Written by serenity | August 5th, 2013

Para pembaca BeautifulNara terutamanya dari kalangan generasi X rasanya mengenali Rosnah Mohd Noor. Sebelum ini dia telah berlakon dalam pelbagai filem, antaranya Esok Untuk Siapa dan Hantu Siang.

Gambar asal mStar Online


Petang semalam, Rosnah, 54, telah meninggal dunia setalah tiga tahun menghidap kanser payu dara di Hospital Kuala Lumpur.

Rosnah pernah berkahwin dengan Iwan, bekas penyanyi dan pencipta lagu dangdut pada 1988 -1995. Beliau meninggalkan tiga orang anak dan seorang cucu. Jenazah beliau ditempatkan di rumah ibu saudara mereka di Ampang, berikutan menunggu ketibaan anak pertamanya, Wan Ramada Agus Putra untuk pulang dari Australia kerana sedang melanjutkan pelajaran di sana.

Bersamalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau, semoga rohnya dicucuri rahmat. Kredit info Berita Harian.

[jetpack-related-posts]
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

25 responses to Rosnah Mohd Noor Meninggal Dunia

  1. Karim says:

    Al Fatihah

    0

    0
  2. Innalillah… Smoga kuarganyer bersabar n redha.. tmbah2 nk sambut raya x lama lg.. :( :( (tringat arwah opah yg meninggal sbb kanser payudara gak.. meninggal plak lg 9 hari nk sambut raya.. sedeyyyy)

    0

    0
  3. iris says:

    Al-Fatihah & takziah utk family beliau, dia mmg pelakon yg bagus….

    0

    0
  4. Manjae Sephia says:

    Salam takziah.. Al fatihah

    0

    0
  5. .................. says:

    salam takziah wat keluarga mereka…dan juga salam takziah wat keluarga dr binda ( kosmetik ) y telah kematian anknya..sedey kan nk raye ni..berat mata memandang berat lagi bahu y memikul…AL FATIHAH…moga keluarga dia org tabah menghadapi ujian ini…

    0

    0
  6. Chels says:

    Al-fatihah

    0

    0
  7. Lady Red says:

    Al-Fatihah… takziah untuk keluarga Allahyarhamah…

    0

    0
  8. Ali Kanchan says:

    Al-Fatihah. Semoga dirahmati Allah. Seorang pelakon yang bagus

    0

    0
  9. maria says:

    takziah buat keluarga arwah..saya pernah hadir sebagai sukarelawan bagi satu kerja2 sukarela anjuran sebuah pertubuhan (tak ingat namanya) yang diterajui oleh arwah..kerja2 sukarela meliputi bantuan, makanan dan nasihat perundangan kepada gelandangan, penagih dadah & pesakit HIV di kawasan panas di KL. semoga bakti arwah dalam kerja2 amal sebegitu memberikan kredit buatnya kelak. insyaAllah.

    0

    0
  10. laukkucukupmasin says:

    Al fatihah… arwah ni pelakon lama…dan bekas isteri iwan dangdut… mempunyai 3 anak hasil drpd perkahwinan dgn iwan… dan arwah juga merupakan ibu saudara kpd uqashasenrose dan nelydiasenrose. .tgok muka arwah pun nk sma mcm muka nelydiasenrose. .. smoga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

    0

    0
  11. guli pecah says:

    takziah kepada kluarga…semoga roh nya ditempatkan di tempat org2 yg beriman…amen

    0

    0
  12. Zain Sardin says:

    Suka dgn lakonan arwah…Takziah dan Al-Fatehah!

    0

    0
    • mango says:

      out of topick kejap… zain sardin… nak tergelak aku baca nama ko.. (minta maaf ya kalau nama sebenar)

      al-fatihah dan takziah buat keluarga beliau.

      0

      0