Written by Bella | July 7th, 2017

Mengalami demam panas sejak minggu lalu, penyanyi popular Saleem Iklim kini sedang dirawat di Pusat Pakar UKM, Cheras. Agak sedih juga apabila berita palsu beliau sudah meninggal dunia bertebaran di media sosial dan group WhatsApp sedangkan keadaan beliau agak stabil. Menurut isterinya, Juriah @Juliah Bachok, doktor masih mencari punca sebenar penyakit suaminya itu. Ia berkemungkinan juga kerana jangkitan kuman dalam darah.

Buat masa sekarang keadaan abang Saleem adalah stabil. Cuma demam panasnya tidak menentu kerana ada turun naik. Saya minta kepada mereka yang menyebarkan cerita palsu kononnya dia meninggal agar berhenti membuat dosa dengan menyebarkan fitnah.

Mungkin beberapa hari lagi barulah kita dapat keputusan yang tepat. Tapi doktor mengatakan ia mungkin kerana jangkitan kuman dalam darah. InsyaAllah saya biarkan dia berehat di wad sehingga betul-betul sembuh sebelum kembali menyanyi.

Pada masa yang sama, Juliah turut meluahkan rasa kesalnya kerana ada pula pihak menuduh Saleem terlantar sakit kerana mengambil bahan terlarang. Juliah mahu segala spekulasi dihentikan dan memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan suaminya.

Sumber Berita : Harian Metro

6 responses to Saleem Iklim Dimasukkan Ke Hospital, Demam Panas Tidak Menentu

  1. Mak Jemah says:

    YaAllah kurusnya abang saleem. Semoga cepat sihat abang saleem

    6

    0
    • minah jambu suka saahara yaakop says:

      semoga cepat sembuh segala penyakit yg ada pada bang salem..minah jambu percaya penyakit bang salem boleh sembuh ..ikot arahan obat dari doc..makan jangan tk makan ok..kalau tknak makan nasi makan makanan kegemaran bang salem ok..kalau tk makan nanti blood pressure bang salem down..blood pressure below 50 itu tk bagos..above 90 itu yg bagos…cepat sehat ye bang salem..semoga Allah bersama mu selalu…

      1

      0
  2. lili says:

    semoga cepat sehat ye..

    2

    1
  3. biarbetik says:

    Kesianye abg ni…Moga cepat sembuh…

    1

    0
  4. wekkkkkkk says:

    sian la abg ni, isteri mithali lh dia ni..sbr ya kak, hrp semua dipermudahkan Allah..semoga tabah dlm keadaan abg mcm ni..

    aku terkenang masa hit lagu “suci dlm debu”.masa tu Salem buat show kt Dataran…aku kuar gn pakwe tu..tapi Jodoh x ada…Cinta bukan Hanya Di Mata, Cinta Hadir di Dalam Jiwa.”..

    2

    1
  5. Cinderella says:

    Semoga abang ni cepat sembuh. Saya layan juga lagu abg ni kat radio. Sgt merdu suara nya xde yg bleh lawan. Gws

    0

    0

Leave a Comment

Optional