Rintihan Hati Felixia Yeap

Hiburan

Rintihan Hati Felixia Yeap

Sedihnya Abang Nara membaca luahan hati Felixia Yeap. Mana tidaknya, model popular ini sampai jatuh sakit kerana tertekan dengan komentar orang ramai yang mencela dirinya hanya kerana pernah bergambar seksi satu ketika dahulu. Malah di Facebook miliknya, ada beberapa pihak sengaja meng”LIKE” dan memberi komen di gambar-gambar seksinya seolah-olah sengaja mahu membuka sejarah lama Felixia Yeap. Memang kalau Abang Nara pun boleh jadi tertekan dibuatnya.
felixia yeapBakal memeluk Islam pada bulan Ramadhan ini, Felixia Yeap telah pun menulis rintihan hatinya yang menggambarkan rasa kecewanya terhadap peminat-peminatnya yang beragama Islam. Nukilan tersebut bertajuk “Rintihan seorang bakal muallaf”. Berikut Abang Nara sertakan tulisan penuh Felixia Yeap:-

Ku berlari dari bayang-bayangku
Dari kegelapan dahulu
ingin menuju ke jalan bercahaya
tidak menghiraukan bahaya

adakah itu salah
apakah itu masalah
untuk seorang insan hina bertaubat
walaupun dosa kekafirannnya lebat
inginkan ke jalan yang sepatutnya
dan lepaskan diri dari racun dunya

aku mahu redha
tapi aku tetap manusia
tetap ada airmata
yang mengalir bila terluka

kenapa yang sepatutnya membantuku
yang akan menjadi saudari saudaraku
mencaci, mencemuh dan menhina
menggali aib dan menayangkan semua

kenapa, kenapa, kenapa?
begitu membenciku sehingga
ku berasa bersalah ingin bertaubat
salahkah apa yang ku buat?

pernah ku terfikir untuk berhenti
berpaling dan berlari
namun aku tak sanggup
untuk terus sia-siakan hidup
tanpaMu Ya Allah
keranaMu aku akan belajar lebih redha
jika tidak, aku pasrah…

Advertisement

felixia yeap

Bersabarlah Felixia Yeap. Ini semua dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi. Sesungguhnya ujianNya hanya kepada mereka yang mampu menanggungnya. Jangan dilayan sangat kata-kata orang lain. Yang penting, kita tahu apa yang kita lakukan. Semoga cepat-cepat memeluk Islam, berkahwin dan hidup bahagia di samping suami tercinta. Sama-samalah kita doakan. Kredit info Facebook Felixia Yeap.

P.S: Kementerian nafi subsidi minyak hanya untuk mereka berpendapatan RM5,000 ke bawah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...