Written by AbangNara | January 7th, 2015

Perghhhh. Tak pernah disangka ayat sebegini akan keluar daripada mulut Emma Maembong. Selama ini aksi Emma dan Zizan seringkali menunjukkan kebahagiaan yang dikecapi oleh mereka. Nampak sweet. Nampak manis. Nampak romantik. Rupa-rupanya Emma Maembong sudah lama memendam rasa. Menangis, berendam air mata dan juga makan hati. Tak sangka di sebalik senyuman gembira rupanya hati Emma penuh luka.

emma maembong

Tidak diketahui pula apa yang dilakukan oleh Zizan Razak sehingga menyebabkan Emma terasa sebegini rupa. Biarlah ia menjadi rahsia mereka berdua. Yang penting, Emma turut menafikan yang dia hanya mahu mengikis wang Zizan. Kata Emma:-

Saya reda dengan apa yang terjadi. Keluarga saya sendiri tidak tahu mengenai berita ini dan mungkin hanya tahu melalui berita yang dikeluarkan wartawan saja.

Mungkin selama ini orang melihat kami sebagai pasangan yang ‘sweet’ tetapi mereka tak tahu apa yang saya lalui. Jika asyik berendam air mata saja buat apa diteruskan hubungan ini. Sampai bila saya nak makan hati?

Saya berani bersumpah selama kenal dia, saya tak pernah guna atau kikis duit dia. Saya sendiri bekerja dan ada pendapatan. Kalau dari awal saya nak kikis duit orang lebih baik saya cari lelaki yang lebih kaya.

Tapi saya cintai dia selama ini ikhlas dan pada satu tahap saya sudah tak mampu bertahan lagi dengan sikapnya.

Untuk makluman, hubungan Emma dan Zizan sudah lama goyang cuma baru-baru ini sahaja baru pelakon comel ini nekad meninggalkan kekasihnya itu. Hmmmmm. Kesiannya. Apa pun, Emma akan terus menyokong Zizan sebagai seorang kawan. Kata Emma:-

Saya tak benci atau mahu memusuhi Zizan. Malah saya akan terus menyokongnya sebagai kawan. Mungkin perpisahan ini akan ada yang menyalahkan saya sebagai punca. Terpulang. Ada benda yang saya sudah tidak mampu lagi bertoleransi dengannya. Tak apalah orang tak tahu apa yang saya lalui. Biarlah. Dunia seni ini pun kecil dan pusing pusing akan jumpa dia juga

emma maembong

Sehingga ke saat ini, Zizan masih tidak memberikan sebarang reaksi mengenai perpisahan ini. Mungkin Zizan juga masih bersedih dengan apa yang terjadi. Iyerlah, bercinta lama-lama tetapi akhirnya putus di tengah jalan. Siapa tak sedih kan? Emma Maembong pulak tue. Fuh~~~ Tak apalah. Inilah yang dikatakan tak ada jodoh. Semoga mereka bertemu dengan insan yang lebih sesuai selepas ini. Sama-samalah kita doakan. Sumber Berita Harian.

53 responses to Sampai Bila Saya Nak Makan Hati? – Emma Maembong

  1. tahppetah says:

    gimik je ni.nnt zizan nk propose ema kat maharajalawak mega jumaat ni..

    0

    0
  2. Rakyat Malaysia says:

    Benar lah org kata: org yg duk post gambar yg ‘sweet’ ni sebenarnya dorang x happy pun~~~

    0

    0
  3. neffs says:

    emma..malam nie i call you yer..weekend nie jadi ker nak keluar ngan i.. hohohoh

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Trend sekarang. Bila bercinta terlampau nak tunjuk. Walhal sakit dalam hati tapi nak jugak tunjuk sweet dkt luar. Apa-apa pon. Be strong Emma dan Zizan. Ambik jadi pengajaran. Lepas ni bercinta jangan terlalu menunjuk sangat. Semoga dua-dua jumpa yang lebih baik.

