lahan popularitinya meningkat naik sehingga tahap yang agak tinggi sekarang, Ayda Jebat sedikit pun tidak pernah lupa diri dan menghargai setiap sokongan peminat yang menjadi tulang belakangnya didalam industri hiburan.

Lumrah orang sudah berjaya pasti akan ada juga pihak yang tidak puas hati dan berhasad dengki terhadap Ayda dan pelbagai komen dilemparkan kepadanya.

Menurut Ayda, beliau bukanlah seorang yang tidak boleh menerima sebarang teguran tetapi kadang-kadang ada yang memberikan komen biadap. Oleh itu beliau enggan ambil pusing  dengan perkara itu dan “block” mereka daripada laman sosial beliau.

Saya boleh terima kritikan sebab secara tak langsung boleh memperbaiki diri. Tapi kalau sudah lebih had hingga mencaci dan memaki yang dilemparkan di laman sosial, saya akan terus sekat mereka. Buat apa kita perlu isi hari kita dengan membaca komen-komen negatif yang hanya suka lihat kita jatuh? .

Berbicara mengenai khabar angin yang mengatakan beberapa rakan artis yang kurang senang melihat kejayaan Ayda kini, pelakon dan penyanyi itu enggan ulas lebih lanjut kerana ia menyentuh sensitivit seseorang artis itu.

Saya tidak boleh bercakap banyak tentang tanggapan rakan artis lain terhadap saya sebab itu mungkin pandangan dan pendapat mereka. Perkara ini agak sensitif untuk diulas.  Saya layan semua artis sama sahaja dan seandainya ada kekhilafan, saya mohon maaf.  Bagi saya, setiap anugerah ini datang daripada hasil usaha saya juga. Kalau tidak, tak mungkin peminat gigih megundi.

Apabila berjaya memang banyak dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi termasuk penyakit hasad dengki.  Namun, anggaplah ia sebagai pengalaman hidup yang membuat diri Ayda Jebat lebih matang. Jangan cepat putus asa.

Sumber Berita : Utusan Online

30 responses to Saya Boleh Terima Kritikan Tapi Kalau Melampau Saya “Block” Mereka – Ayda Jebat

  1. Cik Puan Salmah says:

    Tak minat pun dengan ayda jebat ni.. tapi follow juga sebab gedik-gedik dia tu kadang-kadang comel.. mudah terhibur..

    25

    1
    • Anonymous says:

      Peminat budak2 …gigih mengundi. AIM pon x tercalon dik.

      25

      1
      • Pekerja Gomen says:

        Satu je la perangai AJ ni yg aku menyampah…
        Bab menggedik tu boleh terima lagi
        tp bab menjaga hati rakan sesama artis… dia mmg fail..
        dah banyak kali aku perasan dia jolok sarang tebuan..
        Langsung takde sensitiviti.

        18

        0
    • Anonymous says:

      puihhh..penyanyi cap ayam!

      21

      1
  2. Anonymous says:

    geram abg tgk…

    1

    6
  3. Anonymous says:

    Jangan pedulikan mereka tu Ayda, kamu tetap comel dan cantik,abang suka sangat dengan kamu Ayda, Mereka yang kutuk kamu tu sebenarnya mereka tiada bakat seperti kamu, mereka jenis melayu tipikal yang tak habis habis dengan dengki dan dendam, tu sebab melayu tak maju maju.

    8

    22
    • Anonymous says:

      Bakat? Menang semua yg undi2. Yg berprestij dan berkualiti mcm AIM takfak pun nama dia. haha

      6

      0
      • milah says:

        dia berbakat dalam lakonan, dlm nyanyian dia menghiburkan peminat dia. tak tercalon aim pon xpa la, janji peminat happy. anugerah xpenting, yg pnting diri sndri happy, peminat suka dan happy sudah.

        3

        6
  4. kak nita says:

    nak dengki apooo…vokal pun xde. and you call yourself…singer???

    28

    2
  5. nok gebuzzz says:

    yg gigih undi fans hang…org lain xd nyer nak buang masa pegi undi…org cuma suke stalker ig hang tok jadi bahan nnty…kalau x bosan nnty xd cite pasal AJ.huhu…

    5

    3
  6. melati says:

    Ada pun 7 org jer peminat dlm Malaysia ni, tu pun ko nk Block..!!! sian plak kat ko …….

