Written by AbangNara | September 16th, 2014

Baru 11 bulan bergelar isteri kepada Mohd Eddie Ghazali, Raja Azmi telah mengakui yang perkahwinan mereka kini semakin dingin dan renggang. Sedih Abang Nara mendengarnya. Iyerlah, orang kalau berkahwin nak kekal sehingga ke akhir hayat. Adakah Raja Azmi akan bercerai sekali lagi? Hanya masa yang akan menentukan namun daripada kata-kata yang diluahkan oleh Raja Azmi, nampak gayanya kemungkinan besar perkahwinan mereka akan berakhir.

raja azmi

Kata Raja Azmi menerusi Harian Metro hari ini:-

Pada tahap ini apa yang saya boleh katakan kalau jodoh kami masih panjang, mungkin akan bertahan. Jika dah tak ada, maka tidaklah. Saya akui rumah tangga kami semakin dingin dan renggang sekarang. Sebenarnya sudah sebulan kami membawa haluan masing-masing.

Namun setakat ini kami masih suami isteri dan belum sampai ke tahap berpisah. Cuma hati saya sudah tawar. Tak perlulah saya jelaskan apa yang berlaku sebenarnya antara kami. Biar saya simpan dulu sampai masa yang sesuai nanti.

Kami sedang memberi ruang kepada satu sama lain memperbaiki dan mempertimbangkan setiap aspek sebelum buat keputusan. Jangan tuduh rumah tangga kami bermasalah sebab isu duit sebab ia tak ada kena mengena langsung. Eddie menjalankan tanggungjawabnya untuk nafkah saya sehabis baik.

Cuma adalah hal peribadi yang berlaku dan saya tak bersedia lagi untuk berkongsi dengan masyarakat

eddie

Semoga perkahwinan Raja Azmi dan Eddie dapat diselamatkan. Tak nak lah cerai-cerai nie. Tak best macam tue. Semoga ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk mereka berdua. Sama-samalah kita doakan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 responses to Rumah Tangga Kami Makin Dingin & Renggang – Raja Azmi

  1. setia says:

    klau bole selamatkan rumahtangga kalian. org2 yg rapat dgn kedua pasangan ini patut membantu menyelesaikan masalah ini. ini bukan perkara jaga tepi kain org. May Allah bless both of you. Aamiin.

    0

    0
  2. Usaha,doa dn twakal says:

    Kdang2 perlu di bri ruang tuk brpikir.x brmkna
    akn brcerai.jus doakn yg trbaik tuk couple nih,
    tnye lh sespa pn..no one nk brcerai.

    0

    0
  3. Linzy Longkang says:

    Kan bersebab dulu husband r azmi nih lama menduda pastu kawin balik skang dah masalah, gi lah jumpa dr check

    0

    0
  4. mawarbeduri says:

    Asas rumahtangga itu adalah agama. Jika agama dibelakangkan, natijah kepada pasangan suami isteri.

    Bila tahu tujuan kehidupan, pasti tahu tujuan perkahwinan. Saya harap Raja Azmi dan pasangan sentiasa muhasabah diri. Jika berakhir, anggaplah Allah merancangkan sesuatu yang baik.

    Allahu a’lam

    0

    0
  5. nok gebuzzz says:

    kami doakan semoga rumahtangga kak mi n suami baik2 saja

    0

    0
  6. doakan yang terbaik utk semua says:

    makcik mungkin perlu belajar untuk tidak menjawab soalan wartawan..mereka mmg akan tanya soalan2 takde insuran, tapi jgn lah dicerita pada mereka, termasuk si Nara ni..sebab cerita2 negative mcm ni memberi effect yg sgt buruk pada diri makcik sendiri, suami dan kuluarga kerana masyarakat mmg suka membaca benda2 kurang enak untuk digembar gemburkan dan dipanjang2kan sehingga menjadi fitnah dan sebagainya. jadi sebelum berkata2, fikirlah 2-3 kali makcik..sbb yg malu makcik juga..jd apa perlunya makcik buka aib sendiri dan suami?..makcik hanya menambah keruhkan lagi masalah..

    0

    0
  7. nelydia says:

    cuba makcik ambik jamu mak dara n habbatus sauda.

    0

    0
  8. […] Raja Azmi sebelum ini membuat pengakuan yang hatinya telah tawar dengan perkahwinan mereka. Untuk makluman, mereka berdua telah bernikah pada 11 Oktober tahun lalu. Kata Eddie:- […]

    0

    0
  9. minah jambu idop umno ! merah biru says:

    tu laaaaaa lain kali jangan asal dh kawin aje nk pakai tudong asal dh kawin aje nk pakai tudong rilek2 la duluuuuuuuu…ni tak kalang kabot sangat nk bertudong ! dh tau laki tu mat rock agak2 la kalau nk bertudong ponnnnnn ! ha skarang laki dh bosan asek2 bertudonggggggggg aje kesana kemari….laki nk bawak lepak kt kopi tiam pon susah emmmmmmmmmmm jangan menyusahkn laki paham !!

    0

    0
  10. n says:

    dah tua2 pun x reti jaga nama baik rumahtangga ,x yahla sebuk2 citer kat org laen mcm ni wat malu jer. tua buatla cara tua x yah jadi desperate attention.

    0

    0
  11. phd says:

    baru baru ni terdengar cerita si ‘x’ nya dah ada teman baru yang lebih baik ..jwb

    0

    0
  12. phd terbaik says:

    sudah jodoh tak ada, kena terima qada & qadarNya.. Si ‘X’ pun sudah berteman baru, redha saja.

    0

    0