Written by AbangNara | October 13th, 2014

Sedih. Kalau kena tipu dengan orang yang tak dikenali, mungkin kuranglah sedikit kesedihan. Ini kawan sendiri yang menipu Salwa Razak. Cincin yang dibeli dengan harga RM14,000 oleh Salwa Razak rupa-rupanya hanya berharga RM934. Memang banyak sangat bezanya itu. Penipuan tersebut hanya disedari apabila Salwa Razak menghantar cincin yang dibeli dengan rakan baiknya itu untuk memperbaiki sedikit kerosakan yang dialami.
salwa razak

Paling Abang Nara tak boleh tahan ialah apabila membaca reaksi si rakan baik Salwa Razak setelah penipuannya terbongkar. Boleh pulak nak salahkan si pembeli. Kata Salwa:-

Tak sangka cincin berlian yang dibeli dengan harga RM14,000 sebenarnya hanya bernilai kurang daripada RM1,000. Saya amat terkejut apabila diberitahu oleh pekerja kedai emas bahawa cincin berkenaan sebenarnya hanya bernilai kira-kira RM900 dan segera mengunjungi beberapa kedai lain untuk memastikan kesahihan maklumat berkenaan.

Sebaik menjawab telefon, dia (rakan yang jual cincin) pula yang mempersoalkan tindakan saya membuat pemeriksaan di kedai emas dan bertanya sama ada saya ingin menjual cincin terbabit. Kemudian dia kata dulu saya yang beria sangat hendak sangat beli cincin tu.

Dari satu sudut saya juga bersalah kerana tidak membuat pengesahan ketika melakukan urusniaga dulu. Saya serah kepada Allah SWT dan berharap perkara ini jadi iktibar kepada semua agar sentiasa berhati-hati ketika membeli barang kemas walaupun dengan orang yang dikenali.

salwa razak

Nasihat Abang Nara, walaupun sebaik mana kita dengan seseorang itu, kalau nak beli sesuatu yang mencecah harga ribuan ringgit, baiklah pergi beli di kedai yang memang terbukti kesahihannya. Kalau barang seratus dua tak apa lagi nak beli dengan kawan-kawan. Kalau dah sampai RM14,000 nie, memang boleh sakit hati bila kena tipu. Kepada Salwa Razak, jadikanlah ini sebagai satu pengajaran. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Sumber Harian Metro.

P.S: Ikan laga yang amat cantik dan mempersonakan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

30 responses to Salwa Razak Ditipu Rakan Sendiri, Beli Cincin RM900 Pada Harga RM14,000

  1. Jenab says:

    cuba duit tu buat pergi umrah ke , tak ler ko kena cmni .. kalau aku tak terbelinya cincin mahal2 gitu , pikir 100x nak beli wehh

    0

    0
    • Tumpang Tanya says:

      Ingat semua.

      Kerana duit manusia lupa halal haram.

      0

      0
      • hmm says:

        jahat betol manusia menipu nak duit orang.. bagi penampar je

        0

        0
        • JoJo says:

          saper ni????? harem aku x kenal..

          0

          0
        • Pergi jer Balai .... says:

          Aku punnnnnnnnn tak kenal …… saper dia niiiiiiiiiiiiii ….. ramai yg tanya tp tak ada sorang pun jawaab ….. sungguh ke tak ada yg kenal …. takkanlah rm 900 nak samakan rm 14k. Klu berlian mintaklah cert utk berlian tu … kenelah bijak dlm membeli …. aper2 pun boleh buat laporan polis kes penipuan …. Selamat ke Balai …. ye miz salwa who ever u r … lesson 2 learn … dont simply trust kekawan. Klu adk beradk pun kita kene nilaikan brg tu sblm buat pembelian mutlak …. bijak membeli bijak memakai, silap terbeli …. wasalam poket kita pokai … sadisnyer org yg suka menipu nik..

