Written by AbangNara | March 18th, 2015

Salah satu #relationshipgoal sebagai suami isteri ialah hidup bersama sehingga ke hujung hayat dan bertemu kembali di syurga. Kesemua pasangan yang sudah berkahwin pastinya mengimpikan perkara ini termasuklah Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Sesungguhnya Abang Nara terharu membaca kata-kata Che Ta tentang tujuan sebenarnya bertudung. Tak lain tak bukan ialah untuk menjadi seorang isteri mithali dan dapat masuk syurga bersama-sama Zain kelak.

che ta bertudung

Bertuahlah Zain Saidin mendapat seorang isteri yang mengikut cakap dan berusaha ke arah kebaikan. Abang Nara percaya semua isteri di luar sana ingin menjadi isteri mithali seperti Che Ta. Sama-samalah kita berusaha mengubah diri menjadi lebih baik. Permulaannya sudah tentu si isteri kena mendengar cakap suami terutamanya bab-bab kebaikan. Kata Che Ta:-

Bagi saya bertudung bukan satu trend. Kebetulan saya, Elfira, Hanis dan Zulin ambil keputusan untuk bertudung dalam waktu yang lebih kurang sama, sebab itu nampak seperti trend. Ingin saya tegaskan, saya bertudung kerana menunaikan tanggungjawab sebagai isteri apabila Zain minta saya bertudung.

Suami tidak akan masuk syurga jika tidak membimbing isteri untuk sama-sama masuk syurga. Jadi, apabila memikirkan perkara itu, hati saya terdetik untuk berubah. Saya sayangkan Zain dan mahu masuk syurga bersama-sama, sebab itu saya ikut cakapnya.

Saya hanya menjadi diri saya sendiri. Jujur, saya tidak pernah ambil peduli tentang orang lain. Saya lakukan sesuatu perkara mengikut kemahuan diri sendiri bukan sebab persekitaran atau paksaan orang. Biarlah mereka hendak kata apa sekalipun tentang diri saya kerana bercakap tidak perlu bayaran.

che ta bertudung

Pada masa yang sama, lelaki-lelaki yang merupakan seorang suami juga jangan lupa untuk menjalankan tanggungjawab dan membimbing isteri serta anak-anak tercinta ke jalan yang diredhai Allah. Semoga kita semua dapat bertemu kembali di jannah sama seperti impian Che Ta untuk bersama suaminya, Zain Saidin di syurga. InsyaAllah. Teruskan beristiqamah dalam menutup aurat. Semoga jalan kita dipermudahkan. Sumber Kosmo.

P.S: Perubahan standard kecantikan wanita Korea

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

54 responses to Rozita Che Wan Bertudung Untuk Masuk Syurga Bersama-Sama Zain Saidin

  1. MHZ says:

    Alhamdulillah..hidayah itu milik Allah..semoga usaha che ta utk menjadi muslimah diberkati

    0

    0
  2. hamba Allah says:

    Takpela berubah slow2.. dalam masa yang sama cuba tutup aurat yg lain.. aurat bg wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan telapak tangan.. sama2 lah kita semua para wanita ubah diri kearah kebaikan.. nak masuk syurga tak susah.. nak masuk neraka pun tak susah.. #remindingformyselftoo

    0

    0
    • jeni says:

      Perempuan senang nak masuk syurga ..taat tuhan, dapat redha suami..dah masuk syurga.kalau tudung labuh sampai lutut…suami tak sayang, derhaka suami, asyik control suami, jiran buat sombong,mak bapak mertua pergi jenguk time raya jer 6walau duduk satu semukim, ada nilai tak stoking kaki lengan, tudung labuh sampai lutut? Selalu aku jumpa isteri yang baik, yang suami sayang, mertua sayang, k0denfan kawan jiran pun baik, pakai tudung biase2 mcm bini nik aziz. Kadang2 yangnpakai lebih2 tunjuk alim sebenarnya nak cover kelemahan diri. Adik aku jumaat serban lilit jubah pak arab pergi masjid. Tapi solat subuh selalu ke lautan hindi.letih benau tengok hipokrasi orang.

