Written by AbangNara | September 27th, 2013

Fuh~~ Abang Nara kalau lenguh leher pun dah rasa stress semacam. Inikan pula Aaron Aziz yang kena sakit sendi tengkuk sehingga menyebabkan lehernya senget. Tak boleh bayangkan betapa sakitnya. Nasib baik dapat cepat kesan menerusi imbasan Xray. Kalau lambat mesti lagi serius jadinya.

aaron aziz sakit

Abang Nara bukan doktor jadi tak faham langsung keputusan ujian Xray yang telah dikongsikan oleh Aaron Aziz menerusi akaun Instagramnya. Namun menurut isterinya, Aaron telah dibenarkan keluar daripada Hospital Prince Court selepas menerima 3 suntikan steroid di leher. Kata Diyana kepada Utusan Malaysia:-

Doktor telah memberi tiga suntikan steroid di bahagian lehernya dan memberitahu suntikan itu boleh bertahan selama sebulan. Sebab itu dia dibenarkan pulang ke rumah semalam. Memandangkan suntikan itu boleh bertahan sebulan, insya-Allah, bolehlah dia pergi Cape Town untuk program Fear Factor musim kedua. Memandangkan suntikan itu hanya bertahan selama sebulan, jadi selepas balik dari Cape Town nanti, dia perlu menjalani rawatan fisioterapi untuk susulan

aaron aziz sakit

Diharap Aaron Aziz dapat membahagikan kerjaya dan masa berehat secukupnya selepas ini. Kerja memang kena pulun, tapi badan biarlah kasi rehat betul-betul. Nanti tak pasal-pasal sakit pulak sampai susah nak kerja. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar Aaron Aziz lekas sembuh dan selamat menjalani fisioterapi kelak.
bestbuyP.S: BestBuy-World kembali dengan promosi yang menarik dan barangan-barangan yang terbaru. Dapatkan barangan kosmetik berjenama pada harga yang rendah. Memang betul murah. Tak percaya? Jom layari www.my.bestbuy-world.com untuk pembelian segera. Jangan lupa untuk LIKE Facebook BestBuyWorldMalaysia untuk maklumat lanjut.

42 responses to Sakit Sendi Tengkuk, Aaron Aziz Terima 3 Suntikan Steroid

  1. maybes says:

    first

    0

    0
  2. ehem says:

    1st!!!

    0

    0
  3. EMI says:

    umm dugaan

    0

    0
  4. adeh abg malik dh injured

    0

    0
  5. […] bayangkan betapa sakitnya Nasib baik dapat cepat kesan menerusi imbasan Xray Kalau lambat mesti Read More This entry was posted in Entertainment and tagged Aaron, Aziz, Sakit, Sendi, Steroid, Suntikan, […]

    0

    0
  6. bunga says:

    senget nye tulang. moga cepat sembuh. kerja kerja jugak, kesihatan jaga. kalau kerja macam nak hidup beribu tahun, badan kena sihat macam nak guna beribu tahun.

    0

    0
  7. juwa says:

    ksiannnnnnnnnnnnn

    0

    0
  8. juwa says:

    duta produk pn mcm2 saket dpat..

    0

    0
  9. ingat says:

    sakit sebagai peringatan

    0

    0
  10. biskot lekor says:

    Allah itu adl.tiada manusia pun yg sempurna. aaron diberi rupa dan kekayaan tetapi tidak pada kesihatan. Moga cepat sembuh.

    0

    0
  11. harap2 Aaron cepat sembuh la..ameen :)

    0

    0
  12. BUNKFACE NO.1 says:

    pakcik aaron…berhenti jelah jadi pelakon…automatik sakit tengkuk akan baik sepenuhnya, peminat2 bodoh je pergi puja pak cik ni…tolong lah berada di dunia realiti yg orang kau puja tu cuma berlakon dan dah anak isteri yg perasan hot..padahal kurus kering booooooooooooooooo

    0

    0
    • Arun says:

      BUNKFACE…agak2 la bg statement…aaron berlakon 5 star wei,tgk la apa watak pun dia blh bawa dr watak sengal2,lasak,serius…seni mempertahankan dr pun dia pandai,kalu x,syamsul x amik jd teraju utama kl gangster,igt senang ke nak bawa watak2 aksi ni,sampai dulu tgn dia retak tau…
      Mmg kami peminat dia tau dia dah ada anak isteri dan kami terima isteri dia dan anak2 dia sekali,kami puja dia bukan atas tiket nak rebut suami org,tp kami puja sikap dia layan kami sbg peminat…dia x sombong,bini dia pun…dorang berpijak di bumi nyata,sedar yg dorang pendatang dr negera singapore dan x pernah dengar kes dia sombong dgn peminat.
      Dah beberapa kali aku jumpa dorang,ok je…layan peminat dgn baik dan x lupa ucap terima kasih sebab bergambar dgn dia…
      Bini dia,utk pengetahuan ko,mana ada kurus kering..dlm gambar je nmpk kurus,kat luar body mantap,ada shape dada,punggung..x boyak walau anak dh 3…lawa pun lawa…dlm gmbr kdg nampak lain sebab x makan gambar,faham kan..bawa mengucap la sebelum kata org bukan2,tq…

      0

      0
      • Haliza Misboon says:

        Arun ni misti diyana halik khen..khen.. khen..angguk kepala cpt..
        kalu bkn diyana ni.. misti si harun ajis..
        cara backup len mcm je.. cm mewakili diri sendiri jew..

        0

        0
        • Anonymous says:

          To Arun….kau jadi peminat tak payah nak obses sangat, memang harun ajis ni aku dah bosan…ada baiknya dia berehat dari berlakon. sakit sendi ni bila tua bahaya, KL gangster II tu harun mesti lah berlakon skali sebab tu kan prequeal KL gangster 1…masa KL gangster 1 syamsul ambik dia berlakon sebab dia baru nak naik masa tu, skrg ni dah muak tgk dia berlakon. tak ada kena mengena pun dia asal dari mana..org tetap bosan kau tahu. bini dia tu memang kurus..tak adanya tak makan di gambar body cun jadi kurus kering..pelik betul statement kau wahai peminat harun ajis..nak backup pun agak2 lah

          0

          0
      • Anonymous says:

        5 stars ker ?? serious bosan tgk Aaron berlakon jadi org muda belia, pasal bini dia pulak kau tak payah nak backup lebih2..boleh pulak puji lawa…biasa2 je kot. ada baiknya dia berehat dari berlakon. AND stop jd pengacara..serious sengal plus kaku

        0

        0
  13. Tipah says:

    Tulang thoracic 8 die senget..cervical pn same..sbb tu die sakit tengkuk..better operate bg tegak blik tulang..kne kurangkn aksi gnas2.. Kalo x mkin truk..

    0

    0
  14. arun says:

    eh x kuasa la aku ni aaron aziz real ke diyana real ke…aku fc dia,mesti aku sokong dia tu je…lantak la minat ke x,tu korg punya hal…hehehe

    0

    0