    1

    5
  7. Anonymous says:

    Cepat2 la kau berambus dari industri ni. Zero quality, jual kegedikan, menyemak aje

    10

    3
  8. Anonymous says:

    xde la teruk sgt die ni. paling kurang die berlakon org terima. nyanyi memang la tak sehebat mane tp lagu die kena dgn jiwa budak2 skrg. lagu boleh cari mkn. xde la popular tanpa sengaja spt mane org yg berlakon kayu cerite couple je lebih hahaha.. die pn fokus pd org yg minat die seadanya, xpaksa org minat die. lantak die la nk terkinja2 layan peminat kita yg tak minat xpayah follow. hebat2 ct nurhaliza pn ade org x suke.

    31

    2
  9. putri says:

    aku notice penyanyi2 yg lahir dari bintang rtm suara dorang lagi power2 dan dorang bleh bertahan sampai ke hari ini.bleh nyanyi live dgn baik sekali.masih popular dan dikenali.seperti dato siti,dato jamal abdillah,misha omar,azharina,siti sarah, dan ramai lagi la..(tak lupa arwah sudirman hj arshad) kalau nak dibanding kan dgn penyanyi2 yg lahir dari AF yg suara ke laut cina selatan.lepas menang AF terus tenggelam macam kapal titanic.

    33

    0
    • Anonymous says:

      dorang AF bersandarkan rupa dan yg pilih pon 100% penonton.. mana x melingkop

      7

      0
    • lol says:

      jgn lupa x semua artis AF tuh ke laut n tenggelam..ckp biar la ada fact, tgk hafiz,Aizat hazama, stacy, akim, syamel yang rata2 pemenang AIM n AJL plus vokal terbaik n still relevan sampai skrg..jgn main ckp je adek oi..nampak sgt pemikiran tuh pendek dan bunyi x cerdik.

      5

      2
  10. Anonymous says:

    sedap jilat ni

    1

    12
  11. ayda tuah says:

    masih tak boleh hadam kegedikan dia masa jadi tetamu melodi lepas menang anugerah melodi,merenyam ngan afgan and rizky,yg laki cool je si gedik ni yg lebih2.erghh kenapa la kau wujud dalam industri ni???

    12

    0
  12. Anonymous says:

    tak minat langsung suara memang la ke laut harap gedik lebih…super meluat..lagu pun bukan sedap mane lemau je…heran apa la yang bagus ngan dekni sampai orang tekejar kejar…..gedik to comel ke??? meluat ada la.

    3

    1
  13. aih says:

    bab mengedik.. x reti nak nyanyi.. syok sendiri…. ko nak block.. block je la..
    meluat pun ada….

    6

    1
  14. La Dolce says:

    Lupa program apa tapi penah tgk dia nyanyi lagu “if a’int got u” kat astro. Not bad la. Lps ni AJ cuba tampil dgn single ballad yg menguji kemampuan vokal. Aku rasa dia boleh wpon x sepower shila amzah. Mungkin skrg lagu dia utk target bdk2 yg suka kpop kot. Yg above 40 mana nak dengar lagu2 mcm tu dik!!. And lagi satu try kurangkan gedikmu.

    8

    1
  15. kepalabapak ko says:

    Anonymous@12.31pm – xd pon mention nama fans retis lain yg undi…dah terang2 ckp x kan fans lain nak undi…bodoh!!mesti ko salah seorg fans fanatik AJ..

    0

    0
  16. fcuk pembatu says:

    pempuan ni kurus mengejut pp yg macam pinggan mencengkung sebab isap batu ke dikkkk???

    2

    1
  17. Mat K says:

    Ayda, jom kahwin.

    1

    0
  18. Puteri says:

    muka rosnah mat aris gini pun korang nak undi.. ??? disebabkan dia rajin layan komen kat IG jek pun…. sekali korang komen dia reply.. terus korang gila bayang kat dia.. lupa dia tak dak bakat pun… kan… quality zero…!!!

    3

    0