Written by AbangNara | May 26th, 2011

sara ali

Kalau anda sudah menonton filem Nur Kasih, sudah semestinya anda perasan akan wajah si cantik Sara Ali ini (walaupun dalam filem tersebut wataknya tidak terlalu besar). Abang Nara pernah berjumpa dan berborak dengan Sara Ali dan ternyata dia sememangnya seorang pelakon muda yang mempunyai visi dan misinya yang tersendiri. Itu yang Abang Nara terkejut besar apabila membaca Pancaindera minggu lepas mengenai Sara Ali yang bertajuk “Artis Pungut Bermasalah“. Sedikit petikan dari artikel tersebut:-

USIA pembabitannya baru setahun jagung. Namun ada satu peristiwa yang menyebabkan namanya disebut-sebut. Apabila dia didakwa kaki pembohong, mencipta alasan bodoh untuk mengelak dari menghadiri sesi fotografi bersama sebuah majalah hiburan popular. Amalan kurang sihat itu berpanjangan. Kali ini bersama sisipan Pancaindera yang djalankan pada cuti umum Wesak, Selasa lalu. Wanita berusia 21 tahun ini menggunakan helah kesesakan lalu lintas pula. Ditambah pula, kurang maklum dengan laluan jalan raya menuju ke studio penggambaran.

Kadang kala Abang Nara kasihan melihat artis-artis yang baru nak naik seperti Sara Ali ini. Confirm kena bantai teruk dengan wartawan-wartawan. Tak bolehkah wartawan-wartawan ini membantu dengan memberikan publisiti yang positif kepada artis-artis baru? Takkan semata-mata kerana ingin menjual suratkhabar terpaksa keluarkan cerita yang kontroversi sahaja.

Untuk makluman, Abang Nara telah bercakap dengan manager Sara Ali dan sememangnya Sara Ali telah mengakui kesilapannya berkenaan hal ini. Rasanya tak perlulah dipanjangkan lagi cerita sebegini. Abang Nara tak rasa ada artis baru yang perlukan publisiti seperti Sara Ali sengaja datang lambat atau tidak menepati janji dengan wartawan-wartawan.

Pasti mereka ada sebab yang kukuh dan sudah pasti mereka bersungguh-sungguh meminta maaf atas kekhilafan mereka.(untuk kes sesi fotografi Sara Ali ianya adalah kerana fotografi tersebut ingin dijalankan di rumah ibu bapanya tetapi sayangnya tidak mendapat kebenaran).

Nanti Abang Nara akan ceritakan kepada anda semua betapa komitednya Sara Ali untuk terjun di dalam bidang lakonan ini. Tapi buat masa ini, jom ramai-ramai kita follow Twitter Sara Ali dan ikuti perkembangannya. Abang Nara percaya yang satu hari nanti nama Sara Ali bakal meletup di dalam industri hiburan.

Lagi beberapa keping gambar Sara Ali dengan membaca entri ini sepenuhnya.

sara ali

sara ali

sara ali

sara ali
sara ali

sara ali

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

35 responses to Sara Ali – Bukan Artis Pungut Bermasalah

  1. ani says:

    cantiknya sara ali ni…..

    0

    0
  2. mak bedah says:

    alahai mulut wartawan…artis pungut..wakakakaka……….cian..muka cun tp title huhu..agak2 la bg title kt artis baru naik..bg la can..bla artis kurg ajar pndi mrh..bla depa kurg ajar camni?wartwan ni pun jarang nk respek artis..korek cite ia2..artis xnk bgtau pon dok soal2 xnk respek privacy artis tu tp mintak artis respek dorg..plzzzz la…respect others first than people will respect you………..

    0

    0
    • belangkasuka says:

      sokong mak bedah 200%!!!

      0

      0
    • wartawan tempelan says:

      tp mak bedah, dah diorg yg nak attention, nak glamour, nak jd public figure…keje kitorang la cungkil sana cungkil sini…klu x, tak hot la majalah & blog2 hiburan…

      klu xnak kena soal, follow etc ngan paparazzi mamarazzi sume nih, dok diam2 je kat umah….xyah jd artis….

      sekian…

      0

      0
      • duri says:

        kesimpulannya…wartawan nie yg melebey..nk publisiti jugakkk..ntah pape.

        0

        0
      • yaya says:

        aku rase artis2 kte x perlu kot publisiti murahan dr wartawan2…..peminat skarang nih dah matang…kitaorg nilai artis dari segi hasil karya yg diaorg tampilkan.wartawan kuar cte pasai kerja n projek2 baru diaorg lg kami suka drpd dok jaga tepi kain diaorg….normal la manusia…bukan sume menda bole cte….ko nk kew selak kain ko tunjuk kat org apa ada dlm????x perlu kot…
        ~~dtg lewat???dei!!!mcm la korang 2 awal sgt!!!sorang dua artis lewat korang komen….yg korang 2 lewat memanjang pe cer????

        0

        0
  3. CUN KOT..TAPI SAYANG…KO XPAKAI TUDUNG…..HUHU…

    0

    0
  4. bukan masta says:

    gilo comey minat ni.
    pic yg pakai spec tu …buat hidung aku berdarah

    0

    0
  5. lola says:

    tuu lah..bagi lah can kt artis baru ni..kenapa lah mesti nak memburukkan nama2 artis baru yg nk naik?setuju dengan mak bedah..nk hormat kt wartawan tp wartawan tak hormat yg lebih2 lg artis yg baru mcm ni..dia di dakwa kaki pembohong semua tuu dr mulut sapa kalau tak mulut wartawan..wartawan ni ada kt tempat dia ke..apa yg jd?cuba kalau wartawan tu kt tmpt sara ali ni..bg rasa sikit..marah kan kalau di kata sebegitu.tak terasa kurang ajar ke kata artis pungut?wartawan pungut ada?hahaha..

