Written by Bella | January 27th, 2017

Sebelum ini Saharul Ridzwan dikatakan terkena perbuatan orang apabila berat badannya susut, namun perkara itu tidak benar dan Saharul sendiri menjelaskan berat badannya berkurangan  kerana beliau menjaga pemakanannya dan kurang rehat.

Terbaru, timbul pula isu dimana sesetengah pihak mendakwa kononnya, Saharul terpaksa ‘berasingan’ dengan isterinya buat sementara waktu kerana sering diganggu makhlus halus ketika menjalani penggambaran telefilem Trauma.

Difahamkan Saharul sering dirasuk ketika penggambaran telefilem tersebut dan isterinya, Deena Emir dinasihatkan untuk tinggal berasingan kerana bimbang  Saharul mungkin akan bertindak diluar kawalan. Saharul juga dikatakan sering meracau dan muntah-muntah sepanjang penggambaran dijalankan.

Berang dengan dakwaan berkenaan, Saharul menyifatkan ia satu fitnah kerana rumah tangganya bersama Deena Emir tidak mengalami sebarang masalah.

Itu semua (tinggal berasingan) tipu. Perkara ini sudah jadi fitnah, adakah orang yang sebarkan perkara ini tak tahu hukum fitnah?

Saharul juga merasa hairan kenapa ada sesetengah pihak yang sanggup membuat cerita yang tidak benar mengenai rumah tangganya yang masih lagi baru.

Ini melibatkan keluarga, saya hairan kenapa mereka nak fitnah saya? Saya tak ada musuh, tapi kalau orang lain nak bermusuh dengan saya tak pastilah. Namun saya faham bila berada dalam industri ini, banyak orang bercakap (baik dan buruk). Saya sendiri dengar banyak perkara, tapi saya ikut jalan yang lurus…yang satu.

Bersabar lah Saharul dengan dakwaan palsu seperti ini. Kadang-kadang memang ada yang suka menabur cerita tidak benar tentang rumah tangga orang lain. Apa-apa pun, tenang sahaja, khabarnya Saharul akan mengerjakan umrah bersama isterinya tidak lama lagi. Harapnya segala perancangan mereka untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci berjalan lancar.

Sumber Berita : mStar Online

9 responses to Saharul Ridzwan Sifatkan Dakwaan Tinggal Berasingan Bersama Isteri Adalah Fitnah

  1. Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

    Korg ni wartawan…wtla crita lg kuat. Crita lg byk manfaat & bgus. Klu mende cmni konfemkn xnk mngaku..lg2 ko x tnye dye. Cube ko tunjukkn bukti kukuh gmbar ke kenyataan org wt cite ni. Ni mstar online plak amik kenyataan dr spe tbe2 de cite ni?? Ke tgn asyik gatal je xde mnde nk taip. Pastu BN amik crita cmtu je. Patutla de sorg lecturer mascom aku knal mrah ex student2 dye skg ble kje. Wt kje sume x telus pastu taraf kje cm bloger xde sijil. Hurmmm.

    2

    1
    • minah jambu say no to DRUG says:

      tu laaaa dpt bini jambu macm gitu la banyak yg sakit hati n jelesss cakap yg bukan2 n fitnah bende2 yg tkde kene mengena..manusia memang macm gitu prangai dia..n sakit hati busok hati suka2 nak fitnah orang tk habis2…pastu nak salahkn dunia itu la dunia ini la padahal itu semua perbuatan manusia yg macm keparat berkarat dia punye prangai…

      0

      2
  2. Fidot says:

    Mulut longkang betul org2 hati busuk ni. Insaflah weh…

    1

    1
  3. mak jemah tepi tingkap says:

    buat lek je bro. bnde x btol. hidup dlm industri ni, mmg byk fake. sabar naa

    1

    0
  4. Anonymous says:

    Beware the tongue. Though it has no bones, the damage it inflicts can bring you to the depths of despair. Use it to speak good, kind words!!!
    Mufti Ismail Menk

    0

    0
  5. Miss Unibes says:

    Foto ke-3 SR macam cover sesuatu lah. Yelah baju pendek, seluar ketat. Ke aku pikir bukan2? Lol.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Mulut melayu puaka jgk. Korg ni x belajar pendidikan islam ke? Mak ayah x ckup bg pelajaran? Da besar jd sampah..main menfitnah. Tp ak suspek isu ni msti timbul dr wartawan vangang. Yg pelik wartawan hiburan mostly laki2…laki bkn patut x menggosip ke. Ni ko plak lebih2 cam pompuan. Setiap kali artis kurus je kata kena buatan org. Abg nara sila terasa

    0

    0
  7. peminat neelofa says:

    x abih2 fitnah…..x takut dosa ker

    0

    0