      0

      0
  3. cik annabelle says:

    ntahla..xtau nak komen apa..cuma nak ckp…tutup rmbut bkn syaratnye..tpi tutupla aurat dengan sempurna…lengan kaki xterkecuali…pakaian pun sama…jgn mls belajar apa yg betul ok..

    0

    0
  4. kalsum says:

    so sweet…

    0

    0
  5. melati says:

    Pungkok lah Minah ni ..gi terjun KLCC lg baguiiiih..

    0

    0
    • Anonymous says:

      seperti biasa mulut puaka melati pondan akan sedap mengutuk artis & sesaper saje bab dier jealous dgn artis2 ni. melati pondan aku tahu kau tu buruk lagi miskin tapi perasan kaya so tolonglah keep yr insulting remarks to yourself. gi duduk sana diam2 kalau tak boleh diam gi terjun menara KL………cian melati pondan.

      0

      0
      • melati says:

        Sekurang2 nya aku tak sorok nama cam Anonymous…Org2 Anon ni kebanyakan jenis penting diri sendiri…jenis2 buat salah sembunyi diri…aku berani jamin org2 Anonymous ni kalau umah dia terbakar , dia sanggup tgk Mak dia mati terbakar janji dia lepas…

        0

        0
  6. Kak Senah Semput says:

    ewwaahhh…alhamdulillah

    0

    0
  7. markonah says:

    uiihh kecik2 dh pakai gelang tgn emas tebal naw…culik kang! gagaga

    0

    0
    • Biskut says:

      ha ah kan…mcm terlebih plak emas kat baby tu. kang jd target para penculik d luar sana br tau.

      0

      0
  8. bedah bedot says:

    Bagus jugak ya si Zain ni… dia yang suruh Che Ta bertudung. Okaylah Che Ta, berubah secara perlahan2, jangan terlalu drastik nanti tak kekal pulak macam sesetengah artis. Separuh jalan tudung entah kemana terbangnya.

    0

    0
  9. cik piah says:

    alhamdulillah…harap2 che ta istiqamah. semoga rumahtangga che ta dan zain dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah…selama ni org dok mengata che ta (termasuk aku)…maaf ye che ta…

    0

    0
  10. Milah says:

    Tak perlu menjelaskan pada umum kenapa kita memakai tudung/menutup aurat kerana itu telah tertulis dlm al quran. Semoga terus istiqomah

    0

    0
    • Anonymous says:

      dah tertulis dlm al-quran & dah diwajibkan oleh ugama tapi ramai yg bertudung tapi masih pakai t-shirt lengan pendek exposed tangan exposed lengan. tak lengkap menutup aurat tu.

      0

      0
    • kakikucinghitam says:

      apa salahnya che ta jelaskan… mesti ramai yg baca and follow jejak die

      0

      0
  11. Fitrah says:

    Adalah lebih baik kalau che ta berdiam diri dalam melakukan perkara yang memang sudah terang hukumnya ie wajib. Tak perlu memberitahu umum suami yang suruh bertudung, itu dan ini. Kalau bukan kehendak suami sekalipun, adalah wajib untuk wanita Islam untuk menutup aurat. Takut kata2 che ta ni boleh di salah erti dan menjadi takabbur. Ramai orang berhijrah tetapi tidak ramai yang asyik bercerita mengenai penghijrahan mereka. Kalau bersedakah sekali pun dituntun untuk tidak dihebohkan. Wallahu’alam

    0

    0
    • tupperwarepink says:

      poyo je bagi statement kt press macam ni.. patut waktu penghijrahan buat la sebenar2 hijrah.. taubat sume.. dulu x sayang ayah la tu x nak tutup aurat..

      0

      0
      • siti says:

        Jgn takbur & riak. Sy bru lps dgr ustaz kazim elias ckp even kite da brubah syaitan xpernah berhenti menghasut. Jn pernah rase kite lebih baik drp yg lain. Doakan mereka & kite berubah jd lebih baik utk mengejar redha Ilahi. Maaf kalau sy ade mengecilkan hati awk.

