Written by AbangNara | October 16th, 2013

Abang Nara ialah seorang perokok tegar. Sudah beberapa kali Abang Nara cuba berhenti, namun sehingga ke hari ini masih gagal. Baru-baru ini apabila harga rokok dinaikkan kepada RM12 sekotak, memang terasa keperitan untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang perokok.
bat rokokApabila pergi ke kedai mamak untuk membeli rokok, terpandang juga beberapa jenama rokok yang tidak pernah dilihat selama ini. Apabila ditanya, rupa-rupanya itu ialah rokok seludup. Murah pun murah. RM5 sahaja sekotak. Ada juga tergerak hati nak beli, nasib baik Abang Nara pernah baca bahawa keuntungan daripada jualan rokok seludup digunakan untuk pembiayaan jenayah.
bat rokokSeram kan? Patutlah semenjak harga rokok semakin tinggi, semakin banyak jenayah yang berlaku di Malaysia. Perokok-rokok tegar akan tetap hisap rokok. Jadi kalau rokok sah sudah mahal, maka rokok seludup pula jadi pilihan. Sayangnya ramai yang tidak tahu rokok tak sah adalah sebahagian daripada sindiket jenayah terancang secara global dan di Malaysia.

Dalam satu artikel NST yang Abang Nara baca, keuntungan daripada penjualan rokok tak sah ini digunakan untuk membiayai kegiatan kumpulan terrorist di seluruh dunia. Bukan kumpulan terrorist yang biasa-biasa. Memang menakutkan sungguh!!!

Jadi kalau ada pembaca BeautifulNara yang selama ini menghisap rokok seludup, fikir-fikirkanlah balik mengenai tindakan anda. Sudahlah rokok seludup ini lebih merbahaya daripada segi kesihatan berbanding rokok sah, ia juga turut menyumbang kepada jenayah dan kejatuhan social masyarakat kita. Lagi banyak rokok seludup dijual, lagi tinggilah kadar jenayah yang akan berlaku di Malaysia. Adakah anda ingin menjadi salah seorang penyumbang kepada perkara ini?


Katakan tidak kepada rokok seludup/rokok tidak sah. Kita sebagai perokok kena bekerjasama untuk menghalang penjualan rokok tak sah ini. Dengan tidak menghisap rokok seludup, kita turut sama membantu menghalang jenayah berleluasa di Malaysia. Sama-samalah kita berganding bahu. Apa kata anda?

76 responses to Rokok Seludup Penyumbang Kepada Jenayah Di Negara Kita

  1. randy says:

    kalau rokok seludup ni dikaitkan dengan sindiket jenayah terancang, rokok yang bercukai pulak dikaitkan dengan jenayah peras ugut duit rakyat oleh penjenayah berkolar putih

    0

    0
    • Taram says:

      Jangan nak propa laaa, ingat rakyat bodoh!?

      Zaman dulu bleh lah buat dakyah momok takutkan orang. Phuii..!!!

      0

      0
      • Perokok Tegar says:

        pulak dah.. apa kejadahnya rokok penyumbang jenayah.. yg jenayah si kastam sogok duit duti eksasais rokok kat menteri tu tak nak pulak diketengahkan..

        0

        0
        • miss ynwa says:

          takpe…..rokok mahal takleh isap…..rokok free boleh isap….rini khamis dah..malam ni yerrr bangg AuuMmM~~!!!

          0

          0
      • amoi says:

        Auta gov…hahahaa…

        Seludup penyumbang kepada RASUAH MENTERI di negara kita..

        itu tajuk yg sesuai!

        0

        0
    • megat komeng says:

      walau apa pon..merokok itu tetap haram… kalau hukum Islam yg lain kita boleh ikot..awat yg ni kita x boleh ikot.. berhenti merokok..Insyallah kesihatan terpelihara..keluarga bahagia..

      0

      0
  2. ADREANA_ARIZ@YAHOO.COM says:

    HU HU HU FIRST …FISRT

    0

    0
  3. Cengkareng says:

    Abistu camne nak beli rokok ori…kan mahal..rokok seludup rasa lebih kurang sama je..

