Written by Bella | April 3rd, 2015

Bakal bernikah tidak lama sahaja lagi, Sam Bunkface dalam satu kenyataan terbaru memberitahu beliau merasa tidak tentu dan sedikit gementar apabila menantikan saat beliau  bakal bergelar suami nanti.

Saya tidak pernah berkawin sebelum ini tapi apa yang dapat saya katakan perasaan saya bercampur-campur.

Kadang-kadang ada perasaan gemuruh dan bila difikirkan semula rasa gembira kerana umur macam saya sepatutnya sudah ada anak kecil dan mungkin inilah masa yang tepat untuk memulakan kehidupan baru.

Jelas Sam, segala persiapan yang dijalankan setakat ini berjalan dengan lancar dan akan diadakan secara sederhana dimana beliau cuma menjemput rakan-rakan terdekat dan ahli keluarga sahaja.

Sam bakal bernikah dengan Aida Azira yang merupakan seorang penerbit di TV3. Majlis pernikahan mereka akan berlangsung di Dewan Sapura Building, The Mines manakala majlis resepsi bagi pihak perempuan pula akan diadakan pada tanggal 2 Mei depan di Masjid Tanah, Melaka.

Setiap bakal pengantin akan merasa gementar apabila saat mereka bakal bernikah akan tiba tidak lama lagi. Sedikit pesanan dari kami, walaupun perasaan berdebar itu ada pasti semuanya akan berjalan lancar kerana niat didalam hati. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita: mStar Online

 

5 responses to Sam Bunkface Debar Menanti Detik Bergelar Suami 25 April Ini

  1. UMNGOK says:

    Contoh betapa GST kebodohan yg dicipta UMNO yg berpura2 bijak tidak menipu rakyat.

    Pengeluar jual kpd pengedar—GST rm 100
    Pengedar jual kpd pemborong— GST rm 120
    Pemborong jual kpd pekedai—-GST rm 150
    Pekedai kpd pengguna—GST? rm 170

    Dimananya untung nya kepada rakyat? Najib x pernah hidup susah. Beginilah kalau pemimpin bukan yg berjiwa rakyat. Harap terkuburlah karier politik si Najib ni. Biawak lidah cabang….mahu untung berganda.

    0

    0
    • Anonymous says:

      adoi.. xyah la masukkan cite gst dlm ni.. semak laa.. aku hari2 dgr perkataan gst ni.. kita xleh watpe dh.. pasrah je laa.. pfffttt

      0

      0
    • anon says:

      GILA……gih blog politik. Jgn menyemak kat sini…

      0

      0
    • minah jambu sayang nenek says:

      kalau tknk setuju ngan gst kau gi la dudok kt utan ..bongok begok !!

      0

      0
  2. KT Pari says:

    Sam ni mmg hensem, tapi kenapalah yg suka sngt wat rambut dia mcm tu……hilang 50% kehenseman dia..

    0

    0