    0

    0
  6. aduhai says:

    heran la macam mana leh bg alasan x familiar jalan? hp artis2 ni kan canggih manggih, mesti ada GPS punya lah…xkan harap hp je canggih tapi x tau guna aplikasi dalam tu…haihhh…

    renung2kan…

    0

    0
  7. mama feyya says:

    what ever it is, i looove Sara Ali! i love the way she carry herself out..good luck girl.. :)

    0

    0
  8. wartawan hiburan ni (segelintir daripadanya) kadang-kadang perangai macam ‘puaka’!!!
    tgk la mcm wartawan melodi tu…. soalan yang diutarakan boleh membuatkan orang panas hati! lepas tu, mendesak orang utk dapatkan jawapan pulak tu…. nasib baik la takde yg kene makan ‘penyepak’ dengan artis2 tu… kalau tak, mmg jadi isu hangat la…

    ape2 pun, Sara Ali tetap bagus kerana die tabah ketika meghadapi tomahan dan herdikan dari wartawan2 hiburan tu dan sentiasa memohon maaf atas kesilapan dia sendiri… saye doakan semoga Sara Ali akan berjaya dalam bidang yang dipilih suatu hari nanti… Insya’Allah….

    0

    0
  9. wah says:

    wah wah..

    0

    0
  10. winda says:

    abg nara ni..slalu post citer pasal artis baru yg xbrape best…sara ali la, kilafairy la..amanda imani la..ntah ape2..post la pasal artis2 baru yg ada potensi..cth mcm siti saleha ke, yg skang ni duk meletop dgn slot akasia nora elena…huhhhh..

    0

    0
    • hehe says:

      betoi2…pasal siti saleha xda plak abg nara nk bg pulisiti…pilih kasih betoi…yg kilaferi tuh berlakon baru 1 film itupun baru ditanyangkan…nk kta menyanyi jauh skali laa..album pun xda….iklan lg xda..harap bibir terjuih..tonggek pungung ngn mendada tuh je laa yg rajin abg nara sgt2 bg publisiti….

      0

      0
  11. pepe jelah... says:

    nak tanya sket sara ali ni yang berlakon dlm penunggu istana kan…so cite tu tipu la kalo mcm tu kan???

    0

    0
    • paco rabanne says:

      yer lah….sara ali nie pelakon dlm penunggu istana…ptt la mcm pnh jer tgk muka die…huhu

      0

      0
  12. siti saleha says:

    saya comei…nape abang nara tak nak publish pasa saya….saya berlakon dalam citer nora elena skrg…sy tengah meningkat naik…bnyak lakonan drama dan iklan muka saya……sy pon teringin nak kuar BN ni…..

    0

    0
  13. KLISETS. says:

    Aku dgr2,dia ni mmg kaki kelentong ah..cerita mmg gud2 je aku dgr.sumber aku ni mmg blh dipercayai ah beb.sbb kwn2 dia jgak yg ckp. Hehe..

    0

    0
  14. aku says:

    aah kan..aku pun mcm penh tgk je budak ni….so cite 2 tipu ke ape?

    0

    0
  15. Piston Pecah says:

    mungkin kebanyakkan wartawan dah muak dengar alasan-alasan standart macam tu dari mulut2 artis yang ternyata sekadar kalis dan menipu. mungkin juga mereka serik dan beranggapan artis2 yg baru naik, memberi alasan seperti itu sama seperti artis2 yang mereka jumpa sebelumnya.. sapa tahu kan?

    0

    0
  16. sape sara ali ni..xpnh nmpak knal pon

    0

    0
  17. Syarih says:

    ye la bidang hiburan nih penuh risikonya bak kata pepatah kalau takutkan ribut janganlah berumah ditepi pantai.kalau tak berani hadapi cabaran baik tak yah la nak masuk bidang nih kan jadi cikgu sekolah ke kan bagus tak de lah orang nak dengki ke terjah ke macam abang nara nih…hik3…….jangan mare bro…

    0

    0
  18. mulan says:

    fuyoooo lawa la dier ni!

    0

    0
  19. rania says:

    pelakon pnggu istana la nie….

    0

    0
  20. star picker says:

    encik nara
    dah selidik ke blum..?
    dah kecoh behind the scene people pasal masalah budak ni..alih2 dia buat hal ngan media pulak..

    star picker<< behind the scene people

    0

    0
  21. puteri says:

    saya minatlah kak sara ni,semenjak keluar filem penunggu istana.Ttpi sya tngok kak sara ni mcm tomboy lah dalam filem penunggu istana dan nur kasih the movie,sye suka sngt kak sara

    0

    0
  22. Atyn Voilet says:

    Wah puas mencari . Kak sara ada FB tak ? uhm btw suka sgt-2 dgn kak sara ! lebeh cantik kalau rambut pendek n gaya mcm filem-2 tuh , nampak mcm budax-2 lah ,lebeh-2 lg dalam penunggu istana tuh sweet ! cun gtuh ! pasal kak sara artis pungut masalah ? Rase nyeh tak ! i like her fckerdmch ! Sara Ali we ? u ! Teroskan melakon dgn lebeh mantap ye !

    0

    0
  23. rex says:

    wartawan yang kuat kutuk n fitnah tu sumernya pondan. apa kata suatu hari nanti kita tubuhkan blog atau majalah yang khas untuk artis2 tibai balik apa yang wartawan2 bangang tu caci diorang. barulah adil.aku dah naik jelak dengan perangai wartawan kat malaysia ni.agenda menjatuhkan orang tu memang misi utama diorang lah. bakal penghuni neraka jahanam

    0

    0