Written by AbangNara | May 8th, 2015

Agak terkejut Abang Nara membaca berita ini. Mana tidaknya, vokalis kumpulan Hyper Act iaitu Ronnie telah pun disingkirkan. Sebelum ini lagu-lagu kumpulan Hyper Act dendangan Ronnie seperti Hanya Aku sememangnya amat popular. Kepopularitian kumpulan ini semakin meningkat selepas bergelar naib juara AJL28, sekaligus menyebabkan semakin banyak tawaran menyanyi diperolehi, sama ada secara berkumpulan atau solo.
hyper actMenurut Harian Metro, keputusan menyingkirkan Ronnie ini diambil kerana anggota lain tidak berpuas hati apabila Ronnie tidak pernah memberikan bayaran 30 peratus kepada syarikat mereka Hype Beat bagi setiap undangan persembahan solo penyanyi itu. Ronnie melahirkan rasa redha atas keputusan ini. Kata Ronnie:-

Mungkin sudah tiada rezeki kami untuk bekerjasama. Sebelum ini pun saya sudah dengar cerita juga (konflik dalaman), jadi apabila mereka sudah putuskan begitu saya terima sajalah.

hyper act

Penyingkiran tersebut telah diumumkan oleh Hyper Act menerusi akaun Instagram mereka. Agak sedih apabila gabungan yang terbukti berkesan ini terpaksa berakhir dengan perpisahan. Namun inilah adat dunia hiburan. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Ronnie dan Hyper Act.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 responses to Ronnie Disingkirkan Daripada Kumpulan Hyper Act

  1. hoho says:

    Ala ckp je la pasni toi yg nak sgt jd vokalis.ntah pape.

    0

    0
    • Norhafiza Md Noor says:

      HARUSLAH KENA SINGKIR MUKA MCM AHMAD KASSAN PENARI TU,TAKUT NANTI BAWAK PENGARUH LGBT

      0

      0
      • Lembu Gemok says:

        tak nafikan Ronnie suara ang mmg sedap…tp kat Malaysia ni, kalau suara sedap and nyanyi solo, takleh pi jauh mana…takat bagan serai tu leh laa lepas…sifat tamak ni tolong laa buang jauh2 kalau nak dok lama dgn group sbb dalam group kita ada ramai ahli yang semestinya pelbagai ragam…kalau betol perjanjian suh bayar 30% utk persembahan solo ko, sila bayar laa…jangan sampai aku tumbok muka ko jadi Wayne Rooney lak nanti!!!!

        0

        0
    • cik embek says:

      buang y hodoh.. amek y ensem… kah kah kah

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Itu la yang selalunya berlaku bila sesebuah kumpulan mula mencipta nama. Penyanyi mula lupa diri apabila sering mendapat undangan sendirian. Cuba kita lihat kenapa otai2 lama boleh bertahan dengan kumpulan mereka sehingga berpuluh tahun. Ronie sepatutnya bersyukur kerana mula dikenali semasa berada bersama hyper act. Rasanya jika Ronie bergerak sendiri agak sukar kerana tiada complete pakej. Lagipun yang popular adalah Hyper Act bukannya Ronie.

    0

    1
  3. melati says:

    Singkir semua pun takper…bukan saya kenal pun..

    1

    0
  4. mojo says:

    Ronnie nak join mat kassan kot.ok la tu pelapis.tak ada saingan apa.

    0

    0
  5. Nek Bunga says:

    Aku heran betullah awatlah BANGANG sgt si artis-artis yg. asyik dok buat lambang kepala SYAITAN, Baphomet ni (dlm. gambaq no. 2 tu)! Inilah akibat dok tiru budaya Barat-Zionis tak tentu arah; sampaikan budaya/identiti Islam/Melayu mereka makin tercemar!

    0

    0
  6. What a information of un-ambiguity and preserveness of valuable experience regarding
    unexpected emotions.

    0

    0