Written by AbangNara | February 10th, 2012

Melihat kepada tajuk sahaja sudah boleh senyum apatah lagi pergi menonton sendiri ke panggung. Hantu Dalam Botol Kicap filem komedi seram taruhan terbaru MIG. Filem ke 55 terbitan MIG ini merupakan filem arahan Azhari Zain atau lebih mesra dikenali sebagai Zack.

review filem hantu dalam botol kicap

Elemen seram telah menjadi  trademark kepada Zack namun HDBK diselitkan elemen komedi yang merupakan percubaan yang baru daripada Zack. Melihat pada respon pada tayangan bersama peminat MIG Online baru-baru ini ternyata komedi relax yang disajikan kepada penonton menjadi.

review filem hantu dalam botol kicap

Rata-rata respon yang positif diberikan dan sambutan yang luar biasa kerana hall seat penuh sampai ke row hadapan. Gelak ketawa yang tidak henti-henti menjadikan suasana panggung tidak sunyi. Pelakon yang menjayakan filem ini merupakan pelakon di bawah pengurusan MIG Talent Unit iaitu Mon Ryanti (Rina), Mikhael Andre (Azri), Zalif Sidek (Epui), dan paling menjadikan filem ini sebuah filem komedi seram yang wajib di tonton adalah watak hantu Kopek yang dilakonkan oleh Angah Raja Lawak.

review filem hantu dalam botol kicap

Sesuatu yang lain dari yang lain apabila hantu “sebesar” Angah masuk ke dalam botol kicap. Begitu juga dengan penampilan Wawa Zainal sebagai Putri dan juga watak budak kampung yang nakal lakonan Epy Raja Lawak sebagai Epy menjadikan komedi yang ada di dalam HDBK ini lebih santai untuk tontonan semua. Lakonan yang diberikan juga bersahaja dan tidak keterlaluan dan elemen komedi juga elemen yang bersahaja. Begitu juga dengan watak Maimon Mutalib sebagai Nek Temah yang garang tetapi mendokong watak yang sangat cool.

review filem hantu dalam botol kicap

Menonton filem sememangnya untuk merelaxkan minda selepas penat bekerja, HDBK pilihan yang tepat kerana elemen seram yang tidak keterlaluan dengan elemen komedi yang akan membuatkan anda bergelak sakan sepanjang filem ini berjalan. Begitu juga dengan elemen kekeluargaan yang ditekankan di dalam filem ini. Secara tidak langsung MIG merapatkan hubungan anda dan keluarga ketika menonton filem ;)

review filem hantu dalam botol kicap

Jadi tunggu apa lagi? Bawaklah kaum keluarga anda pada hujung minggu untuk santai bersama sambil menonton filem Hantu Dalam Botol Kicap. Percayalah yang anda akan terhibur dan tahap stress anda akan berkurangan selepas menonton filem ini.

61 responses to Review Filem Hantu Dalam Botol Kicap

  1. hellomoto says:

    first!

    0

    0
    • hyde says:

      aku ader bc mjalh solusi bru2 nie ader sorng ustz sebut psal jin2 gembira melihat filem2 psal jin meltup di pawagam. diong suke tengok manusia rmai2 gmbira tengok cte psal diowng. stat dr ctu aku berat ati nak tegok flem2 hantu dn jin ie. baik tengok TANAK KUBUR kat astro oasis

      0

      0
      • hyde says:

        maksud aku TANAH KUBUR..

        0

        0
      • bebe says:

        wei..ade patut ko thumb down….at least dapat info dri hyde nih…thx 2 hyde….berkogsilah selagi boleh sbb selagi org ingat ape yg ko ckp selagi 2la manfaat pahala dpt kat ko….okeh…tp kalo ko share yg baik2 je la…yg buruk2 kang ln plak jdnya…..daaa…..

        0

        0
      • hafis says:

        tanah kubur ada keinsafan

        0

        0
      • Don says:

        ustaz sebut jin gembira tengok filem hantu hollywood, ending semestinya twisted dengan hantu selalu menang. tapi dalam filem hantu melayu, akhir kata ternyata Allah SWT lebih berkuasa.tak caya ce tengok, akhirnya mesti akan muncul ayat2 Quran, dengan mesej tiada yang lebih hebat dari kuasa tuhan.

        0

        0
    • awan says:

      hmm bawakla family ramai-ramai tengok cite hantu kopek.

      0

      0
      • meenammeenachi says:

        perg.. ayat last tue tak bole blah..’tahap stress anda akan berkurangn selepas menonton filem ini..’ kepala hangguk die.. tahap stress aku makin bertambah lepas tengok.. jgn kata lepas tengok, 10 minit pertama pun aku da mula stress..