    0

    0
  4. AKU FIRST…AKU FIRST HU HU

    0

    0
  5. anti smoker says:

    bila kerajaan tak dapat duit cukai rokok memandangkan rakyat prefer rokok seludup, diorang akan cipta satu propaganda yang tak masuk akal semata mata nak semaikan fobia dlm klngan perokok yg hisap rokok seludup. pucuk pangkalnya semua jenis rokok baij yg bercukai or tak memang tak ada eloknya. rasanya tak perlu kut nk sebarkan propa yg merepek cam kat atas ni

    0

    0
  6. alang munah says:

    tk kesah laa seludup ke tk seludup ke…yg penting asap rokok yg dihisap telan tuu boleh menjahanamkan tubuh badan kite nara oii…ghentikan le amalan tk berfaedah nii…dh le bakor duit…paru2 pulok berjelage dgn asap…bibir hitam…mulot busuk…

    0

    0
  7. Penyokong Tegar BN says:

    Sukahati lah rokok mahal ke seludup ker….
    Yang penting Malaysia masih aman & damai menuju 2020..
    Barang naik demi kesejahteraan rakyat 1 Malaysianye..

    Betol tak penyokong2 BN semua?!!
    Satuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu Malaysiaaaaaaaaaaaaaa!!

    0

    0
  8. ezry says:

    merepek jer smua ne.klu dia nak ckp smua ne menyumbang pd jenayah apa kurangnya dgn kewujudan kelab mlm?bkn sahaja mengundang pd kes jenayah seperti penjualan pil khayal, tp juga menggalakkan kepada kemurkaan dari ALLAH.lagipun rokok seludup xkan dpat masuk klu kawalan ketat d lakukan di setiap sempadan masuk ke negara kita.aku tggl d sabah n rokok seludup ne d jual d merata2 tempat tanpa sebarang tindakan proaktif utk menghentikan penjualan rokok2 seludup ini.BODOH

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Dah ada rokok eletronik ngan shisha kenapa suka2 dikeluarkan fatwa haram.. nampak tak permainan dia. Rokok cukai tak haram pulak. Nak suruh sumbang kekayaan kroni tapi rakyat yg jahanam.

    0

    0
    • seri says:

      berani ke ulamak2 kat M’sia nie kuarkan fatwah haram bg rokok?????? silap2 kn buang negara lak……huhu… rokok seludup bole bebas dijual di m’sia pun dalangnya “penguatkuasa” diorg gak…..naiklah hrg rokok kat M’sia nie rokok seludup ttp senang didapati…… so sebenarnya apa tujuan kenaikan hrg rokok?????

      0

      0
      • Anon says:

        rokok memang dah difatwakan haram ye cik seri….

        0

        0
        • anonymous says:

          fatwa jeeee . tindakannye? baik tak yah dipanggil fatwa tu .

          0

          0
        • Anonymous says:

          Memang ulamak dah kuarkan fatwa, sebabnya tahu dosa pahala…tp ulamak takde kuasa nak ubah undang-undang. Yang berkuasa nak kuatkuasakan undang2 ni rasanya korang pun tahu. Diri sendiri pun kena ingat, buat yang haram, dosala jawabnya. Mencuri pun semua orang tahu itu haram, tp masih ada jugak pencuri di Malaysia ini. Fikir-fikirkan la ye…

          0

          0
  10. ezry says:

    merepek jer smua ne.klu dia nak ckp smua ne menyumbang pd jenayah apa kurangnya dgn kewujudan kelab mlm?bkn sahaja mengundang pd kes jenayah seperti penjualan pil khayal, tp juga menggalakkan kepada kemurkaan dari ALLAH.lagipun rokok seludup xkan dpat masuk klu kawalan ketat d lakukan di setiap sempadan masuk ke negara kita.aku tggl d sabah n rokok seludup ne d jual d merata2 tempat tanpa sebarang tindakan proaktif utk menghentikan penjualan rokok2 seludup ini.BODOH!!!

    0

    0
  11. […] kepada RM12 sekotak memang terasa keperitan untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang perokok Read More This entry was posted in Entertainment and tagged Jenayah, Kepada, Kita, Negara, Penyumbang, […]

    0

    0
  12. gugu gaga... says:

    xde beza pn jenayah rokok seludup ngan jenayah rasuah….k bai…

    0

    0
  13. puii says:

    xkisah la sah ke xsah, seludup ke xseludup ke..yg pntg MEROKOK ADALAH HARAM!!!!