        0

        0
    • Zakat Fitrah says:

      Fitrah, bukan dia yg nak expose sangat,maybe dia hanya menjawab soalan2 yg diajukan dari media2 dan peminat. Rasanya dia pun x kuasa nak bercerita sebab apa bertudung..Kdg2 wartawan & blogger2 hiburan ni yang suka memutarbelitkan cerita. Bila artis balas balik kenyataan dan nak ambil tindakan mahkamah, baru la sibuk nak minta maaf,minta selesai cara baik.. Dunia hiburan Malaysia yg hurmmm ntah hape2 laaaaa ..

      0

      0
      • Fitrah says:

        Kalau betul diajukan soalan begitu, ada pilihan untuk menjawab “no comment”. Ini kan jawapan standard artis2 di malaysia. Kenapa perlu memberi jawapan cliche macan tu. Tak perlu rasanya nak “justify” kenapa bertudung. Sebabnya, bertudung itu hukumnya WAJIB. Kita bukan pakai tudung kerana Manusia tetapi kerana ALLAH. Sila faham konsep.

        0

        0
        • Zakat Fitrah says:

          Bukan masalah cliche ke konsep ke apa.. Kdg2 media dan blogger2 ni memutarbelitkan kenyataan sesetengah artis. Artis jwb lain, tp yg cerita yg keluar tu lain. cerita yg sebenar pun dah ditokok tambah. Bagus la suami dia nasihat dia bertudung, sebab dulu maybe dia tak dibimbing. So dia gembira yg suami dia mampu bimbing dia,utk menutup aurat dan jadi muslimah yg lebih baik. Dan dia kongsikan bersama media dan peminat dia. Ntah2 dia jawab no comment tapi .. faham2 la media malaysia ni. Hahaha peace no war! #i’mnotRCWfan

          0

          0
    • gandy says:

      Hmm….kalau dah berubah n berhijrah tu baguslah tapi takyah nak hebohkan ape2 yg dibuat tu ke seluruh malaysia. Mmg patut tutup aurat dari dulu. Skrg ni dah tua pun mmglah patut sngt2. Lagipun dah bertahun2 duk sebok menayang peha dgn berskirt n seluar pendek n duk menayang dada dgn berpakaian sendat. So mmg tersngt2 lah patut tutup aurat. Kalau boleh tak payah lah lakukan sesuatu utk menarek perhatian org. Cukop2 lah….Org lain muda belia pun dah sedar diri mcm si elfira tu…

      0

      0
    • kate says:

      Rozita….bacalah kata2 dari Ustaz zaharudin….” cukoplah menayang gambar2 cute anda, simpan je utk tatapan suami. Tak payahlah tamakkan pujian manusia luar. Tunggu je pujian drp para malaikat & bidadari dari syurga….”
      Ni duk berposing berselfie dgn mekap tebal bulu mata palsu n contact lens kaler nak suroh org puji. Sudah2lah menayang diri. Kalau dah berhijrah tu, buat cara berhijrah. Kalau rase diri lawa, bersyukur je banyak2 pd tuhan kerana dijadikan sempurna….Kurangkan publisiti…

      0

      0
  12. aku says:

    sejak che ta berubah ni dah makin minat kt dia dah…makin sayang kt che ta…#idola

    0

    0
  13. Anonymous says:

    bulu mata n lens itu wajib nok!

