Penyanyi Saida atau Siti Nursaida Tarudin,35, dan suaminya Mohd Ghazali Yahya Zikri,40, sah bercerai dengan talak satu pada Jumaat di Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas 15 tahun hidup bersama.
Kakak kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza itu menebus talak dengan bayaran RM1,000 pada prosiding tersebut.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun. via Mstar