Rita Rudaini Berang Dikaitkan Dengan Nomad

Hiburan

Rita Rudaini Berang Dikaitkan Dengan Nomad

Kalau sebut nama Rita Rudaini, sudah pasti semua orang tahu. Kalau sebut nama Nomad, mungkin ada yang tidak tahu. Nomad merupakan seorang penyanyi yang sedang meningkat naik dan sedang popular menerusi lagu “Tetap Menantimu”. Baru-baru ini, Rita dan Nomad digosipkan mempunyai hubungan istimewa. Ternyata gosip itu tidak benar dan menimbulkan keberangan Rita Rudaini.
rita rudaini nomadKata-kata yang dikeluarkan oleh Rita Rudaini menerusi Metro Ahad semalam memang jelas menunjukkan kemarahannya dan ada sindiran pedas yang ditujukan kepada mereka yang terbabit mengelurkan gosip ini. Kata Rita:-

Kalau pun mahu mencipta gosip untuk popular, jangan sampai mengaitkan maruah orang lain. Apa pandangan umum apabila membacanya. Saya ibu tunggal kepada dua anak. Sudahlah masyarakat nudah memberi tanggapan buruk kepada mereka yang bergelar janda.

Hakikatnya saya bertemu Nomad sewaktu promosi filem Balistik tetapi apa yang berlaku seperti bergambar bersama dan merakam aksinya menyanyi adalah perkara biasa.

Yang menghairankan saya, sebelum ini ramai bergambar dengan saya atau saya bergambar dengan artis lain, baik lelaki mahupun wanita, tua atau muda dan ia tidak pernah pula menjadi isu.

Entah mengapa dengan Nomad tiba-tiba ada pihak mahu menimbulkan gosip mengarut. Sebelum membuat sesuatu tindakan, ingat maruah orang lain. Kalau hendak popular, banyak lagi usaha boleh dibuat dan ini bukan caranya

Betul juga kata Rita Rudaini itu. Kalau bergambar pun dah boleh dikatakan ada hubungan istimewa, maknanya Abang Nara pun dah ada banyak hubungan dengan wanita-wanita lain di luar sana. Namun Abang Nara suka dengan ayat pedas Rita Rudaini. Siapa makan cili dialah terasa pedasnya. Apa pun Nomad sudah pun memohon maaf dan menganggap ini adalah salah faham. Kata Nomad:-

Saya tidak berniat memburukkan Rita tetapi sebagai orang baru, saya tiada pengalaman dalam menangani isu sebegini. Ini pengalaman pertama saya berdepan dengan gosip.

Saya juga tidak terlintas langsung untuk menjadi popular dengan cara begini. Apa yang berlaku timbul daripada salah faham dan di luar jangkaan. Sekali lagi saya memohon maaf banyak-banyak.

Advertisement

nomadBagus si Nomad ini jujur mengakui kesilapan dan memohon maaf. Semoga hal ini tidak lagi berterusan. Nomad pun ada suara yang bagus untuk maju di dalam industri nyanyian. Nasihat Abang Nara, fokus menyanyi sahaja. Jangan ceburkan diri dalam gosip-gosip sebegini. Kalau suara bagus, pasti akan popular suatu hari nanti. Yakinlah pada kemampuan anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...