Written by Bella | May 9th, 2016

Sekitar minggu lepas, ada pihak yang memberitahu Saharul Ridzwan bakal bernikah pada 19 September ini. Ramai ingin tahu, siapakah yang telah berjaya mencuri hati Saharul dan adakah berita tersebut sekadar gosip semata-mata.

Namun, menerusi  portal Kosmo! Saharul mengakui beliau bakal berkahwin tidak lama lagi.  Namun, buat masa ini Saharul belum bersedia untuk berkongsi tarikh perkahwinannya kepada peminat.

Jelas Saharul, niat untuk berkahwin mula terdetik didalam hatinya ketika pulang daripada menunaikan ibadah umrah sekitar tahun lalu.

Saya ada berdoa untuk saya dan juga dirinya (kekasih) di depan Kaabah ketika menunaikan umrah pada bulan Ramadan tahun lalu. Usai balik daripada umrah hati saya terdetik untuk berkahwin pada tahun ini.

Bagaimanapun tempat dan tarikh perkahwinan masih dalam perancangan. Sebab kita tidak tahu perancangan Allah. Insya-Allah, saya akan beritahu bila tiba masa nanti.

Saharul pada masa yang sama memberitahu, beliau sebenarnya sudah mengenali bakal isterinya sebelum beliau aktif dalam dunia hiburan lagi. Mereka pernah menjalin cinta tetapi putus kira-kira empat tahun lepas kerana pada waktu itu masing-masing belum bersedia.

Saya mengenalinya sebelum masuk dalam industri lakonan lagi tetapi hubungan kami terputus di tengah jalan. Kami bertemu semula selepas empat tahun berpisah.

Ingin saya nyatakan, punca kami berpisah sebelum ini bukan sebab bergaduh tetapi masing-masing belum bersedia. Pada masa sama, saya mahu memiliki rumah dan kereta terlebih dulu sebelum menyara anak orang.

Tambah Saharul, bakal isterinya itu merupakan seorang ahli perniagaan. Pada anda yang mengikuti perkembangan Saharul pasti anda sudah boleh agak siapakah gerangan wanita yang bertakhta di hati Saharul sekarang.

Dia seorang ahli perniagaan. Orang mana dan umur nanti saya beritahu. Mungkin ada yang dapat meneka siapa orangnya. Saya juga tidak dapat menghalang mereka untuk meneka siapa gerangannya.

Mungkinkah wanita yang bakal menjadi isteri Saharul Ridzwan adalah Deena Amir? Ini kerana Deena Amir pernah dikatakan bercinta dengan beliau dan Deena juga merupakan seorang ahli perniagaan dan pemilik wrap.boutique.house …Hmmmpph…

Sumber Berita : Kosmo Online

19 responses to Saharul Ridzwan Akui Bakal Berkahwin

  1. Amboi Beautiful Nara pun nada kecewa nampak… memang Deena Emir pun.. tp kenapa aku mcm tak percaya je SR ckp 4 tahun berpisah.. takpela, asalkan dia bahagia sudah… ? (dia yg kena tanggung suka duka perkahwinan dia nanti, bkn aku.. jadi jgn masuk campur urusan dia.. huhu)

    0

    0
  2. kucing says:

    really?? 4 tahun berpisah?
    abis balik umrah ko cari si mia pastu usung dia kehulu kehilir tu kenapa?

    sangat hipokrit.

    0

    0
    • Anonymous says:

      ha’ahh. usung mia ke hulu ke hilir teww ape? lepas lama2 tetibe PAPPPPPPPPP! timbul cakap diri tu nak kawin dgn bekas kekasih. sukati jew si SR ni. aku tgk abpbh smlm mcm awkward je diorang bdua. dah takda keserasian disitewww. Mia Ahmad deserve someone better than lelaki mcm SR.

      0

      0
  3. jemah sendat says:

    nak kawen..kawn ajelah….dah sah sok jaga ajelah wife tu nt….
    kesian…..kawen dengan bekas lg….yg bekas tu pal..xkan jilat ludah sendiri kot..
    mmm…jodoh kan…dah Allah tentukan..

