Wow. Nampaknya Rita Rudaini sudah bengang sama itu Ayu Raudhah. Tak sangka selama ini rupa-rupanya Ayu Raudhahlah orang ketiga yang menyebarkan fitnah tentang rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil. Mungkinkah Ayu Raudhah kecewa sebab hanya dapat Zakuan dan tak dapat Aidil? Itu kami tak tahu.
Petik sikit kata-kata dari Rita:-
[note]Saya tidak pernah mengenalinya secara rapat. Saya hanya bertemunya hanya sekali, ketika Ayu menjadi pelakon tambahan dalam drama Rafflesia. Â Itupun bekas kekasihnya, Pekin yang memperkenalkannya. Saya tidak tahu apa yang menyebabkannya cemburu, sakit hati dan sanggup menyebarkan fitnah. Kalau pasal saya ada hubungan dengan bakal suaminya, Mohd Zaquan Adha, itu cerita lama. [/note]
Tak sangka yang Ayu Raudhah berselindung di sebalik muka comelnya untuk menyebarkan fitnah menjatuhkan mahligai Aidil dan Rita Rudaini. Bak kata Rita, dia sendiri pun tak tahu kenapa Ayu Raudhah nak jeles dengan dia. Kalau Rita tak tahu, kami lagilah tak tahu. Sungguh misteri nusantara.
Tapi ada satu statement lagi menggegar dunia dari Rita Rudaini:-
[note]Suami dan rakan-rakan baik tahu apa yang berlaku. Tidak perlulah ungkit cerita lama. Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. Saya nak jelaskan – kalau kaki disko, pemabuk dan kaki perempuan seperti itu, memang tidak sesuai dengan saya[/note]
Adakah kenyataan kaki disko, pemabuk dan kaki perempuan ini merujuk kepada Zakuan? Kalau benar patutlah bola sepak negara kita tak maju-maju. Rupanya pemain bola kita asyik pergi berjoget kat disko je. Aduh ~~
Tapi Rita sempat sindir baik punya kepada Ayu:-
[note]Bagi saya, kalau nak buat fitnah cermin diri dulu. Dia baik sangat ke? Sebelum menjaga tepi kain orang, tengok kain sendiri yang sudah koyak rabak. Bukan orang industri tak tahu perangainya selama ini. Janganlah bersikap lebih sudu daripada kuah.[/note]
Memang nampaknya Rita tersangatlah bengang dengan Ayu sebab menyebarkan cerita yang bukan-bukan kepada wartawan. Nampak gayanya akan berlakulah pergaduhan antara mereka berdua. Kita tunggu apa kata Ayu Raudhah selepas ini. Confirm dia akan buat statement.
Dan nasihat kami kepada Ayu, janganlah canang satu Malaysia pasal pertunangan anda dengan Zakuan. Keluarga Zakuan tak datang merisik pun lagi. Kang tak jadi malu satu dunia. Ke risau si handsome Zakuan tue kena kebas?
Sumber berita dari Berita Harian.
P.S: Kalau ada sakit jantung confirm dah mati kena kejut camnie.