Written by Bella | November 23rd, 2016

Gegar Vaganza 3 tidak kami nafikan penuh dengan cerita panas dan kontroversi yang melibatkan artis-artis yang menyertai program berkenaan.

Namun, disebalik kontroversi GV3 ia sebenarnya memberikan impak positif buat penajanya, Datuk Seri Vida yang menggunakan peluang berkenaan untuk mempromosikan produk Pamoga Qu Puteh.

Sudah menjadi lumrah apabila berlaku satu-satu kontroversi yang membabitkan artis di GV3, orang akan terus memberi perhatian pada program tersebut dan di situ saya mengambil peluang untuk mempromosikan produk saya kerana ini adalah matlamat asal saya menaja.

Walaubagaimanapun, jauh di sudut hati Vida, beliau merasa kasihan dengan artis-artis yang terpaksa berhadapan dengan netizen yang mengkritik mereka tanpa mengetahui perkara sebenar.

Pun begitu, itu tidak bermakna saya mengalu-alukan kehadiran kontroversi  sebaliknya jauh di sudut hati saya berasa amat kasihan pada artis-artis ini kerana terpaksa berhadapan dengan netizen-netizen yang hanya tahu menghukum tetapi tidak tahu kisah sebenar.

Tambah Vida, beliau akui sebahagian besar penonton GV3 menonton program realiti berkenaan hanya kerana kisah-kisah sensasi artis.

Tidak saya nafikan program Gegar Vaganza ini terus ‘meletup’ kerana orang-orang kita tidak sekadar mahu menonton nyanyian artis-artis kesayangan mereka tetapi mahu melihat lebih daripada itu.

Justeru bila ada ‘drama’ di mana kisah-kisah peribadi artis mula diperkatakan, ini menjadi sebahagian kenapa program ini terus diberi perhatian.

Kalau sudah otak berniaga, tentu setiap peluang yang ada akan digunakan untuk melariskan produk. Kontroversi artis GV3 boleh tahan juga, lepas ini nampaknya bertambahlah pengguna produk Datuk Seri Vida.

Sumber Berita : mStar Online

17 responses to Saya Ambil Peluang Kontroversi Artis GV3 Untuk Promosikan Produk – Datuk Seri Vida

  1. Datuk Seri Vida pandai promosi produk beliau. Terbaik..

    6

    3
    • amaran says:

      meniaga..meniaga juga. tapi datuk vida patut berlaku adil pada peserta2.
      ada yg tiap2 minggu tukar lagu. how?
      jgn buat org fed dan boikot rancangan ni. dah makin melalut…

      12

      0
  2. Kata .... says:

    ramai yg comment produk Dato Vida
    tapi Pamoga..
    ia serasi dgn saya….
    lain org lain padangan…

    3

    1
  3. adudu says:

    betul la.. teknik marketing.. pandai dia ambik peluang.. dah dia taja ribu riban, mesti la dia nak org kenal produk dia..

    9

    0
    • miss kepah says:

      ntahlah, pemikiran org berbisnes ni….dia kena berfkiran jauh dan luar kotak, tahan maki dsbgnya

      5

      1
  4. Hm says:

    Ok dah tau sbb tu tok vida beriye2 nak kak Lina pompomdan masuk kan (controversy + bnyk fanataik batak sangap)?? Dan langsung tak peduli peserta lain mcm razis, rem, shidi..

    7

    0
  5. nok gebuzzz says:

    x kisah la dia sbg penaja,itu utk busines dia…tapi dato’ mmg best kepala layan gila2..mmg sporting habis…teringin nak kj ngan dato’ mesti kebajikan staf dpt layanan yg baik..

    17

    1
  6. brunes says:

    Kalau nak kaya macam dato seri vida mesti tahan pukul. tahniah dato!

    4

    0
  7. lolo says:

    kalau nak jadi mcm dsv, kene kental dan bebal

    7

    0
  8. Zila says:

    Apa yang Dato Vida pakai dalam gambar kedua tu?Dengan pegang wand,baju ketat,perut & dada terjojol tak malu ke?

    5

    1
  9. meowww says:

    yang mengutuknya ramai. tp cuba tanya diri sendiri, mampukah kita jadi kental dan muka tebal mcm dia utk berjaya? tak ramai kan. so duk diam2 je and enjoy dgn tahap masing2. biar dia berjaya dan kaya sbb dia berani ke depan dan hadap org2 mcm korang yg mengutuk ni

    14

    0
  10. Mak Becok says:

    Datuk Vida nimemang baik hati; walaupun dia pentingkan perniagaannya tetapi beliau juga suka menolong org.! Kami sayangkan mu Datuk Vida, mua mua!!

    Datuk Vida – tolong bina sekolah dan asrama utk. anak2 ROHINGYA! Lepas tu boleh buat projek menaja anak2 ini sejumlah tertentu yg. terbuka kpd. org. awam – mcm. anak angkatlah!

    0

    2
  11. anon says:

    yeayyy afeeq narco (che ta) dah jupo abg muka seiras lain mak lain pak bahahaha

    0

    0
  12. ntah pape says:

    harap-harap jangan jadi macam AF lah ye. tak habis2 drama & kontroversi je. bosan sampai tak nak tengok AF lagi. orang nak tengok pertandingan menyanyi, bukan nak tengok drama.

    2

    0
  13. Anonymous says:

    Datuk kena tegur Nora …dia telah mencalarkn GV dgn menukar lagu. Mana adil??? Sebelum rancangan ni diboikot!!!

    0

    0
  14. Anonymous says:

    wealthy but low class..

    1

    0
  15. Mek Ti says:

    tak tau knp aku geli tgk DSV ni… org lain pun berniaga dan buat tajaan besar2 jgk tp xde la nak promote diri sendiri. asik2 muka ko je yg keluar.. tak dinafikan produk DSV mmg bgs, tp diharap kurangkan lah wajah anda keluar di kaca tv ye.. tah pape

    1

    1