Sari Yanti Failkan Bantahan Dakwaan Nusyuz

Hiburan

Sari Yanti Failkan Bantahan Dakwaan Nusyuz

Pelakon Sari Yanti memohon untuk memasukkan bantahan awal berhubung permohonan nusyuz yang difailkan suaminya, Mohd Edy Casmadi Che Hussain di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Subang Bestari di sini. Peguam syarie Marlina Amir Hamzah yang mewakili Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, selaku responden memaklumkan perkara itu pada sebutan kes berkenaan, petang tadi.
sari yantiMarlina berkata, permohonan itu dibuat kerana terdapat satu lagi kes yang difailkan anak guamnya di Mahkamah Rendah Syariah Seremban Negeri Sembilan membabitkan permohonan perceraian.”Anak guam saya sudah menerima notis saman daripada plaintif ( Mohd Edy Casmadi) bagi kes ini pada 8 April lalu dan wakalah lantikan peguam juga sudah diserahkan kepada mahkamah.
sari yantiBagaimanapun, pihak kami berhasrat untuk failkan bantahan awal memandangkan ada kes difailkan anak guam saya mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003, iaitu permohonan cerai,” kata Marlina lagi.

sari yanti

Advertisement

Sari Yanti yang ditemui di luar dewan mahkamah bagaimanapun enggan mengulas lanjut sewaktu ingin ditemubual pihak media. Sebaliknya dia hanya terus berjalan meninggalkan perkarangan mahkamah. Sementara suaminya, Edy Casmady berkata, beliau hanya menyerahkan keputusan kepada mahkamah. “Biar mahkamah yang buat keputusan”, katanya ringkas dan terus meninggalkan mahkamah. Sumber Harian Metro dan RotiKaya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...