Written by AbangNara | October 22nd, 2015

Sekitar hujung tahun 90-an dahulu, drama dan filem Jepun pernah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Abang Nara turut sama mengalami kegilaan ini. Banyak gila drama Jepun yang Abang Nara layan. Antaranya Beautiful Life, Great Teacher Onizuka dan Densha Otoko.

okashi world rakuten

meleleh air mata tengok drama nie

Hero feveret Abang Nara sudah tentulah Takuya Kimura. Dahlah hensem, berlakon pun power. Hampir kesemua drama Takuya Kimura sudah pun ditonton oleh Abang Nara. Walaupun demam drama Jepun sudah pun berkurangan, impak yang ditinggalkan masih hebat. Buktinya, ramai rakyat Malaysia yang jatuh cinta dengan budaya Jepun sehingga ke hari ini, termasuklah makanan dan minuman dari negara matahari terbit itu.

okashi world

Okashi World, salah satu kedai serbaneka Jepun yang popular di Malaysia

Okashi World merupakan kedai popular buat para penggemar produk dari Jepun. Macam-macam ada dijual di dalamnya. Selain daripada kedai fizikal di Publika, Kepong dan USJ, Okashi World juga turut menjual produk mereka di Rakuten Malaysia.
okashi worldTeringin mengimbau kenangan silam dan beromantik bersama isteri sambil menonton drama Beautiful Life (serius drama nie best tolonglah tengok), Abang Nara pun melayari Okashi World di Rakuten untuk membeli beberapa snek dan minuman. Iyerlah, sambil tengok cerita Jepun, mulut kenalah mengunyah makanan Jepun jugak. Barulah feel tue lebih sikit. Jom kita tengok apa yang ada dijual di Okashi World.

okashi world

comelnya cookie dalam kota tuee

Abang Nara suka dengan kategori yang disediakan oleh Okashi World untuk memudahkan para pembeli melihat produk yang ditawarkan. Kalau nak beli minuman, boleh terus klik kategori “Japanese Beverages”, rasa nak beli snek, terus tekan “Japanese Confectionery”. Bukan makanan pun ada jugak. Mana tahu korang teringin nak beli syampu dari Jepun. Semuanya ada dijual di Okashi World.

okashi world

Mula-mula Abang Nara ingatkan nak beli sikit je. Sekali tue sebab banyak sangat produk yang best-best, terbeli banyaklah pulak. Sampai beratus-ratus ringgit. Huhuhu. Tapi tak apa, boleh buat stok sebulan dua terus. Inilah hasil pembelian Abang Nara di Okashi World Rakuten Malaysia yang sampai ke rumah selepas 3 hari buat order.

okashi world

ada beberapa yang dah selamat masuk dalam perut. Hehehe

Banyak kan? Mesti korang cakap Abang Nara tamak. Ish, ish, ish. Korang kalau pergi tengok sendiri apa yang dijual di Okashi World memang kelabu mata dibuatnya. Sampai tak boleh nak pilih. Akibatnya, semua benda pun akan korang beli. Meh sini Abang Nara sharekan beberapa produk feveret diri ini.

okashi world

mari mengunyah!!!

okashi world

yummy!!!

Sebelum membeli di Okashi World Rakuten Malaysia ini, Abang Nara bagi beberapa tips kepada anda. Iyerlah, tak boleh beli sesuka hati. Status halal haram kena ambl tahu jugak.  Jangan main bedal je. Antara tips yang boleh dipraktikkan ialah:-

1. Periksa terlebih dulu kandungan ramuan yang digunakan untuk setiap produk. Selalunya kalau ada bahan terlarang ia akan dimaklumkan. Sebelum tekan ‘add to cart’, periksa satu demi satu dulu apa bahan ramuan yang digunakan.

2. Buat research atau Google dulu nama produk tersebut. Dengan kecanggihan teknologi sekarang, taip je terus boleh tahu status halal haram sesuatu produk tue. Abang Nara selalu guna portal www.halal.gov.my. Boleh juga hantar email kepada JAKIM untuk minta kepastian.

3. Tanya kawan yang pernah belajar di Jepun atau pandai bahasa Jepun. Ini adalah langkah paling mudah dan senang. Suruh dia translate terus kat situ. Selalunya mereka yang pernah belajar di Jepun memang pakar bab halal haram nie. 

4. Hantar je email kepada Okashi World di smileyfoods138 [at] gmail.com untuk tanya status produk mereka sebelum korang buat pembayaran. Insya Allah mereka akan membalas secepat mungkin.

okashi world

Arissa dah tak sabar dah!!!

