Written by AbangNara | July 10th, 2014

Fuh~~ RM80,000 tue. Memang boleh kelabu mata dibuatnya. Namun nasib Umie Aida dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila menerima wang token sebanyak itu daripada syarikat YSLM. Walaupun pada awalnya Umie telah bersetuju untuk menjadi duta kerja amal syarikat tersebut, rasa sangsi mula timbul apabila dirinya diberikan wang RM80,000 ini.

yslm

Nasib baiklah Umie Aida rasa sangsi dan menolak tawaran syarikat YSLM ini. Mana tidaknya, menerusi pendedahan suratkhabar The Star, YSLM ini adalah sebuah syarikat MLM dan skim cepat kaya yang menipu. Setelah kantoi di negara asalnya China, YSLM kini cuba mengorak langkah di Malaysia. Papan iklan yang amat besar telah pun digunakan di Pulau Pinang untuk membuat promosi. Diharap pembaca BeautifulNara juga berhati-hati.

yslm

Terang Umie Aida menerusi portal Murai:-

Setelah dipertemukan dengan pihak YSLM tempoh hari saya bersetuju dengan tawaran mereka menjadi artis naungan syarikat tersebut bagi untuk duta bagi acara amal yang mereka jalankan. Namun pihak kami belum lagi menandatangani sebarang kontrak dan sebagainya.

Tetapi selepas itu pihak YSLM ada memberikan saya wang tunai sebanyak RM80,000 sebagai tanda token yang saya rasakan ia bukanlah seperti mana yang dibincangkan awal. Saya merasa kurang enak dengan pemberian sebanyak itu kerana dari awal lagi kami bersetuju ianya merupakan penglibatan secara amal.

Lanjutan daripada itu, saya telah memutuskan untuk tidak meneruskan peranan saya sebagai duta dan artis naungan syarikat tersebut, serta turut memulangkan token sebanyak RM 80,000 itu kerana merasakan ianya bukan milik saya.

Sebelum ini memang tiada perbincangan atau memang daripada pihak YSLM untuk memberikan saya sejumlah duit token tetapi kami memang ada bersetuju tentang komitmen yang perlu saya lakukan sebagai duta amal syarikat itu

Namun, semua itu semua berubah bila hadiah pemberian yang berupa wang tunai itu diberikan. Perkara ini menyebabkan saya berasa tidak sedap hati dan memilih untuk tidak bekerjasama langsung dengan syarikat terbabit.

yslm

Memang taktik skim cepat kaya/MLM menggunakan artis agar produk mereka mendapat perhatian dan penyertaan ramai. Kalau artis yang tak kuat iman, memang akan mudah tergoda dengan tawaran wang ringgit. Nasib baik Umie Aida bukan orang yang sebegitu. Duit boleh dicari, tetapi maruah diri dan imej kalau dah tercalar, memang sukar untuk diganti. Tahniah kepada Umie Aida kerana membuat keputusan yang bijak.

 
 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

39 responses to Sangsi Dengan Pemberian Wang RM80,000, Umie Aida Tarik Diri Jadi Duta YSLM

  1. Fakta says:

    Business MLM…kalau betul2 berkesan…dah lama ramai yg jadi billionaire.

    0

    0
    • Linda says:

      Kpd para pembaca,
      Banyak produk2 MLM kat Msia ni “halal” tapi…halal hanya kerana ianya tidak mengandungi alcohol dan DNA babi saja tapi banyak yg “dijamin” halal. Menggunnakan sumber2 yg tidak dikenal pasti seperti lemak haiwan2, tepung dan bahan kimia entah apa kandungan asid dan toksidnya. Produk2 dibeli dari pembekal dan pemborong dari China, Korea dan Taiwan yg mengandung toksid dan bahaya untuk kesihatan. Para peniaga di Msia plak..pergi je ambil barang kat pelabuhan2 dan agent2 re-package semula dgn label yg cantik. Produk ditolak kepada orang ramai untuk dapat keuntungan segera. Berhati-hatilah dengan produk2 “kesihatan” dan “kecantikan” di Msia. Silap2 boleh kena kanser, penyakit kronik dan merosakan sistem organ dalaman dimasa mendatang.
      Allahualam- bekas ahli MLM yg telah ditipu.

      0

      0
      • Olga Puasa XLeh carot says:

        Selamat Datang ke Dates ‘n Such! Kami menawarkan pelbagai jenis kurma keluaran Yusuf Taiyoob seperti Safia Bertangkai, Madu Yuta, Mariami Prima, Safina, Wasem, Ajmal, Jewel, Ajwa Nabi (madinah), Chocodate, Pitted Prune dan banyak lagi. Dijamin halal uols.

