Written by AbangNara | January 20th, 2012

Abang Nara dah lama tak tengok cerita seram. Secara malu-malu kucing, Abang Nara nak mengaku yang diri ini agak pengecutlah jugak. Daripada skala 10, tahap kekecutan Abang Nara berada di tahap 7. Itu yang bila dijemput untuk menonton filem Sumpahan Kum Kum nie Abang Nara fikir dekat 1000 kali jugak nak pergi ke tak. Tengok poster pun dah meremang.

filem sumpahan kum kum

Tapi orang kata kalau dah dijemput kenalah datang kan? Maka Abang Nara pun pergilah menonton filem Sumpahan Kum Kum ini. Fuh ~~~ Seram dia memang superb punya beb. Banyak kali jugaklah Abang Nara melihat filem ini menerusi celahan jari. Yang penting, ramai jugaklah yang menjerit bila hantunya keluar. Agak bijak pengarah filem ini kerana hantu dikeluarkan time yang tak disangka-sangka.

sumpahan kum kum

Bagi Abang Nara, selain daripada seram, filem Sumpahan Kum Kum ini ada jalan cerita yang baik. Tak melalut dan ada kesinambungannya. Tak adalah hantu muncul tanpa sebab. Namun kekurangan filem ini mungkin masa babak-babak awal tue agak terlalu perlahan. Tapi bila dah sampai bahagian pertengahan, memang flow filem ini agak lancar.

sumpahan kum kum

Sedikit latar belakang filem Sumpahan Kum Kum untuk bacaan anda:-

Filem ‘Sumpahan Kum Kum’ ini mengambil cerita yang pernah mengemparkan masyarakat sekitar tahun ’90 dengan kemunculan Hantu Kum Kum. Hantu ini dikatakan jelmaan seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam untuk kekal cantik selama-lamanya. Namun dia tidak berjaya menyempurnakan syarat ilmu hitam tersebut lalu menghendaki dia membunuh wanita cantik yang masih dara.

sumpahan kum kum

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada pengarah, pelakon-pelakon dan jurusolek filem Sumpahan Kum Kum ini kerana berjaya membuat satu filem seram yang memang seram. Ini antara filem seram terbaik yang Abang Nara pernah tengok selama ini. Good job. Abang Nara bagi rating 4/5 untuk filem ini. Bukan 5/5 sebab scene Wawa Zainal sikit sangat.

P.S: Di dalam filem ini, pelakon baru seperti Fezrul Khan, Shima Anuar dan Wawa Zainal menunjukkan yang bakat mereka tak boleh dipandang enteng. Lakonan dan arahan yang mantap membuatkan penonton di malam review memberikan tepukan gemuruh apabila tayangan tamat. Good job

P.P.S: Menangi sebuah Blackberry Playbook dengan menyertai kuiz Sumpahan Kum Kum.

41 responses to (REVIEW)Filem Sumpahan Kum Kum Memang Seram Seseramnya

  1. kipas lipas says:

    abg nara punya blog nih dah mcm “tadika” manyak kaler2 … pening kpala ..!!

    0

    0
  2. akulerr says:

    sorry xminat cite antu!!

    0

    0
  3. o'gosh says:

    Fezzrul Khan tu bukannya pelakon baru abang nara oi..

    0

    0
  4. caprigirls says:

    ermm..abg nara, bkn ker lidyawati tu dah pakai tudung dulu..

    0

    0
    • NONANICI says:

      LAU NAK TAU DIE LER ARTIS YANG DIEOWG CKP
      SANGGUP BUKA TUDUNG SMTE2 DPT
      OFER JOB BERLAKON DEK NON

      0

      0
      • Akak Nak Juga says:

        Aku ingatkan selama ni wan norazlin je yg sanggup bkk tudung sbb nk blakon..makcik ni pun join the group jugak ke.. x paham betul aku diorang ni…

        0

        0
    • tahpape says:

      sengal kot lidyawati ni . pakai la btl2 . . sanggup bukak tudung tok berlakon . supe x yah pakai -__-“

      0

      0
    • Anonymous says:

      yg tu ukan lidyawati la….haha..

