Bront Palarae adalah seorang pelakon kacak yang penuh dengan misteri. Kehidupan peribadinya memang tidak diketahui ramai. Sudah berkahwin tahun lalu dalam satu majlis tertutup di masjid Taman Tun Dr Ismail, sehingga ke hari ini wajah isteri Bront tidak pernah terpampang di mana-mana media. Abang Nara yakin ramai yang tertanya-tanya siapakah wanita yang berjaya mencuri hati Bront.
Menerusi BiPop semalam, akhirnya sedikit info mengenai isteri Bront Palarae telah pun didedahkan. Namanya ialah Rozi Isma. Rozi bukanlah orang baru dalam industri hiburan sebaliknya sudah lama bekerja di sebalik tabir. Abang Nara suka membaca kisah cinta mereka berdua seperti yang diceritakan Bront:-
Saya dan Rozi sudah kenal hampir 15 tahun sebelum kami berkahwin. Rozi soulmate saya. Rozi kenal saya sebelum saya punya nama lagi, kami melangkah bersama dalam industri hiburan. Rozi pernah bekerja dalam bidang pengiklanan dan saya pula lakonan. Sekarang kami sama-sama usahakan syarikat Pixel Play mengikuti kemampuan masing-masing.
Rozi adalah rakan sekolah saya. Kami sebenarnya tidak berniat menyembunyikan perkahwinan, tetapi saya lebih selesa soal peribadi tidak dikongsi dengan peminat. Majlis perkahwinan kami hanya untuk ahli keluarga sahaja. Teman artis pun tidak diundang hingga ada antaranya yang merajuk.
Suatu hari nanti, diharap Bront Palarae akan terbuka hati untuk berkongsi wajah isterinya dengan para peminat. Pasti ramai yang teruja sekiranya Bront dan isteri digandingkan dalam satu “photoshoot”. Insya Allah suatu hari nanti pasti akan tiba jua saat itu. Buat masa ini, kita berilah Bront dan Rozi privasi yang dimahukan.
P.S: Wanita tanpa identiti pengenalan bersolat atas jalan