Written by AbangNara | December 10th, 2012

Abang Nara memang suka program TV yang mencabar minda. Lebih-lebih lagi kalau yang menguji pengetahuan am. Dulu ada program Who Wants To Be A Millionaire yang dihoskan oleh Jalaluddin Hassan. Terngiang-ngiang sampai sekarang perkataan “Anda pasti?” yang disebut olehnya.

moneydrop season 2

Lama juga Abang Nara menunggu kehadiran program TV yang mampu menggantikan Who Wants To Be A Millionaire. Akhirnya yang ditunggu-tunggu tiba jua. Tahun 2011, program RM1,000,000 Money Drop telah muncul. Abang Nara terus addicted dibuatnya.

moneydrop season 2Kini RM1,000,000 Money Drop telah masuk ke musim kedua di tahun 2012. Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, program ini memberi peluang 2 orang peserta membawa pulang RM1,000,000 dengan menjawab 8 buah soalan. Nampak macam senang kan?
moneydrop season 2Disebabkan nampak macam senang dan peluang untuk jadi jutawanlah, beribu-ribu orang sanggup beratur untuk ujibakat RM1,000,000 Money Drop musim kedua. Hakikatnya, di musim pertama hanya 1 pasangan sahaja yang berjaya membawa pulang RM240,000 selepas menjawab kesemua 8 soalan.
moneydrop season 2Meh sini Abang Nara terangkan cara permainan RM1,000,000 Money Drop. Di awal permainan, setiap pasangan akan diberikan RM1,000,000 untuk dilaburkan. RM1,000,000 ini perlu dilaburkan sebaik mungkin untuk 8 soalan. Baki yang ada sekiranya berjaya menjawab kesemua 8 soalan akan menjadi milik pasangan tersebut.
moneydrop season 2Pada setiap pusingan peserta diberikan pilihan soalan bagi 2 kategori. Setelah kategori dipilih, peserta akan diberi 60 saat untuk meletakkan wang di petak jawapan. Ada 4 petak jawapan kesemuanya dan kalau peserta tidak yakin, boleh meletakkan wang di beberapa buah petak. Menarik kan?
moneydrop season 2Ketika musim pertama RM1,000,000 Money Drop, Abang Nara tengok dengan wife. Memang kitorang terjerit-jerit melihat gelagat peserta. Ada yang tak yakin langsung, ada yang terlebih yakin dan ada yang mengambil masa terlalu lama untuk memilih jawapan. Kadang-kadang geram Abang Nara dibuatnya.
moneydrop season 2Diharapkan pada musim kedua ini, peserta-peserta akan lebih bijak dan belajar daripada apa yang ditonton di musim pertama. Kena banyak membaca dan berdoa agar dimurahkan rezeki. Yang pasti, soalan terakhir sangat mencabar kerana hanya ada 2 petak jawapan. 1 betul 1 salah. Kena pilih betul-betul agar hati tidak kecewa melihat duit itu jatuh ke dalam balang.
moneydrop season 2Tahun ini Abang Nara tidak hanya akan menonton RM1,000,000 Money Drop di saluran Astro Ria setiap Sabtu dan Ahad jam 10 malam, tetapi akan turut join main “Live Game” di laman web Money Drop. Apa yang keluar di TV, akan keluar di game ini. Nak juga menguji kepandaian diri ini. Lagipun hadiah yang ditawarkan memang best-best belaka.
moneydrop season 2Kepada Datuk AC Mizal, tunggulah kehadiran saya dan wife sekiranya program RM1,000,000 Money Drop diteruskan untuk musim ketiga. Kami akan cuba menjadi peserta terbaik program ini. Kepada anda yang turut berminat, layari dulu laman web RM1,000,000 Money Drop untuk info terkini.

31 responses to RM1,000,000 Money Drop Kembali Untuk Musim Kedua

  1. haha says:

    wow, RM. . .
    bukan senang nak senang..

