Baru-baru ini, kecoh sebentar tentang kes dimana Zahirah MacWilson nyaris diculik dan cerita itu kemudian membawa ke satu lagi berita baharu dimana aktres tersebut akui sedang mengenali hati budi pelakon Zul Ariffin selepas aktor itu berpisah dengan kekasihnya Gayatri Su Lin Pillai.
Sedang Zahirah baru sahaja ingin mengenali apa itu erti cinta, lain pula kisahnya buat ibu bapa beliau dimana ada ura-ura mengatakan Zainol MacWilson dan isterinya sedang menghadapi masalah rumah tangga.
Sejak beberapa hari lalu, ibu Zahirah ada memuat naik beberapa status yang seakan menggambarkan kekecewaan dan pengkhianatan.
Malah, beliau yang menggunakan nama Maslinda MacWilson sebelum ini di akaun Instagram telah digantikan kepada Maslinda Yusoff selain menyatakan beliau kini seorang ibu tinggal pada bahagian bio di laman sosial tersebut.
Prev. name Maslinda Macwilson. My life My rules. Love being single mum of four. InsyALLAH, as time passes by I will be stronger and thats a PROMISE! Move on to the NEXT best thing.
Agak terkejut juga mendengar berita ini kerana sebelum ini keluarga Zainol MacWilson nampak bahagia sahaja. Apa-apa pun, kami harap mereka berdua dapat menyelesaikan segala masalah dengan sebaiknya. Cubalah untuk selamatkan rumah tangga anda.