Angin tiada, puting beliung lagi la takder tapi tiba-tiba gosip Sarah Raisuddin dan Shuib Sepah dah berkahwin bertiup bak taufan. Tak tahu pulak yang diorang berdua nie memang bercinta sejak beberapa bulan yang lepas. Tapi dah kahwin? Biar betik.
Setelah sedikit pengkajian dilakukan, kami dapat jumpa pengakuan Shuib Sepah berkaitan hal ini:-
Soalan: Benarkah ada pihak memberitahu, Shuib dan Siti Sarah telah bernikah senyap-senyap?
Jawapan: Tak benar, kami belum bernikah dan sekiranya benar kami sendiri akan membuat pengumuman tersebut. Sabar ya?
Maka sahlah mereka berdua belum bernikah lagi. Bercinta sudah, tunggu time je nak mendirikan rumah tangga. Kami doakan agar semuanya akan dipermudahkan bagi pasangan ini. All the best to both of them.