Setiap kali Rozita Che Wan melancong, pasti ia akan mendapat perhatian ramai kerana akan tampil dengan gaya fesyen yang berbeza setiap hari.
Tahu kah anda rupa-rupanya Che Ta turut membawa 20 buah beg bersama beliau ketika melancong? Tidak percaya? Perkara itu didedahkan sendiri oleh jurugambar rasmi beliau Annas Easkey melalui akaun Instagram miliknya.
Annas  kini bersama Che Ta dan keluarganya bercuti di sekitar Eropah sambil merakam detik indah percutian keluarga aktres tersebut.
Tak sia-sia che ta bawak 20 luggage, beg tangan je dah 4 beg. Hehe.
Wow, banyak juga beg yang Che Ta bawa bukan? Berapa lah agaknya jumlah beliau kena bayar untuk check in beg setiap kali melancong? Hehe..Tidak mengapalah, beliau sememangnya tidak akan kisah dengan kritikan ramai dan menikmati kehidupannya.