    0

    0
  5. jamban bergerak 1 mesia says:

    Dh tau dh mst clash punye..retis biase la..dah jemu crik lain..bkn nye niat nk kawen dh idop penuh sosial sn sni..jd x eran pompan keliling pinggang.. da gatei2 br nk ckp x serasi lg ke..puihhhh!! Dua2 same je xbleh pakai..prangai mcm jamban!

    0

    0
  6. minah jambu tk suka hipokrit says:

    sampai bila saya nk makan hati ! amboi macm bagos aje u ni eh emma ! huh ! dh dia sendiri yg gatal nk kan si zizan pendek pastu pandai pulak cakap macm2 huh !!

    0

    0
    • Anonymous says:

      khensssss, emma ni kalau break pn perlu ke ko cakap buruk pasal zizan? maybe tak la list down all the bad things tapi dia kata tak tahan dengan sikap? ko takleh professional sikit ke emma weiii… dasar sendu sekolah tak habis

      0

      0
      • bolok says:

        Aku rasa emma ni attention seeker. zizan tu plak busy aje takde masa untuk emma. Sebab tu emma makan hati dengan zizan ni.

        0

        0
  7. ichi says:

    ni la masalahnya kalau sume benda nak jaja kat media sosial.
    tgah bcinta bukan main, dah putus sume nak cite buruk pasangan.

    0

    0
  8. Anonymous says:

    zizan melawak dgn ckp ntah apa-apa.. haruslah emma kecil hati kot… tak boleh ngam lah kot..

    0

    0
  9. Kaca says:

    Zizan kan tengah “sesak” sekarang ni dengan kes saman apa semua.. so now u can see who is with u in hard time… kan Zizam.

    0

    0
  10. shikin says:

    alah..zizan kn tgh kna cri duit stgh juta skrgkan….so emma tgalkan dialh.time zizan sng smua sweet bke tgh sush blah plk.nmpk sgt prgai dia cne.kalu dh breakoff diam2 sudah xplu nk ktuk zizan ke ape.bsenya org yg ktuk2 ni sbb nk cover her mistakelh.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    MMM dlm HM ni ada citer pasal artis kantoi bachelor nite… sapa agaknye itew…..

    0

    0
  12. Boa says:

    aku pernah npk zizan dan leez jln berpeluk2 kat sogo,masa 2 zizan belum femes sangat lg,bila dah femes dia tinggalkan leez,baget ensem nak cari awek mix org putih pula dah.

    0

    0
  13. Mengong says:

    Datin semah, ko ni wat lawak lak. Ingat MLM ke. Tapi aku ketawa..hahaha….

    0

    0
  14. Anon says:

    betollah kata org, kdg2 org yg selfie terlebih tunjuk syg tunjuk manja dgn caption yg sweet2 biasanya dlm hati berdarah.

    0

    0
  15. makcik jaga parking says:

    Tak pyh dia nak jaga hati ko sangattttt…gelpren je kot….lainlah klu isteri or at least tunang ke…dia jaga hati mak dia lg bagos

    0

    0
  16. hanieq says:

    ahkak pernah dengar. si z ni kaki pompuan lol.

    0

    0
  17. melati says:

    my komen refer to komen tenang.zzz

    0

    0
  18. syikin says:

    Ade la hikmahnya..dulu zizan sblum couple ni fokus je..humble je orangnya.bila dah couple ni..ngan kawan sendiri pun blh gaduh..keje pun dah hilang fokus (melawak).cite couple melebihi cite kerjaya kot. Emaa pun tak elok la nak bukak cite cam gitu..seeloknya duduk muhasabah diri jangan nak salahkan sesapa.jodoh rezeki ajal maut semua kt tangan ALLAH.