    0

    0
  14. bunga says:

    pelik. takde pulak yg nak komen merokok haram. oh. sbb ada pndpt ckp boleh.

    selamat merosakkan diri sendiri dgn menghisap rokok. dan mempercepatkan kematian org2 tersyg disekeliling anda. ;)

    semoga tak terlambat untuk berhenti
    rajin2kan berjoging supaya terbiasa dgn udara bersih. moga2 mudah nak berhenti.

    0

    0
  15. puii says:

    xkisah la sah ke xsah, seludup ke xseludup ke..yg penting MEROKOK ADALAH HARAM!!!

    0

    0
  16. aku bukan bodoh says:

    Cam haram.. Xyah nk propa sgt.. Kononnya isap rokok sah lebih mulia dr rokok seludup..xde beze pn..kecuali cukai

    0

    0
  17. Itoshii says:

    Salam,

    Dari bekerjasama buat itu baik bekerjasama buat ini:

    Hukum Merokok Dari Segi Islam:

    0

    0
  18. Itoshii says:

    Salam,

    Dari bekerjasama buat itu baik bekerjasama buat usaha sebarkan ini:

    Hukum Merokok Dari Segi Islam:

    0

    0
  19. Mujahhid says:

    Aku rse ni mesti komplot si media pri** dn b*n ni. (org2 b*n jgn mare)
    Pi kecoh aper rokok seludup bg dana kat penjenayah ke tk atau nk naikkan rating jualan rokok bercukai lps merudum jatuh yg org2 pakat beli rokok elektronik tu.
    Aku heran la yg company mcm mcd @ cocacola tu xder diorang nk ban, lg lg terang bersuluh company tu bg modal kat israel beli peluru nk bedil rakyat palestin, ader diorg nk boikot. puii.. dasar sekulerisma..

    0

    0
    • Anonymous says:

      nak kata pasal israel , negara kita pun pakai khidmat consultant untuk negara dari apco. Apco tu syarikat israel. Tu yang jadi isu dulu pasal “satu malaysia” , sebab konsep one nation (one israel) bermula dari israel.

      0

      0
  20. azrol nizam says:

    Bykla ko penyumbang pd jenayah..dr bli mhl2 bg gomen tax rokok beriban2 wt ape..baik bli yg murah je..puiiihhh

    0

    0
  21. minah jambu merah biru says:

    emmmmmmm kt Negara jiran harga rokok sampai $12lebih ponnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn ada orang beli ! nk isap punye pasal…dorang tk boleh berenti rokok secara mendadak…yg paling murah $8 lebih itu yg paling murah sekali…..lagi rokok naik eh lagi banyak yg isap rokok ! dorang sanggop cari duit demi rokok tercinta ! jadi skarang nk buat cmana? mari kite pikirkn bersama…

    0

    0
  22. Rakyat says:

    Hahahaha bodohnya la post ni nk takut2kan org sbb nk tutup perkara yg sebenar
    Mcm article utk budak2 sekolah
    Pfffft

    0

    0
  23. Msia Negaraku says:

    Tolongla wei…… Ingat kitorang bodo sangat ke??? Korg saje je nak banteras rokok haram, nanti xde la income duti kan… Kalu rasanya rokok sludup tu bantu jenayah dan xnak kitorang isap.. apa kate korg kroni kroni gomen p bagi trum cukai rokok ori…

    rokok ori murah = xda org hisap rokok sludup….

    btul x?

    0

    0
  24. Anonymous says:

    Hahahahahaha! Sumpah kelakar . Makcik-makcik dekat kampung pendalaman bolehlah diperbodohkan dengan artikel macam ni. Ikhlas dari hati bekas perokok.

    0

    0
  25. Anonymous says:

    Alasan makin lama makin kelakar la. Harga minyak naik untuk turunkan jenayah. Sekarang hisap rokok seludup tingkatkan kadar jenayah jugak ? Haih. Rakyat semakin lama semakin pandai. Kenapa pemimpin makin lama makin bodoh? Alasan tak masuk akal.