          0

          0
        • Datin K says:

          bagi tau je la sapa orang tu.. tak payah la sorok2.. so esok lusa, tak ada la mangsa lain yang kena.

          boleh buat laporan polis, tapi jangan mention “tertipu” sebab istilah tertipu tak de dalam elemen jenayah.. tapi gantikan dengan “MEMPERDAYA” dan “MENDORONG”

          contoh ayat “penjual memperdaya saya dengan emas mewah sehingga mendorong saya membuat pembayaran sebanyak 14k secara tunai” ni contoh la.. kena buat/susun ayat tu cantik2la.

          0

          0
        • lynn says:

          yg nak diperkatakan sini bukan cincin, tapi dagu tuuuu… tajam sangat! saya mula2 tak kenal siapa dia ni so saya gi google lah. rupanya yg nyanyi lagu Ahmad tuu. tengok gambar dulu dan sekarang dagu lain sangat. kalau pasal kurus, tak lah sampai mcm tu sekali runcingnya. hmm..

          p.s. kalau korang tengok hidung Emilia Rosmila dulu & sekarang pun beza. ketara sangat! lagi ketara beza dari hidung Yana Samsudin.

          0

          0
        • Pergi jer Balai .... says:

          Thanx @Datin K …. info yg sngt berguna kpd pengguna @ org awam yg kurang arif dngn perundangan …. yg tak faham tu … kes ni adalah …. klu harga berlian dah mencapai belasan ribu rm …. selalunya kilauan berlian boleh dpt di bezakan dngn mata kasar antara berlian bermutu dngn tidak lbh2 lg klu palsu ….. rm 900 vs rm 14000 … cincin berlian rm 5000 pun dah boleh nampak perbezaannya …. inikan pulak rm 14k …. musykil … naive sngt miz salwa ni ….

          0

          0
      • Anonymous says:

        ala, ni yang nyanyi lagu Ahmad dulu tu…bekas polis katanya..

        0

        0
  2. tumpang tanya 2 says:

    kesian. salam takziah.

    0

    0
  3. nok gebuzzz says:

    sanggup beli cincin harga RM14,000,baik simpan duit tu lagi bagus….nak tolong kawan sendiri terkena….

    0

    0
  4. hui says:

    siapa salwa razak ni?

    0

    0
  5. hah says:

    ok la , aku bersimpati .. pengajaran juga untuk d luar sana termasuk aku , jgn beri kepecayaan 10o % .. walaupun kenalan rapat .. TAPI .. aku nak tanya nih .. salwa ni sape ? artis ke ? penyanyi ke pelakon ? aihhh mustahil aku x knal artis malaysia ( jgn terasa2 .. tanya je )

    0

    0
  6. anon says:

    Sape dia ni?? Anyway tajamnya dagu…

    0

    0
    • minah jambu telajak laris merah says:

      ntah ! mlayu keja Nye asek asek nk menipuuuuu aje macm tkde keja lain ! masa skarang ni kawan baik dh tk boleh pecaya lagi n jangan pecaya ngan kawan baikkkkkk walau pun dh penah tidur sebantal makan sepingan minom secawan tetap jangan pecaya ngan kawan baikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ! minah jambu tkde kawan baik kawan rapat pon tkde ..minah jambu cuma ada kawan biasa biasa aje baik kawan lelaki atau pon pompan tk boleh di buat kawan baik….baik punye baik ha si salwa ni dh kena tipu beli cincin ngan kawan baik …kawan baik la selalu n suka tipu pasal dia tau sebagai kawan baik mesti la kawan pecaya 200 persen ngan dia…warning ! jangan terlalu pecaya ngan kawan baik !!

      0

      0
  7. comel says:

    salwa razak dulu di kenali sebagai salwa arrora, ada ceta tentg dia ni pakai guna2 kasi laku single dia”ahmad” bekas anggota PDRM

    0

    0
  8. ain suzana says:

    saper dia niiiiii….

    0

    0
  9. jemi says:

    dia ni siapa?

    0

    0
  10. badang says:

    sapa dia nie….muka nampak mcm kena tebuk je….ada dara lagi ke

    0

    0
  11. Anonymous says:

    sape nih??