        0

        0
    • boo says:

      ala… BN dah dibayar la … bab tue komen best tue…

      0

      0
    • redcarpet says:

      apesal pengarah kt mesia skg suka wt citer psl hantu?? ni yg ak xnk tgk citer mlayu kt wyg . . sori to say tp mmg tlalu byk citer hantu dr tv smpai ke wyg ..

      0

      0
  2. meehoon says:

    aaa…macam best ni :) tq bang nara.

    0

    0
  3. kangkung says:

    Hantu botol budu xde?

    0

    0
  4. farakucas says:

    da tengok cite ni ! best..sesuai tuk ilangkan stress lepas bekeje..tak rugi duit gi tengok..

    0

    0
  5. kicap expired says:

    Boring citer ni!!! even sejam lebih citer nie . 15 min start dah rase nak kuar…lawak tah pape!!!! No star!!!

    0

    0
    • SiTi says:

      setuju dgn awak. memang citer ni membosankan. saya ngantuk dlm cinema nonton citer ni. nak keluar malas plak dah alang2 nonton tunggu je la hingga habis. lawak yg tak menjadi. paling bosan nengok watak c Epui. ntah apa2 ntah. i want my money back!!! :P

      0

      0
    • Wartawan Zubir Sudah Insaf says:

      Setuju… ni filem sampah!! Guna idea-idea bodoh ( pompuan isap tetek Mat Sajer, sebagai salah satu contoh ) kemudian letak kat trailer untuk menarik orang datang pawagam tengok filem diorang… Puuihhhh…..

      0

      0
  6. yusri says:

    bang nara mcm menipu je psl review ni ? dah tengok dah ,tak taw la tang mana yg bestnya . boringggggg

    0

    0
    • aceng says:

      orang bagi duit utk review..terpaksalah puji walaupun tak ikhlas

      0

      0
    • zarina says:

      A’ahhh betullllll… Abg Nara tipuuuuuu…. len kali tak nak caya dah review abg Nara….. 110% tak best n ntah apa apa. Buang duit and buang masa ja.

      0

      0
  7. hanif says:

    review berbayar la tu

    0

    0
  8. Syaz says:

    Salam… Dunia perfileman Malaysia nie dah xde modal ker buat citer2 yg ntah apa2 mcm nie. Xhabis2 ngn citer2 hantu, lawak bodoh yg xlawak.. Pd pengarah2 filem malaysia n penerbit2. Jgn la tahu nak buat filem sekadar nak hidupkan industri yg xbrp nak hidp and nak fikir kaut untung jerk. Buat la sikit cerita2 yg berkisar kemasyarakatan, cerita2 yg blh mendatangkan tauladan dan pedoman pd masyarakat. Mcmnie ker nak suruh penonton2 cintakan dunia perfileman malaysia? Xhabis2 kisah hantu, kisah lawak bodoh, kisah sosial … Campur lak ngn bahasa2 yg kurg adab dlm skrip. Bnyak merosakkan dari membina laa..

    0

    0
    • memangberat says:

      betul ko ckp.. aku tak minat cte melyu tp aku pun bukan pemint cte2 hollywood lebih2 lagi bollywood.. tapi klu dsuroh plih cte mlyu ngn hollywood au rela tgok cte filem hollywood sbb cte hollywood menwarkan bnyak pilihan genre filem. baik yg serius, fiksyen, drama, ataupun jnis yg perlukan pnonton berfikir mcm the inception tue.. aku teringin k tengok flem2 mcm tu versi mlyu. stkat nie pembuat yg aku respek mcm mamat khalid – fileem2 die berbentuk satira dan kritikan sosial tp disampaikan dlm adengan2 biasa yg kite sndiri lalui dan bile gelak sebanrnya kte gelakkan dri sendiri sbb adengn2 tu tersangtlah sinis,
      aku afdlin sbb die pengarah yg penuh humor yg berbentuk teladan mcm buli, buli balik dan papadom. yusry pun ak suke sbb die pengrah yg berani cuba bersaing dgn filem2 hollywood dn die berusaha untuk tunjukkan filem mlyu juga setanding hollywood dan last skali aku ske shamsul yusof- pengarah berjiwa mudadan die tahu apa yg orng muda nak tengok dan yg paling penting setiap adengan dlm filem die ckuo real mcm adengn tembak menembak dan bergasak dlm kl gangster.. harap2 pas ni ader pengarah melayu yg hasilkan filem2 berat bercorak sains yg mnyalurkn maklumat dn pengetahuan pd penonton..

      0

      0
      • ikutsukeakulanakkomenape says:

        kan best ade cite pasal dr siti hasmah. 1st malay woman yg jd doc. wat pasal perjalanan hidup die. pasal falsafah hidup die smpi b’jaya cmtu. smpai die boleh b’saing sama dgn non-malay.

        ak suke sgt cite THE GIFTED HAND. mmg inspirational.