    0

    0
  26. Anonymous says:

    Minyak naik konon sebab nak turunkan jenayah. Ni hisap rokok seludup boleh naik kan kadar jenayah pulak ? Orang makin pandai , kenapa pemimpin makin bodoh ? Alasan tak masuk akal. Dah la minyak negara dah dapat untung banyak , dijual pulak minyak kualiti rendah kepada rakyat dengan harga mahal. Cukai rokok pun makin naik. Harga rokok makin mengarut. Bila orang tak beli rokok yang bercukai , dituduh pula sokong jenayah. Admin pun boleh percaya . Kelakar la. Guna otak untuk berfikir , bukan berdasarkan fahaman politik.

    0

    0
  27. Anonymous says:

    Minyak naik konon sebab nak turunkan jenayah. Ni hisap rokok seludup boleh naik kan kadar jenayah pulak ? Orang makin pandai , kenapa pemimpin makin bodoh ? Alasan tak masuk akal. Dah la minyak negara dah dapat untung banyak , dijual pulak minyak kualiti rendah kepada rakyat dengan harga mahal. Cukai rokok pun makin naik. Harga rokok makin mengarut. Bila orang tak beli rokok yang bercukai , dituduh pula sokong jenayah. Admin pun boleh percaya . Kelakar la. Guna otak untuk berfikir , bukan berdasarkan fahaman politik. .

    0

    0
  28. sayur says:

    daripada beli rokok tak sah baik tak payah hisap langsung. lagi bagus. ke cemana? semoga isteri bang nara kuat semangat nak tlg bang nara benti hisap rokok. bang nara tak kesian ke kat anak bang nara ?

    fikir2 kan dan selamat berhenti hisap rokok,

    0

    0
  29. malboro says:

    camne citer rokok boleh ada dlm blog retis lak ni?

    0

    0
  30. Aku says:

    Nk tnye ni, btl ke anwar bedah muka dia? mesti puak pakatan ada jwpn tersendiri untuk backup dia kan? blh explain tak?

    0

    0
  31. capri says:

    Kesiannya laaa ur wife n kid ada papa merokok ni abg nara oiii. Secondary smokers experience worse complications from ur smoking ok!

    Takyah la nk menyokong dakyah krajaan bodoww ni. Or abg nara pun antara blogger2 yg dpt beribu riban mcm dlm laporan audit negara tu? Isk isk.

    Quit smoking la abg nara. Baru la namanya sayang bini n anak. Abg nara nak aariz merokok jugak ke one fine day? Suka ye?

    0

    0
  32. moon says:

    aah ye.. rokok seludup penyumbang jenayah. rokok sah bercukai ni penyumbang israel. bagus la sangattttt~

    0

    0
  33. pink says:

    rokok dh difatwakan haram oleh majlis fatwa kebangsaan msia…

    0

    0
  34. pemikir says:

    Dah terang dan nyata rokok apa jenis pun telah difatwakan HARAM sejak 1995 lagi. Kalau rokok seludup menyumbang kepada pembiayaan jenayah…rokok yang ada di pasaran tu menyumbang kepada agensi yahudi yang mana memerangi umat Islam…..FIKIR FIKIR LAH. Apa yang anda mau? SYURGAAA? NERAKAAA?

    0

    0
  35. aku bengang says:

    abg nara,hisap rokok seludup penyumbang jenayah n terrorist apa bagai ea?
    so rokok yg kunun legal kat msia ni xmenyumbang apa2 la??
    rokok2 legal la dana bnyk g negara lahanat israel tuhh. tak payah nk poyo sgt la itu ini penyumbang kepada terrorist la mende lah. yg legal pun penyumbang kat lahanat israel gak. kalau dah tetap haram tu haram lah. tak payah nk menghalalkan benda yg sememangnya haram sbb diri sendiri pun merokok!

    0

    0
  36. Eddy says:

    sudah2 la nara..cukup la dgn ada menteri yg bodoh…ni tambah sekor lagi blogger bodoh..jgn plak lepas ni ko tulis “ikan sardin dari thailand mengundang jenayah”

    0

    0
  37. mj_xr says:

    Salam.

    Mari Kupas ayat Abg Nara :

    “…Abang Nara pernah baca bahawa keuntungan daripada jualan rokok seludup digunakan untuk pembiayaan jenayah…”

    Komen Dari Saya :
    Sebenarnya Siapa yang membiayai penjenayah adalah Kerajaan Kita Sendiri yang menyalurkan dana untuk kegiatan jenayah.! Bukan Sebab Rokok la Dol! Negara yang tak pandai nak manage Kerajaan, Rakyat yang terpaksa menanggung sengsara!!

