Di Malaysia, sekiranya anda seorang gadis berusia dalam lingkungan usia 27-30 tahun dan masih belum berkahwin, pastinya anda akan merasai tekanan yang amat sangat. Balik kampung je makcik-makcik, nenek-nenek confirm akan tanya “kau bila lagi nak kawin?â€, “kau seorang je cucu nenek yang tak kawin-kawin lagiâ€, “kau nie muka cantik, takkan lah tak ada orang nak?â€. Memang pedih ulu hati apabila soalan yang sama seringkali diulangtanya. Bertambah pedih bila gelaran “anak dara tua†mula diberikan kepada anda.
Abang Nara ingatkan di Malaysia sahaja ada masalah “anak dara tua†ini. Rupa-rupanya di negara China pun sama jugak. Malahan lebih dasyat lagi. Gadis-gadis yang berusia 25 tahun dan ke atas serta tidak berkahwin lagi akan digelar “Sheng Nu†yang membawa maksud “leftover girlsâ€. Lebih kurang la maksudnya dengan anak dara tua. Tapi start umur 25 tue. Lagi dasyat daripada orang Melayu kita.
Tidak mahu gadis-gadis Sheng Nu ini dibelenggu dengan tekanan untuk berkahwin pada usia 25 tahun, International Prestige Skincare Brand SK-ll menerusi kempen #ChangeDestiny telah pun menerbitkan sebuah video. Video ini memang tersangatlah power dan meaningful untuk para gadis China. Di dalam video ini, ada kelibat beberapa orang gadis China yang belum berkahwin, namun berjaya mencapai cita-cita dan impian mereka.
Abang Nara tertarik dengan kata-kata Li Xu Yuan, salah seorang Sheng Nu di dalam video di atas. Katanya:-
Saya tidak mahu berkahwin semata-mata kerana terpaksa berkahwin. Saya tidak akan gembira hidup sebegitu.
Abang Nara percaya ramai juga gadis Malaysia yang berkahwin semata-mata kerana takut membujang sehingga ke akhir hayat. Namun perkahwinan tersebut akhirnya berakhir dengan penceraian. Tak salah menjadi seorang gadis Sheng Nu yang bekerjaya, yakin dan berjaya mencapai cita-cita dan impian. Daripada kahwin dan tak bahagia, lebih baiklah kita tidak berkahwin dan membina kerjaya. Abang Nara yakin satu hari nanti jodoh akan tiba jua. Tak gitu? Apa kata anda? Lebih banyak kisah Sheng Nu di laman SK-II.