Romie Memang Berniat Jadikan Hanez Suraya Sebagai Isteri Sejak Awal Perkenalan

Hiburan

Romie Memang Berniat Jadikan Hanez Suraya Sebagai Isteri Sejak Awal Perkenalan

Hmmmmmm. Tak tahu nak rasa terharu atau nak rasa pelik apabila membaca kenyataan tunang kepada Hanez Suraya, Romie Razin Adilha ini. Mana tidaknya, menurut usahawan berjaya ini, dirinya memang bercita-cita mahu memperisterikan Hanez sejak awal perkenalan mereka. Namun kalau tak silap Abang Nara, Romie sudah pun bergelar suami orang ketika itu. Mungkin Romie bercadang untuk berpoligami. Iyerlah, orang kaya dan berkemampuan memang selalu beristeri lebih dari satu. Tak gitu?
hanez suraya

Namun rintangan, dugaan dan halangan yang telah menimpa Romie dan Hanez tiada siapa menduga. Walaupun begitu, jodoh mereka memang amat kuat. Kini Romie dan Hanez telah pun selamat bertunang dan akan bernikah pada bulan Jun ini. Membaca kata-kata Romie, memang jelas menunjukkan lelaki ini seorang yang tidak mudah berputus asa untuk memiliki cinta Hanez. Kata Romie:-

Advertisement

Syukur Alhamdulillah segala-galanya terus dipermudahkan. Niat saya dari awal mengenali Hanez memang nak jadikan dia sebagai teman hidup saya. Tetapi lumrah dalam mana-mana hubungan pasti ada rintangan yang melanda.

Ia menjadi kayu pengukur sejauh mana hubungan ini akan bertahan. Dalam hubungan kami pun, kami pernah melalui fasa berantakan. Tetapi saya tak pernah putus asa untuk terus memilikinya sekali gus memperisterikannya.

Ketika kami putus. Saya rasa kehilangan. Anak saya (dari perkahwinan terdahulu) pun sudah rapat dengannya. Jadi saya cuba memujuknya kembali. Tetapi bukan senang untuk memenangi semula hatinya.

hanez

Rasanya para pengikut perkembangan dunia hiburan juga sudah dapat menerima apa yang terjadi kepada Hanez dan Romie. Rata-rata sudah memaafkan bakal pasangan suami isteri ini. Satu ketika dahulu, memang nama Hanez Suraya dan Romie cukup dibenci orang ramai. Semoga apabila mereka berkahwin kelak, segala kisah-kisah tersebut akan dilupakan. Apa pun, tahniah kepada Romie kerana akhirnya apa yang dicita menjadi kenyataan. Selamat bergelar suami!!! Sumber Berita Harian.

P.S: Gambar dari dalam buah ini memang amat mengkagumkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...