    0

    0
  2. Anonymous says:

    wahhh duit2,di mana kau duit..haha

    0

    0
  3. nina says:

    minta maaf menegur.. setahu saya game ni ada unsur2 perjudian dan dah diharamkan oleh pengiat2 agama di malaysia ni.. dn ustaz azhar idrus pon ada memperkatakn tentang game ni.. sila rujuk di google yer.. yg mana untuk kebaikkan harus kita kongsikan bersama.. wallahualam…

    0

    0
  4. saya says:

    a’ah bile sy tgk diorg bertaruh ltak duit kat petak2 jawapan tu,terus sy x tgk dah..kite org islam ni xpayah la kaya dgn cara camni..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    ade unsur perjudian??

    0

    0
  6. i says:

    er tumpang tye ye,ade x sape2 punye gme bud redhead?
    lau ade leh x share kt cni..he3

    0

    0
  7. mm says:

    betul..ni semua ade unsur judi.mse die bagi mula2 tu halal.tp bile diorang dah start game ni,duit tu jadi haram sbb kira berjudi..klu sy salah,tolong betulkan ye.

    0

    0
  8. lily says:

    yg main benda tu sumer dia amik org yg tongong2..takkan le benda senang pun tak reti jawab..tp pekerjaan bukan main gempak lg lecturer bagai..lecturer dr zimbabwe kot

    0

    0
  9. aina zahar says:

    please support us! ini utk contest video PKNS! hehehe.. jomlah tengok! hiks http://www.youtube.com/watch?v=EzdF0p-bid8&feature=youtu.be

    0

    0
  10. aina zahar says:

    0

    0
  11. Anonymous says:

    abg nara bila nak kuarkan psl farid kamil tu?jadi ke dia kna msk pnjara?

    0

    0
    • Anonymous says:

      xsabo2 ko ye anon nak taw samada c Farid msk penjara ke x?? hehe
      harapnya x la, cian anak dlm kandungan, ibu yg tgh ngandung especially yg 1st time n msh dlm peringkat awal kandungan ni bahaya sket kalo tensen2.. bayar je denda sudey

      0

      0
  12. wawa says:

    kalau boleh pemilihan peserta tu biarlah yang banyak pengetahuan sikit…baru syok tengok. ini peserta adoiyaiii…baru 2,3 soalan dah habis duit. :D

    0

    0
  13. wiwi says:

    tk boleh lupa ada org tk tau surah ada brapa ??? Kekekeke

    0

    0
  14. Teddy says:

    Wohoo.. macam best la online pun boleh main, hopefully musim ni ada org dapat bawa balik 1 juta..

    0

    0
  15. Hamba says:

    Permainan ini adalah judi. Haram.

    0

    0
  16. kiss says:

    kiss duit?! ya rancangan TV akan selalu terselit unsur tak halal. kesian kalau tak prihatin dan mudah masuk perangkap.

    0

    0
  17. madeenayahya says:

    suka jawab soalan sahaja

    0

    0
  18. Amier says:

    Kita dapat mendegar semula dialog Jalaludin Hassan bunyi omputih tak berapa omputih, melayu pun tak berapa melayu. Mungkin rancangan selepas ini host pengajar muqaddam di TV sebagaimana arwah bapanya,kali ini dengung mat salleh kena hilangkan denggung arab sikit mau lebeh.

    0

    0
  19. Noy says:

    Tak suka program ni, nampak mcm Malaysians gila harta dan duit je…

    0

    0
  20. Anonymous says:

    khadam duit…

    0

    0
  21. Kalau ada unsur-unsur perjudian, elok la kaji semula. yang masuk kan ramai Melayu Islam.

    0

    0
  22. nora says:

    HARAM sesangat .. Ya Allah, ape la nak jadi dengan “mereka” yg buat rancangan ni?? Pendek akal ape ke? Nak sangat tiru BARAT??

    0

    0
  23. toyol suke duit says:

    judi brmksud kita prtaruhkan smua duit tanpa brusaha…..game ni pertaruhkan duit tapi prlu mnjawab soalan, jika salah, kalah. jika betul jawapannya menang…..ada sedikit kekeliruan la. Tp sy pnah baca buku2 agama yg mngatakan jika ptaruhannya wang, dan kita perlu berusaha untuk mndapatkan wang itu. ia bukan judi…..ala siapa yg arif tlg jlaskan

    0

    0