    0

    0
  14. kelolo says:

    aku mahu mak aku di syorga.. i want my mother.. itu aja…

    0

    0
  15. anon says:

    Baguslah kalau fikir nak masuk syurga, tapi kurangkan mekap 5 inci & bulu mata palsu & contact lens kaler & duk hantar gambar posing berpouting….. simpanlah gambar2 tu semua utk koleksi peribadi ye….niat tu biar betol. Jgn duk pong pang pong pang je nak masuk syurga. Jaga niat tu yg penting,

    0

    0
  16. kelkatu says:

    Anak dia tak nampak mcm mix dah, nampak mcm melayu je, ruginya…….harap2 still lawa, jgn ikut muka abang2nya dah lah…
    Kalau dah berhijrah tu baguslah, tapi cuba kurangkan menghantar gambar2 berselfie bermekap tebal ke media. relax je

    0

    0
  17. kih3 says:

    bertudung utk ke syurga..?? maksudnya pakai tudung boleh masuk syurga.. ??sepatutnya ayat paling kena ialah saya berhijrah/berubah kerana Allah dan ingin ke syurga bersama suami.. dahulukan Allah baru suami…

    kdg2 artis kena bijak menjawab.. gunakan pemahaman ayat yg betul agar tiada org pertikaikan..

    0

    0
  18. curios says:

    i really want to know macam artis boleh beribadah yakni dalam keadaan bermekap tebal sepanjang hari dan masih boleh bersolat 5 kali waktu. ini kita yg ambik wudhu pun, syaitan dh kacau, senang je nak rasa batal wudhu tu. please artis, i really need to know macam mana you guys do it. ikhlas ni tanya.

    0

    0
    • Make u says:

      Aku pun nak tau gak.. Lagi2 kalau depa p penyampaian anugerah. Make up 10 inci smr.. Mesti bersiap awal.. Tlg jelaskan.. Maaf yer..msaya budak baru belajar part2 make up ni..

      0

      0
    • MAKJEMAHCOMEL says:

      MACAM TAK BOLEH CUCIKAMN LOOSER

      0

      0
  19. SUKEHATIAKU says:

    Aku xpaham dgn peng”komen” kat sini..Org xpakai tudung kutuk bagai…org da pakai tudung..ko kutuk plak psl lengan dia..Dia tu artis..ape dia buat media nak amik tau..mcm la korang jugak..ape dia buat tu antara dia ngan tuhan..xpayah nak jadi ustaz / ustazah kat sini mcm diri sendiri da cukup perfect – mcm confirm masuk syurga.. puii

    0

    0
  20. madihalias says:

    kau lagi kejam biarkan orang2 seagama kau buat dosa.. bg nasihat tu tak semestinya ustaz ustazah.. nasihat menasihati tu perlu. kalau biar semua org buat jahat, hancurla dunia oi

    0

    0
  21. mojo says:

    Perghhh,pakai tudung je terus kompom masuk syurga ke?Orang yang sembahyang saf depan tak pernah tinggal 5 waktu pun masih rasa ada dosa.Masuk syurga tu kira bonus je.Bukan macam pergi haji..berduit je,terus boleh pergi.

    0

    0
  22. nobody says:

    Jangn reti nak komen org jew..korang igt korang hbat sgt kew??asalkn org nak brubah tu da bgus…tlong doakn yg terbaik j la…xpyh nk kutuk2 org…pergi beli cermin la sblum nk mngata…

    0

    0
  23. zain suruh pakai?hahahahahaha says:

    hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahh
    den tak cayo…takkan kulupa kebnran zain membenarkan anaknya pergi ke kelab malam..dah makcik nak pakai pakai jer tak yah propa bagai…dah tua bangka pon….

    0

    0
  24. manusia biasa says:

    aku rs x de masalah pun dgn che ta hebohkan sbb ape die bertudung n dia nak bgambar byk2. aku tak puji sbb itu mmg satu kewajiban dan aku juga tak mengata krn alhamdulillah niatnya mmg bgs… satu je sbbnye.. kurang2kan la prasangka kat org lain ye… tak yah byk fikir itu ini n husnuzon la sentiasa…

    0

    0
  25. niki minah says:

    Spt kte uai..pompuan brtudung x smestinya msuk syurga tp skurang2nye dia berusaha utk ke sana…

    0

    0
  26. parsyte says:

    Alhmdulillah.. niat baik sebesar zarah pon dpt pahala. Insyaallah.

    0

    0