Salima AF Selesa Berpoligami

Hiburan

Salima AF Selesa Berpoligami

Sehingga ke hari ini, sudah lebih kurang 3 bulan Salima AF bergelar isteri kedua kepada pendakwah terkenal, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre, Selalunya apabila bercerita mengenai poligami, pasti banyak kisah sedih dan duka yang kita dengari. Namun bagi Salima, dirinya amat selesa setelah berkahwin walaupun merupakan isteri kedua.

salima af

Advertisement

Kata Salima:-

Sering orang salah tafsir bahawa menjadi isteri muda mahu lebih perhatian tapi sepanjang tempoh perkahwinan kami, saya melihat suami saya seorang yang adil. Poligami ada hikmahnya, saya selesa dan menerima status saya sekarang. Perkahwinan ini mendidik saya menjadi seorang yang pandai bertolak ansur dan menghormati isteri pertama suami saya

salima

Salima juga turut berkongsi detik-detik pertemuannya dengan suami tercinta. Agak menarik juga kisahnya. Kata Salima lagi:-

Kami diperkenalkan oleh ustaz yang mengendalikan kelas Usrah Fitrah yang saya sertai. Pada mulanya saya takut sebab kami tidak pernah bertemu. Apabila dilamar, saya tidak menyatakan keputusan sebaliknya pulang ke rumah untuk memberitahu keluarga saya. Lucunya saya dan ayah mencari dulu biodatanya di internet.

Kemudian barulah saya letakkan syarat, kalau hendak mengahwini saya perlu ikut cara sebagai wanita muslimah. Tidak mahu kahwin lari dan dia telah membuktikan bahawa dia seorang lelaki budiman.

Suami saya seorang lelaki yang lembut tapi tegas. Sepanjang mengenalinya saya tidak pernah melihat dia marah. Kalau ada perkara yang tidak berkenan pun dia hanya tersenyum kemudian menegur secara berhemah.

Banyak perubahan yang dituntut untuk menjadi seorang isteri kepada ustaz dan saya melihat perkahwinan kami sebagai pemecah dinding yang memisahkan artis dan ulamak

salima isteri kedua

Alhamdulillah. Bukan senang untuk menjalani kehidupan sebagai isteri kedua kepada mana-mana lelaki. Semoga kebahagiaan yang sedang dikecapi Salima berkekalan. Yang penting, teruskan menghormati isteri pertama yang boleh dianggap sebagai kakak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...