Written by AbangNara | February 22nd, 2015

Berita sedih untuk jejaka-jejaka di luar sana. Sara Ali, pelakon yang berusia 25 tahun mengakui yang kini hatinya telah dimiliki. Dalam erti kata lain, Sara Ali sudah mempunyai kekasih. Jejaka bertuah yang mencuri hatinya ialah John Shaqeel yang berusia 22 tahun. John merupakan seorang ahli perniagaan. Mereka berdua sudah bercinta untuk beberapa bulan.

sara ali bercinta

Sara Ali dilihat tidak merahsiakan percintaan mereka apabila memuatnaik gambar mereka berdua di akaun Instagramnya. Kata Sara Ali tentang percintaannya ini:-

Ya, dia adalah kekasih saya dan kami sudah beberapa bulan bercinta dan sekarang masih dalam proses untuk mengenali satu sama lain.

Dia lebih muda daripada saya, namun bagi saya umur bukan suatu masalah atau ukuran yang penting kami serasi bersama.

Buat masa ini belum lagi ada perancangan kearah (bertunang/berkahwin) itu, dan kami masing-masing sibuk untuk membina kerjaya dahulu sebelum ke peringkat seterusnya. Doakan yang baik-baik sahaja

sara ali

Tahniah diucapkan kepada Sara Ali dan John Shaqeel. Semoga percintaan ini akan berakhir ke jinjang pelamin. Tahniah juga kepada Sara Ali kerana tidak merahsiakan percintaan seperti yang sering dilakukan oleh selebriti lain. Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

15 responses to Sara Ali Sudah Punyai Kekasih, Sedang Hangat Bercinta

  1. Retis sendu says:

    Who? Next!!!!

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Seeloknya kalau baru kenal jangan la declare kat public tu kekasih hati. Takut bercinta separuh jalan je. Nanti orang kata pasangan kita tu nak tumpang glamour. Kalau dah betul2 nak ada ikatan yang sah , baru la announce.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Klu tkde wrtwn tnya mgkin ptt snyp. Mslh d cni, bila wrtwn tnya, brpa punya byk artis yg di kutuk dn di kecam bila slama ni tk mengaku, smaada akn kantoi atau amek masa lama ckt baru bgtau, masa tu nnti mula la keluar mulut2 loji semua.
      Skg bila ngaku simple2 mcm tu je, keluar plk komen mcm ni. Dah kata pn kt ctu sdg knl ht budi, klu tk jd pn tk heran la ada la sbbnya, lain la klu dia kata, kami ingin brsma shidup smati dn kami ykin kami akn berkhwin nnti. Suka dorang la nk ngaku ke tk, mgkin mls nk menipu dn pnt nk cover2 byk keje plk nnti. Mgkin jgk mereka tknak mcm rkn artis yg selindung2 brthn2 tu bila dh sedia mengaku di kata mcm2 plk.

      0

      0
  3. Anonymous says:

    Seeloknya kalau baru kenal jangan la declare kat public tu kekasih hati. Takut bercinta separuh jalan je. Nanti orang kata pasangan Sara tu nak tumpang glamour. Kalau dah betul2 nak ada ikatan yang sah , baru la announce.

    0

    0
  4. Liplap says:

    Who cares!..we dont even know u..next pls nara..

    0

    0
  5. Diva says:

    X paham tui la slot Melodi ni. Biar Sara and Fazura berdamai cara mereka sendiri. Even i dont like the way sara berkata mcm ego juga dia ni mcm semuanya dia yg benar konon. Wat ever la… Sabar je la Fazura.. Susah bila org x appreciate friendship kan

    0

    0
    • Anonymous says:

      Aku pn tk brpa nk suka Sara tp biar aje la Sara dn Fazura tu, kes lama nk gi sibuk2kan lg buat ape. Nk berdamai ke nk terlingkup, pandai dorang la yg pntg tk kacau antra satu sama lain sudah.

      0

      0
  6. bijan says:

    asal artis couple ja msti kerja laki tu ahli perniagaan..

    0

    0
  7. Minyak Zaitun says:

    At least Sara ada boypren…Whatabout our Pazura…

    Nampaknya jadi Andartu lah.Boleh join club Haliza Misbun….The Andartus Club

    0

    0
    • aku says:

      Biar lah org tu nk boifren ke tak de boifren ke ade laki ke tak de laki ke anak dara tua ke janda ke pe ko kesah kan dia tk kacau sluar dlm ko pun…skrg nie ramai sgt org bercerai…so lebih baik single..tk de org peduli pun. Zaman skrg tk de lagy anakdara tua….tu zaman datuk nenek kita.

      0

      0
    • etom says:

      Apa kau peduli dia &haliza misbun andartu. Mcm mempertikaikan takdir Allah.

      0

      0
  8. Minyak Zaitun says:

    Whatever lah…..memilih sangat…kat kampung Aku byk lelaki yang bujang. Mana lah orang KL yang glamor nak pandang.
    Hansom mcm mana pun kalau takda Ferrari ke Porche ke tak pandang sebelah mata.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Umur baru 22 dah jadi ahli perniagaan….
    Niaga apa dik??? Kayo juga sampai umur 22 dah berniaga? Lainlah kalau bapak kau yg kayo sebenarnya…

    0

    0
  10. Anonymous says:

    cantik kew?

    0

    0
  11. kou says:

    jual popcorn pon ahli perniagaan

    0

    0