    0

    0
  4. cik nin says:

    kawin je la ko…nyampah lak aku..mlm td pon ntah pape la penyampaian ko…boriiinggg

    0

    0
  5. Anonymous says:

    aku rasa kalau dia ni kawin nanti kompom tak femesss lagi. sbb ape tau? sbb majoriti fans dia tak suka dgn si Deena. SR kena tempias sial bakal bini dia tuhhh. ewwww.

    0

    0
    • kutu says:

      selamat tinggal dunia glamer la jwbnya…

      0

      0
    • Anon girl says:

      Ala, yg tak suka deena tu cuma fans mia ahmad je, yg nak sgt sr n mia dijodohkan. Aku tgk rata2 komen kat fb, ig semua ok je. Yg ckp buruk pasal deena tu semua fans mia, cam komen2 kat atas ni. Hahahaha…

      0

      0
      • just talking says:

        aku setuju dgn ko..peminat hati perempuan yg xboleh nk move on. sudah2 laa.. kalu sr end up dgn mia, mesti korg puji2 sr ensem la alim la..act deena pn cantik n ok je. xde cacat celanye..(mia pn cantik juga|) haha meleis.. next!!

        0

        0
    • adoyaii geli hati aku says:

      Amboi bahasa ko..ni klu bkn fans mia..msti mia sndiri kot..meroyan ke dik sr x kawen dgn ko..tulah lain kali klu x sure org tu nk ke x dgn ko jgn laa sng2 diusung jantan ke sana sini..last2 jd bahan geli2 jer..haha..kesiann…

      0

      0
  6. el says:

    Tengok die tak bermisai, tak hensempon

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Biar lah dia nak kawin…dgn sape pun ikut suka dia lah…yg bahagia pun nnti dia juga. Doakan je lah dimudahkan urusan.

    0

    0
  8. Anonymous says:

    tak habis2 lagi cita nihh. boring dohhh. please laa move on. sekarang ni Mia Ahmad dah ada kawan baru kotttt. Mohd Izham Tarmizi. korang2 nak libatkan Mia dlm isu ni pahal? dia dah lama move on weyyy. bahkan dia dah pesan awal2 jangan tlampau obses dgn imaginasi korang dlm drama HP. korang suka kan buat artis2 kesayangan korang stress. jangan gelar diri anda sebagai peminat wahai manusia2 obses. kesian korang. wake up people!

    0

    0
  9. Anonymous says:

    woi fans mia dah laa tuh….move on laa…mia dgn izham tarmizi uuoollsss….keeper JDT tuh..lg hensem dr SR ni…hahaha…

    0

    0
  10. Fans yg tak suka Saharul dgn Deena ni berapa kerat je.. tak jejas periuk nasi Saharul pun, poket masyuk jgk.. bkn dia kesah korang suka ke, tak suka dgn pilihan dia tu, dia yg nak kahwin.. Korang taja ke?? Doa je la depa tu bahagia sudah dgn pilihan masing2.. kita duk tepi2 tengok sudah la.. Saharul pun ckp fans yg dok jodohkan dia dgn MA, JN, MF tu cuma fantasi je..dia rapat sbb rakan kerja je.. so faham2 sendiri la kalau dia cakap mcm tu.. fans yg sendiri salah faham sampai nak menjodohkan dia dgn mana2 heroin. Tuan badan tak cakap apa pun.. Lpstu dah Saharul pilih org lain, dah kecewa bagai.. Lain kali, jgn terlampau karats.. dah susah.. Positif je uolss ?

    0

    0
    • Cik Bintang says:

      ahahahaha……kan.senang2 je nak jodohkan org. ak salute la sr sbb xlupa diri n setia wlpn dia ckp 4thn berpisah (konpius jap bg sesapa yg tau kisah diorg).lol…

      0

      0
      • hahahha…samalah, aku pun konfius 4 tahun berpisah tu sebenarnya.. tp takpe, SR bahagia udah lah.. nak tgok lakonan dia je, hal privacy tolak tepi..

        0

        0