Dan Abang Nara ada berita baik buat anda yang nak membeli di Okashi World. Rakuten Malaysia bakal memberikan diskaun sebanyak RM20 dengan pembelian minimum RM100. Promosi awesome ini bakal bermula dari 22 Oktober sehingga 29 Oktober  Caranya mudah sahaja. Ketika nak checkout, masukkan voucher kod “OKASHINARA20“. Lagi best, voucher kod ini boleh digunakan untuk mana-mana kedai di Rakuten Malaysia. Bukan untuk Okashi World sahaja. Inilah peluang untuk anda berjimat lebih sikit.

okashi world

rare botol Coca Cola nie. Nak minum pun sayang

Selain itu, pada 22 dan 23 Oktober ini, Rakuten Malaysia akan memberikan 20X Rakuten Super Points untuk pembelian di kedai-kedai tertentu. Apa itu Rakuten Super Points (RSP)? Abang Nara pernah ceritakan pasal RSP ini dulu di sini. Tapi secara mudahnya, RSP ini adalah sistem ganjaran di mana korang akan dapat point (1 RSP = RM1) setiap kali membuat pembelian di Rakuten Malaysia. RSP nie nanti boleh digunakan ketika korang buat pembelian seterusnya di Rakuten Malaysia. Jadi kalau dapat 20X RSP, tak ke banyak penjimatan yang boleh digunakan?
okashi world Last but not least, kalau terlepas promosi 20X Rakuten Super Points di atas, jangan risau sebab pada 25 Oktober sehingga 27 Oktober, ada promosi 72 Hours Shopping Marathon pulak. Sepanjang tempoh ini, korang akan dapat 5X RSP daripada jumlah pembelian yang dilakukan. Syaratnya, kena beli sekurang-kurangnya daripada 3 kedai dalam tempoh masa 72 jam ini (dengan minimum setiap kedai RM50). Contohnya kalau beli RM500 ringgit daripada kedai A, B dan C, RSP yang normal ialah sebanyak 5 RSP sahaja. Namun sepanjang tempoh promosi 72 Hours Shopping Marathon ini, RSP yang akan diterima ialah 5 kali ganda iaitu 25 RSP. Tak ke berbaloi-baloi tue?

rsp deal

Cerita banyak tak guna kan? Nak tunggu apa lagi? Silalah ke laman web www.rakuten.com.my sekarang juga dan mula ‘add to cart’ apa yang anda impikan. Lepas tue esok (22 Oktober) terus buat pembelian bersempena promosi 20X Rakuten Super Points. Bijak kan idea Abang Nara? Selamat mencuba dan selamat membeli!!!

P.S: Jangan lupa LIKE Facebook Rakuten Malaysia sebab kat situ pun banyak informasi tentang promosi yang menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

46 responses to Sambil Menitiskan Air Mata Layan Drama Jepun, Sambil Kunyah Snek Jepun Daripada Okashi World

  1. Anonymous says:

    Halal ke dok ni Nara wehhh…

    0

    0
    • . says:

      Halal haram tolak tepi.yg penting duit masyuk,sume org kenal nara.gossip artis pun boleh sara anak bini.tahniah.korang ada?

      0

      0
      • biutipul nek ta says:

        old town coffee ada jual pork selamba badak jer di promote dl

        0

        0
        • Najib Supporters says:

          Halal ke haram letak no.2

          Janji Nara masyuk.. Korang hade?
          Selama ni pun nara promote2 cafe/product lain korang maki2 korng dapat ape? Nara jgak melayu yang berjaya!! Ini macam la melayu 2020!! Idop melayu!!

          0

          0
    • Anonymous says:

      Halal. Saya baru check tadi kat USJ tadi, singgah taipan kejap. Sebbaik…

      0

      0
  2. Anonymous says:

    HALAL KER …

    0

    0
  3. don says:

    Rasa mcm membazir ja beli snek online

    0

    0
  4. MAU says:

    HALAL KE IDOK..JANGAN TAU NK MASUK MULUT AJE..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    hebat sgt ke life nara ni???

    0

    0
  6. bukan ustaz says:

    mohon selidik dulu halal haram sebelum membuat promosi. takut nanti dosa orang lain encik nara yang tanggung sebab encik yang menjadi punca. jadilah manusia yang bertanggungjawab terhadap kata-kata dan perbuatan. #jangankecam #nasihatje

    p/s: jangan suruh saya blah sebab memang nak blah ni. kbye.

    0

    0
    • Bukan Ustaz Juga says:

      Halal Ustaz,

      Saya pernah beli jugak produk sama dekat kedai jepun lain. Biasala, kedai takda cop halal pasal macam 7-11 ada jual alkohol, so tak dapat ler cop halal kedai tu.

      Alhamdulilah saya pernah telan makanan ni, so far so good.

      0

      0
  7. wawa says:

    RM 500 = 500 point RSP atau RM 500 = 5 point RSP jer?
    ker aku salah kira?

