Written by AbangNara | January 25th, 2017

Akhirnya, segala persoalan dan kekusutan yang bermain di minda Abang Nara terjawab jua. Hanez Suraya telah tampil untuk memaklumkan tentang status perkahwinannya bersama Romie Razin. Sebelum ini, kecoh satu Malaysia apabila Hanez didakwa telah memfailkan penceraian terhadap suaminya. Malah satu senarai pasangan suami isteri yang bermasalah di Mahkamah Syariah Shah Alam yang turut terselit nama pasangan ini telah tersebar.

hanez suraya tak cerai
Enggan membenarkan peminat berteka-teki lagi, Hanez Suraya tampil memberikan penjelasan tentang status rumahtanggannya. Kata Hanez:-

Tiada apa yang perlu jelaskan di atas apa yang terjadi. Sememangnya kami hanya manusia biasa yang tidak (dapat) lari daripada melakukan kesilapan. Cuma, apa yang penting antara saya dan suami, kami masih bahagia bersama dan tidak ada apa-apa yang berlaku.

Alhamdulillah, rumah tangga kami masih kekal. Apa yang terjadi biarlah kami berdua selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi yang menjadi tokok tambah daripada mana-mana pihak tertentu.

Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak sekiranya saya mengambil langkah untuk berdiam (diri). Berdiam bukan bermaksud saya mengiyakan atau menafikan, cuma mahu mengambil masa mencari ruang untuk menenangkan diri.

Syukur alhamdulillah, suami saya sentiasa tenang di atas apa yang berlaku ini. Terima kasih di atas sokongan kuat daripada pihak keluarga, rakan rapat, media dan peminat yang sentiasa memberi semangat serta mendoakan yang baik-baik buat kami.

hanez suraya

Alahdmulillah. Lega Abang Nara mendengar penjelasan dari Hanez Suraya ini. Tak sukalah kalau nak cerai-cerai. Biasalah bila berkahwin. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Gaduh-gaduh itu perkara biasa. Yang penting kena bincang baik-baik dan selesaikan masalah dengan tenang. Jangan ber”perang” sampai rasa nak cerai, lebih-lebih jika dah ada anak. Masa depan anak itu lebih penting daripada kita. Tak gitu? Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 responses to Rumah Tangga Kami Masih Kekal – Hanez Suraya

  1. Anonymous says:

    Wlpn ak benci pompun kaki perampas. Tp ak lg benci kalau psgan kahwin bercerai. Smoga kekal hgga ke jannah hanez n suami. Yg penting minta byk2 spy dosa yg lepas diampunkn. Cuma dosa dgn manusia kena minta mf dgn individu tu sendiri.

    29

    0
    • Anonymous says:

      Baguslah kalau tak bercerai..memang patut pun kau pertahankan rmhatggga yg kau bina atas kesengsaraan orang lain..kalau tidak sia2 ajer..jadi kalau takut dikutuk masyarakat..sedaya upaya pertahankan rmthga kau tu..walau perit kau tanggung..padan muka..

      22

      3
    • minah latoya mulot longkang vazzzz says:

      ee ak doa biar cerai je dua ekor ni

      2

      8
      • ely says:

        jgn.. jgn bg die cerai.. nnti org lain jd mangsa die.. masa tu t die plak dok citer kesengsaraan die ..abis ank teruna or laki org jd mngsa die.. lau blh bior die kekal… tp biasalh bnyk sengsara die dpt slagi xmintk maaf ngn bekas istri si Romiang.. sdgkn Rasullullah swt xngaku umat pada golongan peruntuh rumhtangga.. dan yg berhutang ..ye die dikira berhutang dgn ex wife romiang.. dan die akn tnggung selagi xsettle hutang tu..iaitu maaf. jgn main2 soal ni.

        0

        0
  2. Anonymous says:

    jgn lupa buat PC , eh eh eh !!

    12

    0
  3. Anonymous says:

    Ayat selamat… Xkn nk ckp a ah kmi mmg nk cerai dah.. puas hati kome2 Sume.. hahaaaaa… Apa2 pun klu ko dh beriya nk kn di Romie ni dulu smpai ke Siam pegi buat PC bgai.. jd kekalkan jela…

    13

    1
  4. Anonymous says:

    haters suka….padahal mereka suami isteri dah berbaik dah….mcm Diana Danielle n Farid Kamil…????

    4

    1
  5. dona says:

    selamat lah hendaknya…kalo dulu samggup amik romiang so pertahankan lah

    2

    4
  6. KuMohon says:

    Kalau ye pon spell check la ayat ALHAMDULILLAH tu nara ooii. Ni jadik mcm ayah pin lak ejaannya. Nak cepat je kuar story. Ayat lain boleh la typo error. Ayat Allah jgn main2. Tq.

    4

    0
  7. Muzaku says:

    Syukur alhamdulillah ya … :D

    1

    0
  8. huh says:

    Harap2 lh kata2 ko tu betul..klu x..rugi je ko bhempas pulas rampas laki org..last2 korg pun cerai..patutnya ko tunjuk kat dunia wpun prampas ko boleh bahagia..bkn timbul benda ni lg next time ok..

    2

    0
  9. sentap says:

    ayat cover line…tggu je kuar melodi…tu la padah buat org dulu…mesti ko rasa sakit hati klo2 si romiang tu buat hal dgn betina lain lak…

    8

    1
    • Vivix says:

      Apa yg berlaku bukan kehendak kita. Semuanya taqdir mendahului kita. Ini ujian dia. Kita belum tentu lagi. Jangan menghina

      12

      1
  10. Aleesya cute says:

    Doakan dorang tak cerai untuk kepentingan aleesya yang super cute

    10

    0
  11. Mat K says:

    Okay, steady

    0

    1
  12. Anonymous says:

    Pening dengan mak wa seekor ni…..dah rumah tangga kamu ok buat apa kamu dok hebohkan kat media pasal kamu pi mahkamah tu?….konon2 glamour lah tu ya…..pelik,pelik…..

    2

    0
  13. bencik ngan penyibuk rumahtangga o says:

    apa yang ko pening beatiful nara. org baik ko pening org nak cerai ko pening. apa yg ko tak pening????

    0

    0

Leave a Comment

Optional