Bukan senang mahu memperolehi peluang berlakon bersama bintang terkemuka India, Rajinikanth. Ternyata peluang yang diberikan tidak ditolak oleh Datuk Rosyam Noor walaupun hanya ditawarkan watak kecil. Selain Rosyam Noor, Norman Hakim dan Zack Taipan juga turut sama berlakon di dalam filem Tamil yang bertajuk Kabali ini.
Kata Rosyam Noor:-
Dalam filem ini, saya hanya memegang watak kecil, iaitu orang kanan kepada penjahat yang dilakonkan seorang pelakon Taiwan. Walaupun wataknya tidak besar, ia medan yang baik untuk mencari pengalaman, selain menambah profil saya sebagai pelakon.
Kali pertama ditawarkan berlakon oleh produksi luar, apatah lagi ia dibintangi aktor legenda, Rajinikanth, saya rasa peluang dihulurkan itu tidak patut diketepikan. Tambah pula saya dapat tahu ia menjadi filem kedua terakhir akan dilakonkan bintang tersohor itu.
Kalau Abang Nara pun diberi peluang sebegini, pasti takkan dilepaskan. Bukan senang nak beraksi dengan bintang sehebat ini. Lepas itu dapat timba pengalaman penggambaran di luar negara. Selaku seorang penerbit, sudah pasti banyak yang dipelajari oleh Datuk Rosyam Noor. Semoga pengalaman tersebut bakal digunakan untuk memajukan lagi industri filem tanah air kita. Sumber Berita Harian.