    0

    0
  19. Shhh says:

    Emma buat pa bgi komen yg memalukan zizan nmpak mcm zizan yg slh..ksh emma ni dh mcm isteri yg kna lepas cerai..berendam air mata bagai..yelah kita bercinta bkn semuanya manis…tpi tak perlu lah kot nk bercerita smpai mcm tu skali..no komen sudah…dh lah zizan skrg ni tgh da masalah dgn saman kat mahkamah..komitmen dia dgn virus lgi..nk jg hati ko lagi..ada ckp zizan jd mcm ni..sbb dulu tgglkan leez…tk perlu nk ungkit ksh silam dia lagi..leez pun dh bertemu jodoh..jdi ada hikmahnya kt situ..sama gak mcm kes zizan..dulu mgkin zizan tk serious lg msa tu….dn mgkin da perancangan nak kawin dgn emma…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Bukan ke Leez tu curang tu psl Zizan tinggalkan.

      0

      0
      • Shhh says:

        tak tahulah sbb aku bca dri blog org ckp zizan tglkan leez sbb juliana evans..sblm tu kan da gosip zizan dgn fida ibrahim, pastu juliana evans

        0

        0
  20. anon says:

    ala emma ni xderla cantik mana..aku tgk muka dia pun mcm perempuan gatal….mengenyam …bile laki ada duit dia pandang ,cuba laki tu sengkek haram xnk pandang…lps tu bnyk masalah keluarga ni..org ckp kalau fmly probelm ni susah skit …ada je masalahnye nnt kemudian hari

    0

    0
  21. Ibu says:

    Kadang2 dalam hubungan lelaki & perempuan mungkin ada terguris terhiris prasaan dari segi perbuatan, kata2 & sikap seseorg itu, mungkin individu tu mencuba utk meneruskankan ye la kan sbb dah sayang cinta tapi kadang2 lelama takut jadi hipokrit pd diri sendiri & tak mampu nak teruskan memendam rasa tapi tersenyum sembunyikan perasaan, hanya mereka berdua yg tau hubungan sesama sendiri, kadang2 bila jadi mcm ni baru salah sorang bukak mata sedar silap sendiri, mungkin bole cuba perbaiki dan amik masa utk berbaik semula, wallahualam la kalau jodoh kuat dan bole berbaik semula mana tau bole bersatu kembali, mungkin skrg masih2 perlu ruang utk berfikir bertenang sendiri

    0

    0
  22. azima98 says:

    rumusannya….dah takder jodoh. redha jer. maybe masing2 akan jumpa pasangan masing2 yg lebih baik. Insya Allah.

    0

    0
  23. sinkiz says:

    Br fhm nape some guys suke perempuan lebih tua.. Sbb mereka lebih matang…

    0

    0
  24. suri says:

    But apa2 pon, emma xleh nk hentam n kutuk zizan. Dlm hubungan ni , xsemua nya ok. Aadakalanya ema terasa hty dgn zizan , dan ada jugak zizan trasa dgn emma. Xkan la xpnh kn.. Couple kan. Bukan bercinta sorg2. Tp emma ckp seolah sikap zizan ni amat buruk tuk dibygkn smpai berendam air mata bgai.. Zizan diam kan jer n xde buat knyaatn balas. Tu mknanya zizan benar sygkn emma. emma2 , kalau dh kawin nanti. Kalau bercerai hbs di canang tntg aib bks suami. Betol, org xlalui apa yg emma lalui. Tp knp zizan bole trima emma n diamkan apa yg mnjd rhsia antara korang. Knp tidak emma? Kalau ikhlas sygkn zizan bukan begini caranya emma.

    0

    0
  25. nyonya mansor says:

    betol ke ajinamoto boleh digumakan dlm msakan bergoreng?

    0

    0
  26. bibik says:

    cari org kampung je la zizan.. kadang lagi lawa dari artis2 yg glamor nih.. makan pakai ko terjaga..

    0

    0
  27. bilakakjemahmenulis says:

    ala couple je kot???? takyah la nak rendam air mata sgt. rendam dlm bath tub sudah. lagi satu, korang bukan laki bini pun sampai nak makan hati bagai.

    0

    0
  28. Hmm tak sangka zizan boleh buat camtuh kat emma , xpe emma kita tengok penjelasan zizan kat melody, sy sokong emma

    0

    0
  29. Fad says:

    makan la paru paru pulak, limpa ke. hati saja mmg la jelak.

    0

    0