    0

    0
  38. izza says:

    kenapa la ramai rakyat malaysia yang kaki rokok ni bodoh piang sangat?!! satu gaduh pasal rokok, dah tahu rokok haram dan merosakkan kesihatan, nak teruskan juga kenapa? ingat Allah tak soal ke kat kubur duit dok beli rokok tu? rokok tak sah ialah rokok seludup geng2 kongsi gelap di malaysia, kalau google banyak kes kegiatan jenayah terancang menghasilkan duit secara haram kumpulan2 kongsi gelap dan cerita drama cina seperti dari hong kong dan macam2 lagi banyak tunjuk pasal kegiatan geng kongsi gelap ni-cara2 mereka nak hasilkan duit banyak guna pasaran gelap, yelah nama pun penjenayah, hidup pun gelap je ;) dah korang marah sangat kerajaan peras ugut rakyat, so beli buat apa rokok yang sah2 sumbang cukai pada kerajaan??? apadaa bodoh piang sangat kaki rokok ni termasuk abang nara sekali….tak payah la promote rokok-rokok seludup atau tidak tetap sumbang bahaya pada kesihatan dan mendapat dosa

    0

    0
  39. wangbi puh han hu says:

    alhamdulillah suamiku bukan PEROKOK..wit leh buat shopping

    0

    0
  40. Poco you says:

    Betul tu…Sejak harga rokok dh naik makin seyyek duit lohni….

    0

    0
  41. gedebuih says:

    rokok murah ka mahal ka, sama ja..xdak beza, jenayah tetap berleluasa, indeks jenayah makin naik..kalau rokok dah difatwa sebagai HARAM, buat apa bawak masuk rokok lagi dalam negara, walaupun bercukai? sifir senang, rokok tu pun sama macam minyak, ibu duit..mahal macam mana sekali pun, orang akan beli, kerajaan jugak yang untung dapat income banyak..

    0

    0
  42. Hanies says:

    Xyh sbuk nk suruh kemukakan fatwa bagai…masing2 bljr agama..bnda yg membazir dan tidak mendatangkan faedah serta membawa ketagihan jatuh hukum HARAM

    0

    0
  43. Amoi Comel says:

    Abang Nara Macai ea…

    0

    0
  44. ishak hasimi says:

    Kepala hotak kau nara ! bodoh bahlol…
    Yep rokok seludup memang membiayai pengganas dan jenayah diseluruh dunia,tapi harus nara ingat juga yang rokok sah bercukai juga membiayai israel,sebab kebanyakan jenama rokok-rokok sah adalah jenama yahudi,menghisap sebatang rokok sah adalah seperti menyumbangkan sebutir peluru untuk israel menembak umat islam palestin
    so kerajaan tak payah nak sekat penjualan rokok seludup jer,tapi harus hentikan penjualan rokok sah sebab keduanya duanya mendatangkan kemusnahan

    0

    0
  45. janggut kencang says:

    hahaha…rokok ???

    de aku kisah???janji aku xisap sudah…;p
    alamak nek rm12 jerr skit tu nek lebih skit rm20 ka…baru terpkir psal harga petrol;p
    tp harga petrol nek pon aku tgk budak2 makin jadi2 nek moto rempit2 lglh budak sek men>>>hahaha…

    come onlh kamu semua pandai tp akai xpkai ka…belilh rokok ori maner pOng badan korg2 sihat ka???gelak beb…gelak terbahak2…

    korg2 perokok tegar glh gempur najib…sruh trunkn harga rokok…;p guna duit khas untuk istri PM tu pi bayar untuk untk pengurangan harga rokok..kn bgus gagaga…

    0

    0
  46. Makcik KJ says:

    hai lah perokok…agak ironik mereka takut kan kanser dan pelbagai penyakit…tapi tak takut membayar untuk punyai penyakit itu..hai lah perokok…hai lah perokok…

    0

    0
  47. Top Niaga says:

    ala , senang cerita tak yah isap rokok dahh

    0

    0
  48. Aku Yus says:

    puncanya siapa yg suruh naikkan harga rokok?

