Rexona Move & Rakyat Malaysia Memang Sangat Awesome!

Hiburan

Rexona Move & Rakyat Malaysia Memang Sangat Awesome!

Ingat tak lagi mengenai applikasi Rexona Move yang pernah Abang Nara kongsikan dahulu? Tahukah anda, hasil usaha seluruh rakyat Malaysia, jarak sejauh 10,695km telah berjaya dicapai. Lebih mengkagumkan, pencapaian ini dilakukan hanya dalam tempoh kurang daripada 4 minggu. Memang awesome!!!

rexona moveSehubungan dengan pencapaian ini, tibalah masanya untuk Rexona mengotakan janji yang telah mereka taburkan. Janji itu tak lain tak bukan, membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia. Destinasi pertama yang telah dilawati untuk tujuan ini ialah Pusat Jagaan Hembusan Kasih di Perlis.
rexona move24 kanak-kanak yang berada di situ telah menerima educational toys seperti Lego, Monopoly dan Scrabble. Pasti mereka seronok dapat mengisi masa lapang dengan melakukan sesuatu yang berfaedah. Di Kedah, Rexona telah membantu kanak-kanak Rumah Budi teknik berenang dengan betul selama 10 minggu. Suka la budak-budak tue main air. Confirm best!!!
rexona movePaling menarik bagi Abang Nara ialah aktiviti yang dilakukan oleh Rexona di Pulau Pinang bersama 30 orang kanak-kanak di Children Protection’s Society. Kanak-kanak ini telah bersuka ria dalam sesi menari yang penuh dengan keseronokan dan gelak tawa. Kalau Abang Nara ada kat situ confirm Abang Nara join diorang punya. Hehehe.
rexona moveBanyak lagi tempat yang akan dilawati oleh Rexona Move untuk mengotakan janji mereka. Selepas menderma buku-buku dan peralatan persekolahan kepada kanak-kanak di Pusat Jagaan Anak-anak Yatim & Miskin Nurul Aman Perak, perhentian seterusnya ialah Terengganu, Kelantan dan Pahang. Macam-macam aktiviti menarik akan dilakukan bersama kanak-kanak kurang bernasib baik di sana.
rexona moveUntuk pengetahuan korang, pasangan suami isteri Sazzy Falak dan Nash Idrus turut sama menyokong usaha murni Rexona Move ini. Sebagai ibu bapa, mereka memahami betapa pentingnya untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini. Semoga selepas ini, lebih ramai selebriti-selebriti yang terlibat dalam usaha seperti ini untuk memberikan lebih banyak kesedaran kepada orang ramai.
rexona moveTerima kasih Rexona Move kerana telah berjaya membantu kanak-kanak seluruh Malaysia dengan cara unik anda. Terima kasih juga kepada rakyat Malaysia yang telah sudi bergabung tenaga dalam menjayakan inisiatif ini. Semoga tahun depan akan diadakan lagi aktiviti sebegini. Info lanjut mengenai Rexona Move, sila layari www.rexonamove.com.my

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...