        0

        0
        • Bedah says:

          eh sudah. sejak biler olga jual kurma neh? adoi..semak la kou. ari tu cakap kerja opis kat menara klcc… hidup atas kayangan? :D

          0

          0
        • Bodoh Betul Melayu2 says:

          korang bongok x check dulu knp? lebih 100 sykt disenarai hitam. cuba pegi tnya bank negara. dlm blog mazidul ader cakap pasal ni. yg kena tipu makcik2 tua pencen gomen dan students ipta. tu la..tamak, nak kaya cepat. melayu hancuss dgn mainan cina2. xde pun dalam buku ekonomi waktu aku belajar dulu. ini semua piramid skim la.

          0

          0
        • Raja Bomoh says:

          MELAYU2 …NAK DUIT EXPRESS KAYA RAYA TAPI TAK BERILMU TAK MAU USAHA. TAK PAKAI OTAK MAIN PAKAI HENTAM JE KASI DUIT PADA ORANG. GILER AH. INILAH JADINYA.

          0

          0
      • Olga says:

        Saya membekalkan dan menjual pelbagai jenis kurma Yusuf Taiyoob. Dapatkan kurma pilihan anda! Harga berpatutan….sila datang ke Carcosa Seri Negara untuk membeli kurma saya. Ada klasss tau. Hanya VIPs saja yg dapat sample percuma.

        0

        0
      • Lolipop says:

        Halal hanya pada produk tapi etiquette perniagaan yang mencari downliners is not syariah compliant sebab dapat untuk dari orang and bukan the sale of tangible products :( Sila research the criteria for a MLM trades to be considered mengikut syariah Islam

        0

        0
    • ZulKL says:

      MLM- boleh menjamin hidup senang tapi tak boleh menjamin kaya raya dan mewah. Itu saja saya nak pesan.

      0

      0
      • Anonymous says:

        ala senang sekejap je..pas tu hancur.

        0

        0
        • bertanya says:

          jadi agent Avon tu MLM ke?

          0

          0
        • pembetulan says:

          xde semue mlm haram dik..ada yg oky berdaftar..kena hati2 la.
          produk yg kecil2 dan x perlukan modal byk yg semua orang nak ok la labur. kalau produk2 pelik/puluhan ribu modal tu jgn la. abang I buat jus manggis. boleh la..sub-income.

          0

          0
        • Felicia Yap Ah Loy says:

          cari anak VIP, hijrah..jual tudung..lagi cepat kaya. kanj?

          #whopsssss!

          0

          0
        • Datin Semah says:

          tak pyh la akak2 semua pening, ada duit melabur aja dlm tabung haji / asb. w/pun lambat, kepala korang x serabut. pergi shopping kat mekah best jah. jubah2 labuci murah2. talam2 tembaga karpet2 sungguh mempersonakan deria mata. lelaki2 arab ya rabbi cun melecun berkumis lebat…ahlan wahsahlan.. terus tergoda.. bergetar jiwa dan raga. sumpah…

          0

          0
        • Baby AA says:

          80k orang tu nak kasi hanya jadi duta? biar betul….tapi bila kompani tu bungkus nama umie aida yg busuk. semua orang cari dan salahkan. keputusan yg tepat. smart girl.

          0

          0
      • NOOOO! says:

        dulu saya hampir terkena. untuk pengetahuan anda, target market mereka adalah student2 yang kesempitan wang dan inginkan kehidupan yg mewah. member dh terkena beli mesin@ kesihatan ribuan ringgit buat stock. 3 bulan tak dapat “downline” agent2/ pembeli2 dibawah dia. duit tak masuk. bapak buat bank loan…sekarang bapak dia tanggung hutang. kesian..drop pengajian terus kerja hotel skg.

        0

        0
        • Lisa says:

          join la Xango…. jus dan skin care.
          yuran rm 150. tak habis stock tolak pada jiran2. senang. murah je. nak pakai sendiri pun boleh. tak de hal. tak perlu cari orang/downline segala. direct sales. tak suka stop je.
          sedap jus dia.

          0

          0
        • Anonymous says:

          tu direct selling..lain.

          0

          0
      • Jijie says:

        Kat Kota Damansara, panggil orang pergi function/ceramah memang hebat tunjuk kereta2 mewah, motor2 dan duit cash ya, lepas tu pujuk prospek2:-

        1) Keluarkan wang ASB
        2) Swipe Credit Card
        3) Gadaikan barang kemas.. labur dgn…
        4)Membeli “barang” mereka
        5) Lepas 6 bulan ..takziah duit korang.