    Relevanlah sikit, rokok seludup banyak sebab rokok cukai ni dah mahal sgt..cuba harga tu biasa mcm zaman aku dulu, dunhill 14 rm3 lebih sekotak, mana ada nak cari rokok seludup..

    phuuiiiiii

    0

    0
  49. anonymous says:

    HAPUSKAN rokok dalam kehidupan anda (perokok) untuk KESIHATAN kami semua (perokok pasif) pada MASA HADAPAN

    0

    0
  50. man jer says:

    bodoh ke pe ko nara.. promot suh bli rokok mahal ke?.. rokok haram la lahabau.

    0

    0
  51. Anonymous says:

    BERHENTI merokok.. habis citer. Tak kesian ke kat anak2? Daripada spend duit kat rokok baik simpan duit untuk beli susu dan pampers anak2.. Tak pun, bukak akaun bank untuk simpanan masa depan mereka.. Bila hang dok syok sedut rokok tu.. Tak malu ke anak2 tengok? Bangga jadi perokok depan anak2 ye? Habis duit berkempen suh berhenti rokok, satu pun tak jalan… Abg Nara, you should support the initiative to STOP smoking not stop BUYING illigitimate cigarette…

    0

    0
  52. Ustaz says:

    Merokok telah difatwakan haram oleh majlis fatwa kebangsaan
    oleh itu laknat la kepada kerajaan yang masih menjual rokok
    dan manusia yang masih menghisap rokok

    0

    0
  53. Chow Yun Fat says:

    Sorry Nara, apa motif comment section di iklan Yun Nam ditutup? Bagi siapa2 yang tak tahu, Yun Nam ni cara dia pushy. Selagi tak bagi duit, selagi tak sambung rawatan, selagi tulah dia takkan lepaskan ‘mangsa’. Semua tu makan duit sampai belasan dan puluhan ribu. Golongan pelajar pun tak terlepas. Rawatan bukannya diuji berkesan sangat. Google “Yun Nam scam”, tengok sendiri berapa ramai orang complaint. Siap bawa pergi tribunal pun ada.

    Iklan berbayar pun tolong fikirkan masa depan masyarakat kita.

    0

    0
    • Mirai Suenaga says:

      Jangankan yun nam je, yang sangkut paut dengan slimming centre tu mcm london, mayfair, dorra sumer tu penipu jer! daripada kau habiskan duit kat london weight management, lebih baik duit tu kau pergi london jer.

      0

      0
    • yun jahanam says:

      memang betul YUn Nam bodoh… menyusahkan org je sekali rawatan mkn duit org beratus-ratus apa kejadahnya. Nara nak sponsor la tu.

      0

      0
  54. Anonymous says:

    BRO… KATAKAN TIDAK PADA ROKOK… BUKANNYA TIDAK PADA ROKOK SELUDUP… APE DAAAAA

    0

    0
  55. saya says:

    abang nara..abang nara..kalau yek pon nak menyokong jangan la menunjukkan ke xcerdikkan….ROKOK SELUDUP JENAYAH???/smlm dgr kat berita rokok seludup bahaya kesihatan..hahahah nak kelakar mcm budak2…

    0

    0
  56. Alamak.. masalah besar nie. x selamat dah…

    0

    0
  57. apo says:

    jgn tolol sgt.. isap rokok elektronik la baghal!

    0

    0
  58. […] Rokok Seludup Penyumbang Kepada Jenayah Di Negara Kita (72) […]

    0

    0
  59. […] Kesihatan) dan turut sama menyumbang kepada kegiatan jenayah di Malaysia. Sebelum ini Abang Nara pernah berkongsi dengan anda fakta mengenai rokok seludup yang merupakan sebahagian daripada sindike… secara global dan di Malaysia. Antara jenama rokok seludup ialah John, GG, Manchester, Canyon dan […]

    0

    0
  60. […] Kesihatan) dan turut sama menyumbang kepada kegiatan jenayah di Malaysia. Sebelum ini Abang Nara pernah berkongsi dengan anda fakta mengenai rokok seludup yang merupakan sebahagian daripada sindike… secara global dan di Malaysia. Antara jenama rokok seludup ialah John, GG, Manchester, Canyon dan […]

    0

    0