Kalau semalam Sasha Saidin enggan memberitahu punca sebenar kehadirannya ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, hari ini menerusi Kosmo, Sasha mengakui yang dia ke sana untuk mengambil borang penceraian. Namun Sasha enggan berkongsi punca di sebalik permohonan cerainya itu.
Kata Sasha:-
Buat masa sekarang, saya membuat keputusan untuk tidak memberi sebarang kenyataan atau menceritakan mengenai perkara yang sebenar sehingga saya membuat keputusan untuk bercerai. Mungkin kalau sudah tiba masa yang sesuai nanti, barulah saya akan mendedahkan tentang permasalahan yang berlaku antara kami berdua. Namun, sekarang ini lebih baik saya berdiam diri sahaja terlebih dahulu.
Hmmm. Kalau sudah nekad dan memang tidak serasi, nampaknya penceraian adalah jalan terakhir buat Sasha dan suaminya, Salyo Priyanto. Abang Nara ingatkan perkahwinan kedua Sasha ini akan kekal sehingga ke akhir hayat tapi nampaknya jodoh mereka berdua hanya sampai di sini sahaja. Apa pun semoga proses penceraian ini dipermudahkan dan tidak meleret. Diharap juga memikirkan soal anak mereka berdua yang kini sudah berusia 3 tahun diselesaikan terlebih dahulu agar tidak menganggu masa depannya.