    0

    0
  12. mama aqil says:

    salwa razak nie dikenali sbg aurora salwa yg pepeler lagu Ahmad tu..tp satu satu nye lagu die tu je laa yg aku tau pun..pnh bc dlm paper dlu die resign jd polis sb minat menyanyi..xke pelik cita cita die jauh menyimpang tu..eh lantak die lah, pastu die ade gak berlakon citer menantu sepuluh ribu xsilap dgn fizz fairuz, trkebetulan aku tertengok psl aku tgh berpantang kat kampong..sekiann..

    0

    0
  13. Anonymous says:

    sapo dia ni bang nara oiiiiii…x kenal le..retis sendu ke…y ko li cincin mahal2 tu smpi empt belas ribu tu wat pe…klau pakai cincin mahal2 pn bukanya org asyk nk tanye..eh harga cincin ko berape hek…..lain le klau ko ni jenis y menujuk…klau aku x adnya klau nk li cincin mahal mcm tu sekali…lain le klau nk tunang n tunang y belikan…haaa tu lain cite..bang naraaaaa…len kali bagi le cite y best2 sikit ke..ni x..retis y baru kelua dari gua mane bang nara keluarkn..

    0

    0
  14. Anonymous says:

    mak haiii…tajamnya dagu dia…leh wat pisau..klau x silap dia ni dlu ad kontrovesi pasal ilmu itam tu hek..bukanya dia y kena..tpi dia y kenakan org lain..klau dia kena tipu pn enth2 kifarah kot…lagu ahmad bukanya best mane pn..

    0

    0
  15. Anonymous says:

    SALWA RAZAK ( 2014 ) X KENAL…
    SALWA ABD RAHMAN ERA 90AN..HA TU SY KENAL..

    0

    0
  16. rita rudaini bergaduh lagi says:

    tak kenal dan tak pernah tgk pun muka budak ni..rasanya ni cerita dia sendiri bikin utk naikkan nama dia..kena tipu dgn kawan, kasi report polis laa..report kat media utk publisiti murahan?

    logicnya, org tak beli barang kemas dari org yg bukan jual barang kemas..dlm cerita dia ni, kawan dia bukan tokey kedai emas pun..sekiranya kawan dia memiliki cincin tersebut (kawan dia punya dan dia nak beli) logic akal adalah budak ni dan kawannya akan ke kedai emas atau ke bank untuk mendapatkan nilai cincin tersebut..mana ada org nak jual barang kemas pada harga lebih murah, ye tak..seperkara lagi, harga cincin berlian bergantung pada size berlian, potongan, design, dan emas yg mengikat cincin tersebut..kalau cincin berlian yg berharga sekitar RM1k, sah2 la logic akal kita akan bgtahu berliannya kecil, designnya tak lawa, etc…cincin berlian RM14k size mcm buah kedondong ke?? make sense ke pakai cincin yg gitu? kalau ada pun dipasaran cincin berbatu besar semuanya cincin aksesori murah, batu plastik..mcm tu punya besar berlian, emas nak ikat pun tak larat, boleh patah..alahaiii…

    logic la sikit nak buat cerita…

    0

    0
  17. entah sapa2 pun digossipkan says:

    NI NAMANYA CERITA BIKIN SENDIRI..SBB ORG TAK KENAL DIA SAPA KAN….AKU PUN TAK KENAL..MASUK AKAL KE BELI CINCIN HARGA ASAL 900 BAYAR SAMPAI 14,000? TAKKAN BUDAK NI SEBODOH TU…BARANG MAHAL DGN BARANG MURAH BANYAK BEZA..KALAU CINCIN HARGA 5,000 DENGAN 1000 PUN KITA DAH BOLEH NAMPAK BEZA, INIKAN PULAK 14000..HEHE..PROPA AJE…

    0

    0
  18. KELOLO says:

    Banyak betul aku baca dalam post Nara ayat “pelik tapi benar”..

    Aku pelik, dia ni siapa…
    Benarkah dia artis Malaysia?

    Kenapa Nara boleh kenal muka-muka ni semua.. rajin betul dia hadap TV.

    0

    0
  19. cik kiah says:

    siapa kah dia ini…hurmmmmm

    0

    0
  20. Anonymous says:

    dia buat pengakuan kt melodi memang dia cucuk dagu tu…RM400 je u ols katanye.

    0

    0