Written by Bella | May 4th, 2016

Walaupun hanya berkawan dengan Ummi Nazeera, masih ramai lagi yang mengatakan Zizan Razak sedang bercinta dengan aktres tersebut.

Menerusi portal Mangga Online, Zizan sekali lagi menegaskan beliau tiada apa-apa hubungan dengan Ummi.

Zizan pada masa yang sama mempersoalkan, adakah salah untuk beliau berkawan dengan pelakon wanita cantik kerana beliau sering dihimpit dengan gosip percintaan setiap kali rapat dengan mana-mana pelakoan wanita.

Saya dengan Ummi tidak ada apa-apa hubungan melainkan sebagai tunang di dalam Angin Cinta. Itu sahaja. Ketika mula-mula berlakon dengan Ummi, dia agak janggal dan sedikit kekok.

Mungkin kerana tidak biasa. Tapi selepas kami mencari keserasian untuk dibawa ke dalam watak, timbullah gosip-gosip seperti itu. Namun, saya dan Ummi tetap berkawan sampai hari ini.

Apakah pelakon lelaki tidak boleh keluar dengan pelakon wanita ke… hingga boleh timbul gosip-gosip panas? Salahkah kalau saya berkawan dengan artis wanita?

Sebenarnya Zizan tidak kisah akan pandangan orang lain kepada beliau, tetapi kadang-kadang ada juga gosip yang sengaja diperhangatkan dan ia  boleh mencalarkan imejnya.

Sumber Berita : Mangga Online

8 responses to Salahkah Kalau Saya Berkawan Dengan Artis Wanita? – Zizan Razak

  1. zaza says:

    Xsalah pon tp peminat muak dgn terlalu gosip murahan yg dtg dr u. 50% gosip kt BN ni pon penuh dgn muka u je.tp kawinnnya idok.
    Smpai skrg masih xfaham knp u buat statemt bakal bertunang dgn gadis kmpung dr Tganu xlama lpas breakup dgn Emma? Setau i artis suka propa ni Azwan Ali je yg suka buat.

    0

    0
    • lol says:

      Salah BN lah kot publish pasal cinta cintun je. Tak salah kot dia pun bujang lagi. Benda yang lepas tak payah lah nak diungkit2. Pandang kehadapan.

      0

      0
    • minah jambu say NO to DRUG says:

      tk salah kalau nk berkawan ngan artis tapi u jangan kawin ngan artis pasal nanti dorang tknk beranak pasal dorang takot badan dorang jadi kembang kalau dh beranak nanti paham tak …! u kawin ngan bukan artis k..

      0

      0
  2. nok gebuzzz says:

    kenapa la wartawan ni…x benda lain ke nak menanya,lantak dia la nak kawan ngan sape pon…bukan dia nak kawin pon…aduhaiii…….x abis2!!

    0

    0
  3. melati says:

    Aduiiiiiiiiii ader lg kew si Bodoh ni..!!!! ingat dh R.I.P. @#$%^&

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Wartawan pun satu… Asek nk tnya pasal kawen n awek je… Alahai… Xde modal betul

    0

    0
  5. ikan says:

    Nak kawan dgn mak jan je ke jijan?

    0

    0
  6. ma says:

    zizan ni gatal. tak sesuai kawan dgn sesiapa. tak payahlah ikut mcm dalam drama2 melayu tu. mcm akad ku yg terakhir tu, duda dah kawin 3 kali, tapi drama tu nak tunjuk contoh, gadis cantik si tiz zakiah untuk terima dudua tu. tak logik lahhh. atau drama tundukkan playboy tu. loya lah. kalau dah tahu lelaki tu playboy, tapi drama tu tunjuk gadis baik dan cantik suka kat playboy. ape ke benda. in real life, playboy ke duda dah kawin 3 kali tu, patut di buang dlm list gadis2. pembuat drama ni, kena ikut logik lah. pakai otak.

    0

    0