Written by Bella | June 9th, 2016

Tiga bulan lagi penyanyi Sam Bunkface bakal bergelar bapa. Isterinya Aida dijangka bakal bersalin pada 9 September ini dan Sam akui beliau merasa tidak sabar tetapi pada masa yang sama berdebar menanti kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Sam masih belum mengetahui jantina anaknya dan sebenarnya tidak kisah dengan perkara berkenaan.

Syukur, tak lama lagi saya akan jadi bapa. Sudah tentu saya sangat gembira dan teruja untuk menyambut kelahiran anak pertama.

Bagaimanapun, sehingga kini saya belum tahu jantina bayi kerana mahu ia jadi kejutan. Saya serahkan kepada isteri untuk mengumumkanya. Terus terang, saya tidak kisah sangat soal jantina asalkan sihat, itu sudah cukup.

Sam pada masa yang sama memberitahu beliau tidak mahu terlalu mendedahkan anaknya kepada umum dan ingin menjaga privasinya. Tiada akaun Instagram buat anaknya, tetapi sekali sekala Sam tetap akan berkongsi foto anaknya itu di media sosial beliau khas untuk tatapan peminat.

Saya mahu zuriat kami membesar secara normal seperti anak orang lain. Bagaimanapun, tidak bermakna saya sorok anak kerana tetap berkongsi gambarnya untuk tatapan peminat.

Kalau tanya sama ada saya akan membuka akaun Instagram rasmi untuknya nanti, ia tidak mungkin berlaku. Bagi saya, dia berhak menikmati kehidupan privasi dan menjalani kehidupan sederhana.

Siapa yang tidak teruja untuk menanti saat anak sulung mereka dilahirkan bukan? Kami harap isteri dan anak Sam didalam kandungan sihat dan semoga segala proses bersalin berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Harian Metro

4 responses to Sam Bunkface Berdebar Nantikan Kelahiran Cahaya Mata Pertama

  1. intan kembong says:

    cantikla wife dia

    0

    0
  2. kun anta says:

    alhamdulillah,,semoga lancar nak bersalin nanti..korang sweet sangat ;)

    0

    0