      0

      0
  5. marion kaunter says:

    balik2 hantu. hantu hantu hantu. tahun depan keluar filem hantu kopek pulak ya. kopek artis wanita mana la pulak sggup berlakon jd hantu kopek. sila tunjuk kopek anda di layar perak pastu besok kuar statement ‘sy tunjuk kopek sy ni semata2 berlakon jd hantu kopek dan utk mereliasasikan filem ini sy tunjukla kopek sy’.

    kopek = payudara

    0

    0
  6. bluepink says:

    bukan main abang nara puji filem ni..ok, saya akan pergi tgk. kalo x best, abang nara ler orang pertama saya cari dulu..! hehe

    0

    0
    • DinDa says:

      Dah dpt invitation tgk filem ni, kompom la bang nara puji giler vavy punyer…xkan nak ckp x seram kot…

      0

      0
      • Kakiwayang says:

        haha…betul tu….kalau kata filem ni xbest melepas la bang nara dapat tiket free lagi….kene banned dengan MIG nanti…haha…

        0

        0
  7. no name says:

    x sabar tgu kemunculan cite ni di pawagam..

    0

    0
  8. mail lambung says:

    lydiawati tu bukan dah pakai tudung ke??
    ke dia kene bukak tudung sbb nk keje??

    0

    0
  9. tikus pink says:

    lydiawati mmg pakai tudung tp disebabkan tuntutan pengarah dan skrip maka ditanggalkan. kata deme demi memenuhi kehendak skrip! x caya tunggu, itula jawapan skema.

    lagi satu kita selalu kata pelakon ni yang bersalah pakai tudung kemudian tanggal tudung time belakon. antaranya wan norazlin, lidyawati dan beberapa yg lain. tetapi yg hairannya yg suruh tanggal tudung tu pengarah melayu islam! tidakkah mereka merasa berdosa meminta berbuat demikian. apalah sangat mengikut kehendak skrip dari mengikut suruhan Tuhan? memang mereka hidup bertongkat dunia la.. x ada efect pun kalau x pakai tudung.

    Fezrul Khan?? ehmmm kalau tikus pink belum kawin mau tikus pink tekel mamat tuu.. auuuwww

    0

    0
  10. kikilala says:

    skrg dh ramai artis betudung bila belakon buka tudung..kononnye memenuhi tuntutan watak..dunia oh dunia..dak fezrul khan ni karekternye mcm samsul yusuf..POYO sikit..ngeeee

    0

    0
  11. cik anon says:

    bukak tudung. mmm… hilang respect.

    hopefully wilma nanti x mcm tu. dr yg bertudung labuh kepada ‘menutup aurat’ berbentuk tubuh.

    0

    0
  12. missIDA says:

    hurmmmmmmmmmmmmmmmmm~

    0

    0
  13. pak mail says:

    Korang kutuk abg nara..korg tgok la blog die…law x suke xyah ler tgok…emmm… belajar la brsyukur….

    0

    0
  14. Qiqi says:

    betul ker best????hmmm tngok citer keramat ari tu mcm harammm jer citernya hahahaha..x seram & x paham citer tu…

    0

    0
  15. Triple_j says:

    seram tengok lidyawati pun berlakon dlm tu…

    0

    0
  16. Encik Promoter says:

    Wahai En Nara,

    Promo baik nampak? Brp diorg bayor utk tolong promokan filem diorg ni?
    Aku teringat lagi dulu bila org ramai & media ckp KL Gangster superb, aku pun pegilah beli DVD original …. tak sampai setengah, aku dah takleh tahan tgk. Terus tutup dvd aku.

    0

    0
  17. Saje2 says:

    Sebenarnya klu x silap saya Lidyawati tu bukan pakai tudung sepenuhnya pun. Saya pernah nampak dia dgn seorang lelaki di sebuah cafe di Ampg Point, mula2 tgk mmg terkejut coz dia x pakai tudung. Bila saya pdg dia sekali lg, dia pun pdg saya mgkn dia perasan yg saya kenal dia.

