Nampaknya kisah Liyana Manan yang suaminya dirampas oleh Hanez Suraya bukan sahaja mendapat perhatian orang kebanyakan namun turut diperhatikan oleh golongan selebriti tempatan. Salah seorang daripada mereka ialah Rita Rudaini. Umum mengetahui Rita juga melalui kisah hitam di dalam perkahwinannya. Tak salah untuk Abang Nara katakan yang Rita memahami apa yang dirasai oleh Liyana Manan.
Menerusi akaun Instagramnya, Rita Rudaini telah berkongsi gambar keratan akhbar BiPop artikel Liyana Manan dan menulis kata-kata di bawah:-
Dear @liyanamanan..sabar lah wahai sahabatku..Berdoa byk2 pdNYA.. ???? Sy sgt sedih,jaga ank2mu sebaiknya,kuat demi ank2..ALLAH sentiasa bersama kita…
Sesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kepada Liyana Manan, bersabarlah dengan dugaan ini. Kepada rakan-rakan dan keluarga Liyana Manan, inilah masanya untuk anda memberikan sokongan moral dan menjadi bahu buat diri Liyana. Sama-samalah kita doakan agar kisah hitam ini akan berakhir dengan kadar segera. Yang penting, anak-anak perlu diberikan perhatian sepenuhnya. Tabahkanlah hatimu.
P.S:  CTM, baju couple t eksklusif yang didatangkan dengan 17 pilihan warna dan semua saiz kini muncul lagi dengan koleksi terbaru Cosmopolitan http://goo.gl/