    0

    0
  8. penduduk jepun says:

    https://www.facebook.com/halal.jp/photos/a.1610305062519604.1073741829.1606887382861372/1612212385662205/

    kalau yg dijual tu mmg diimport dari jepun terus, banyak lah yang tak halal jawabnya. Pocky tu pon org dah cop haram terus kalau dibuat di jepun.

    boleh rujuk kat link bawah ni sebelum beli
    https://www.facebook.com/halal.jp/photos/a.1610305062519604.1073741829.1606887382861372/1612212385662205/

    0

    0
  9. baby says:

    Nara, ramen2 tu semua haram.ada extract animals. gummy n jelly pun byk y xleh makan.

    source :pengalaman sendiri blaja dijepun

    0

    0
  10. pink says:

    1 je nk tau halal ke idok?

    0

    0
  11. naa says:

    Ingat kan Lotte Pepero tu dari korea

    0

    0
  12. liyana says:

    Assalam..selalunya product yang ada unsur gummy ni mmg aga gelatine..
    dan gelatin mmg daripada binatang..mcm lembu dll. (tp kat jepun diorang semelih ke idok)..jeng jeng jeng…

    0

    0
    • mak c kina says:

      betul tu..bkn soal gelatin tu dr haiwan,tp haiwan apa, sembelih ke x..sembelihan tu proper kex?

      0

      0
  13. Anonymous says:

    halal ke? soalnya siapa yang sah halal nye ada sijil sah? darah daging wok!

    0

    0
  14. cma says:

    mender2 macam nie sah2 tak ada halal nye… sape yang mengiklankannye dapatlah sikit saham di akhirat nnt yer…

    0

    0
  15. Izah says:

    Tak masalahnya skarang ni aku rasa admin dah letak halal guide so boleh rujuk la macam mana nak tengok halal. Korang masuk 7-11, takda pun orang suruh ligan pi kat area alkohol tu. Kedai runcit mutusamy tu ada je jual carlsberg, jangan la beli. Ish ish ish, korang complicate things.

    0

    0
    • Si Izah Yang Monyet nyet nyet nyet says:

      Izah yang mokimak kau…Bodoh Kau…Kau patut duduk dalam tempayann lepas tu letak air Panas….Bodoh Jondol

      0

      0
      • anun says:

        saya mintak maaf.. sebab sy tergelak bila bace komen ni… letak dalam tmpayan then curah air panas… sy tak pernah terpikir sampai sebegitu. lepas itu saya tergelak.. kejam kah saya membyangkan si izah duk dalam tempayan sambil di curah air panas.. sya mintak maaf sekali lagi.. tapi iyenya kelakar.

        terima kasih.

        0

        0
    • Beg Tali says:

      Yelah kan…Izah Ni Orang yang paling Bodoh… Jamban kau

      0

      0
  16. Utah says:

    Janji Duit masuk..

    0

    0
  17. Utah says:

    Janji Duit masuk…

    0

    0
  18. Utah says:

    Janji Duit masuk…Kan kan kan..????? ????? ?????..Aku Cakap Indialah

    0

    0
  19. Pocky tu pork ka? says:

    Pork ka?

    0

    0
  20. Tahu Makan aje says:

    Kalau nak makan tengok Dulu ada logo halal Ke x de…jgn nak pakai masuk mulut aje….

    0

    0
  21. Jay says:

    Kalau Dari jepun x halal tu kot

    0

    0
  22. Anonymous says:

    SEDANG RAKYAT PALESTIN MERANA KESAKITAN ,NARA ADMIN PROMTE COKE!!!!!!RAYA SAYANG NAK MINUM!!!???

    0

    0
  23. Kayu Api says:

    Aku Berasal Dari Portuguese…Yang Duduk Di Negara MALAYSIA..Dekat Melaka aku Duduk…Makanan Orang Mexico lagi best lagi pada makan Makanan jepun tu..
    Mentah-mentah je…Makan barat pun lagi best…..Makan orang melayu pun sedap
    Juga hang semua tau….ha kalau hang nak makan makanan Jepun yang ada
    Tak halal tu hang makan Lah..Suka hati hanglah…….

    0

    0
  24. Jangan Makan Tau benda tak halal says:

    Jangan makan benda Tak halal..Nanti bedosa…kalau anda makan benda Tak halal.
    Anda tanggunglah dosa-dosa Pada Allah S.W.T…

    0

    0
  25. Radlayn says:

    Ini aku rasa Tak halal Ni…Kalau Tak halal jangan makan…Nanti kamu semua bedosa..

    0

    0
  26. Anonymous says:

    Jom kita main ping pong

    0

    0
  27. takuyak kembura says:

    ingat komen byk kat sini minat takuya kimura jugak…
    hihihi…I LOVE beautiful life!!..tp drama2 jepun skrg dah tak best..hmm

    byk lagi makan sedap keluaran tempatan…takyah lah makan makan jepun klu was2 halal haramnye…pecal,satar,keropok lekor,amplang kuih cincin lagi sedappp

    0

    0