    0

    0
  18. Akus says:

    aku msih ingt lgi pd thn 90 an..waktu tu aku msih dibangku skolh menengh di ting.1,ms tu aku sek sblh petg jdi wktu blik memng dh magrib..bile trurunbas je msing2 naik basikal lintang pukang sebb tkut kena tngkp dgn hantu berpurdah ni..mklumlh katanye dia nkkn anak dara yg masih sunti utuk dijadikn mngsa ilmu hitamnye supy ia brwjh cntik semula..ms tu semua org takut nk keluar rumh..didlm rumg pun ketakutan bile pintu diketuk oleh makluk tu..memng menakutkn & MENYERAMKN…

    0

    0
    • Anonymous says:

      haha…ha….seram????

      0

      0
    • liana says:

      hantu ni ke? msa tu tahun 1996..sy form 1..tp rekaan ke btol..hah…pnah dgr..tkt nk blik sekolah..sekolah pun sekolah ptg time tu.

      0

      0
    • seram says:

      nak keluar pergi sekolah pagi2 pn takut masa tu…walaupn dekat je dgn umah kna ada org yg hantar dan jemput balik sekolah…memang heboh la cerita pasal ni masa tahun 90an tu

      0

      0
  19. Anonymous says:

    kalo pakai tudung tak bleh belakon ke??? ooo tatau plak aku yg pakai tudung tak bleh berlakon…murah siuttt….

    0

    0
  20. […] Abang Nara dah lama tak tengok cerita seram. Secara malu-malu kucing, Abang Nara nak mengaku yang diri ini agak pengecutlah jugak. Daripada skala 10, tahap kekecutan Abang Nara berada di tahap 7. Itu yang bila dijemput untuk menonton filem Sumpahan … Continue reading → […]

    0

    0
  21. student bandung says:

    cerita hantu lagi

    0

    0
  22. OvertheTOP says:

    Nape laaaa makcik Lidayawati ni dah terbang pulak tudung nya…sebelum ni boleh je berlakon dgn tudung!! Aishhh!! pengarah bangang ni dah byk sgt ke pahala sampai sanggup nak tanggung dosa suruh org buka tudung utk berlakon filem dia??…Na’uzubillah..manusia zaman sekarang..sanggup buat apa saja demi wang!! Buat Makcik Lidyawati..sesungguhnya awak tu dah berumur..cuba ikut contoh Ibu angkat awak tu Seniwati Sarimah..apa2 drama pun dia berlakon..tak pernah dia sekali pun dia buka hijabnya…tetap ayu dan sopan. berubah laaaaa…

    0

    0
  23. fahmimahat says:

    fokus pada review, citer mmg best . =)

    tapi bila fokus pada pelakon perse, memang akan nampak flaw sini situ.

    watak super antagonis lain ada, tapi mgkn tak brp available, dan tak hot dah. lydiawati masih cantik wlu da berumur. jadi, dlm casting mgkn dia dianggap lebih layak untuk bawa watak ahli sihir yang buat orang nampak cantik.

    tentang bertudung ikut kehendak skrip, dia bertudung semula di akhirnya, kan?

    cerita ni sedikit sebanyak menonjolkan transisi lydiawati dari negatif kepada positif, dalam dunia realiti. jadi kita janganlah terus hentam sesedap rasa.

    kalau lah lydiaawati masih mampu ditanggung oleh suaminya, dia takkan berlakon. masalahnya, suaminya dah pergi. dia still kena tanggung anak2 nya. kan?

    kita doakan mudah2an dia tak perlu lagi buka tudung pas ni, insyaAllah.

    0

    0
  24. vtec singh says:

    jgn nk ngta org bab2 tudung ni..diri sendiri kena perbaiki…siti nurhaliza pon sama…korang x bising pula…icon nombor 1 negara tu beb…puiii..haram ct bodoh.

    0

    0