        0

        0
        • Saerah Gendut says:

          nok, biasalah penceramah akan citer yg best2 je. nak tarik duit la katakan. mcm senang gitu. padahal…penipu. jgn percaya la.

          pergi dengar taklimat boleh jangan tertipu sampai nak bayar fee pelbagai. buat buffet /jamuan korang makan je. lepas tu balik terus. selalunya kena daftar dulu…kasi no phone/alamat rumah palsu.

          dengar boleh percaya jangan. hehehehehe

          0

          0
    • Mozidul says:

      mlm ni cam sarang semut. yg untung org atas bukan yg dibawah.
      dibawah ni kerja cam askar2 semut. yg untung si ratu semut kat atas tu ler.
      lepas beberapa tahun si ratu semut dah gemok, tutup dan pindah sarang baru kat lokasi lain pula. macam tu lah mondus operasi nya.

      0

      0
    • Dubo says:

      kalau betul2 berjaya..dah lama Donald Trump ceburi …ye dok?

      0

      0
  2. Anita SARgery says:

    80k..wow bikin kelabu mata owhhh….senang2 je artis cri makan kan….hurmmmm

    0

    0
  3. mieoww says:

    klu search YSLM dekat google..byk kuar artikel..sume pasal penipuan..so hati2 yea..xpyh nk ber MLM nk cepat kaya sgt..xde rezeki datang bergolek dengan hanya duduk goyang kaki..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Walau ap pon.. MLM ni pkai sistem piramad… Dalam islam pon hukum da haram.. so tak payah laa nk berMLM sgt… kaya lau duet haram watpe.. lagu menipu sne mnipu sini… cian yg kne kencing dek nak cpat kaya… Melayu oh Melayu

    0

    0
  5. Kelilawau says:

    Kalo Azwan Ali mesti dah amek 80k tu bli gelinya ngan sanggul palsu…

    0

    0
  6. MENGANAGIDOP HAKU says:

    HABES TU WEI KALAU ALKEN TU MLM X?..DULU PNAH DNGAR GAK PASAL NI YSLM..
    ORGATAS Y SEDAP ORG BAWAH Y MERANA…

    0

    0
    • Anonymous says:

      alken tuu 2 jnis.. Nk MLM atau pon direct-selling.. besa la lau ad downline upline sharing.. MLM la tuu… kemain modal tak smpai 100 tp untung 10k..skim piramid la tu..

      0

      0
  7. sentap says:

    mane ade keje buat cket je, berjuta2 lemon kaye.. takde dik non.. keje ape yg mudah dlm dunia ni? goyang kaki pon lenguh kan.. jadik usahe sderik la.. puas hati

    0

    0
  8. Joyah Bandar says:

    MLM = Mau Lesap Money. Penipu je, kalau betul la berkesan dan senang kaya, dah berpuluh2 billionnaire kt Malaysia ni. Tapi kawan Joyah yang buat MLM takdelah jadi billionnaire pun. Makin kusut ada la.

    0

    0
  9. beyonce says:

    Helleh….yg 80 ribu nie ditolak sbb dh msuk tv n kata haram bagai…kenapa xtolak phyto stemcell tu? MLM gak kan? Pastu kalau kita tolak xnak join, kata kita Melayu xnak senang…. dengki kt dorg! Chit…podah! Beyonce makan yg halal je ok!

    0

    0
  10. Indah halina says:

    “Dah penat kerja makan gaji?Nak pakai kereta mewah?Dah tak tahan jadi kuli?Jom sertai kami!duit masuk dgn senangnya!tengah makan duit masuk,tgk tv goyang kaki pun duit masuk,Tak perlu kerja ikut masa.Tau-tau ada banyak 0000 dalam acc!”

    *lepastu tambah la quote perangsang kat hujung ayat* style mlm mmg mcm ittew!

    0

    0
  11. PagiPetangSiangMalam says:

    MLM – Melayu Lah Mangsa. Nuff said. K bai.

    0

    0
  12. Anonymous says:

    sy pun xtau knapa banyak melayu yg terjebak dan tertipu ngan mlm ni.
    bila kita nak komen dia akan kata “tak, apa sy buat tu bukan mlm, tapi bla bla bla..”
    contoh yg baik i.e org yg meniaga jual kain tudung kuih yg dpt gakla side income beratus sebulan walaupun consider xbanyak xnak ikut.
    nak jugak percaya mlm yg mark up harga berganda ganda, modal banyak, rugi banyak sbb xramai pembeli tu.

    0

    0
  13. kutu says:

    dulu AC mizal pun buat mlm gak..jual gelang..penipu!!!
    bila dah kantoi gelang tu made in china trus hilang ntah ke mane dah MLM dia..
    kawan sy dah terkena..labur 10K…ape pun tak dapat balik..gelang ntah ke mana untung pun ntah kemana..

    0

    0
  14. nasib aku tak kena says:

    tingat dgn kwn2 opis dulu. ramai yg kna dgn mlm ni. kesian…kna dalam 3k – 20k. siap buat loan bank plk tu. semuanya pangkat pegawai hehe… org yg plg awl msk untung ler…merasa jg vios dan melancong obesi. msa tu bkn main mewah lg.

    0

    0