        0

        0
  9. wisermy says:

    kat website ni semua review berbayar cam iklan…. abang nara buat duit ikut sini la…

    0

    0
  10. dean says:

    lepas ni keluar plak citer Jin Dalam Tin Sardin. Percayalah. citer Malaysia memg hampeh.

    0

    0
  11. zuragon says:

    kalau cite si zack ni yg jd director confirm x best… xsilap aku die ni lecturer uitm.. tp buat filem sikit hampeh… menambahkan stress lg ade… tolonggglahhh

    0

    0
  12. awwww says:

    dah lama aku tak tgk movie david teo . sbb movie dia semua mcm sampahhhhhh . merosakkan industri filem kat malaysia . movie2 dia tu layak jd telemovie je . mana layak masuk panggung !

    0

    0
    • nadia says:

      adeh…xdela SEMUA…sblm ni ade gak yg bagus..yg baru2 tu bnyk xmantop.
      dr dulu dia pun ade gak sumbangan dlm menaikkan industri filem,
      xbaik la cmtu bile tiap kali ada movie baru yg lbh mantop,terus nmpk kat yg lain tu dah 100% xbagus,xde yg bagus langsung dah pdahal dulu bile zmn filem2 dia naik,puji melambung dan pengarah/penerbit lain plak dikutuk bagai,
      serupa mcm skang la cuma tukar2 org tp nasib tu nanti sama gak,bile nak ada yg bagusnye?
      baik kritik part mana yg xbagus je la agar boleh diperbaiki spya semua pun mampu mghasilkan filem yg best

      0

      0
  13. Ash says:

    Come on la… Yg dikutuk tu pun industri sndri.. Jgn la cpt sgt nk judge n keluarkan kata2 yg menjatuhkan.. Msg2 ada style masing2.. Tgk filem bukan sekadar baik atau buruk.. There’s more to it… Filem ni pd aku xda la teruk sgt pun… Ada gak point yg nk disampaikan mcm sifat manusia yg ingin tahu smp xfaham bhs.. Atleast xwujud watak ustaz hanya utk tangkap hantu.. Takat utk gelak2,ok la.. So, enjoy.. ;)

    0

    0
  14. miz says:

    aku dh tgk mlm td. Serius mmg x best. X berbaloi lngsung nk tgk. Lawak x pndai,jalan cite hncur. Pendek kata mmg boring to d max..

    0

    0
  15. tengok dulu. tak suka jangan tengok. kalau ini ulasan berbayor pun, duitnya dilaburkan utk page utk supaya kalian dapat terus menghambur kata2 yg tak enak atas gosip yg ntah betul ntah tidak.

    0

    0
  16. Infoserius says:

    Citer ni macam tak best jer.

    0

    0
  17. tercinta says:

    suka atau tidak, kita ttap rakyat malaysia…1 malaysia…:)

    0

    0
  18. mawar says:

    benci aku .ngan citer citer hantu nie….boleh merosakkan anak anak dan akidah org islam ..je …..kenepa tak buat citer yang boleh membangunkan insan ,,,membina minda..perjuangan tokoh tokoh islam ke…
    ni balik balik cerita hantu ..cinta..tomboy .

    0

    0
  19. Langkahterus says:

    Ramainya yg xsuka citer ni.. Kalau ye pun lawak bodoh, gelak je sudah.. Kalau david teo ni x aktif buat filem, mau la wyg dok citer mat salleh je.. Sokongla produk sndri… Aku dah pergi tgk sndri.. Citer ni not bad.. Mmg la ada scene yg ntah apa2 tp leh lg layan… Pelakon pun baru2 lg.. Xda la kayu pun..

    0

    0
  20. Akus says:

    aku dh tgk crite ni smlm..kesimpulannye crite ni kelakr…ringan…cume adakalnya ade nakal2 skit..motif kosong..kadangkala watak pelakon br kurng mnjadik..aku bgi 3 bintang setengah..iaitu sederhana..

    0

    0
  21. bosan says:

    dah tengok…xbest langsung…baru tengok 5 minit rase cm nak kuar panggung…ish

    0

    0
  22. Anonymous says:

    dlm panggung:
    me: kenapa lakonan adik die macam tuh??
    bf: tah, watak cacat kot…
    me:?????

    0

    0
  23. tapi aku tengok gak la filem ni sebab nak tengok wawa yg vavavom. tapi tunggu time raya kluar tv. bahahahaha. tak guna betul la aku ni.

    0

    0
  24. student bandung says:

    cerita bodoh lagi..syabas malaysia!

    0

    0
  25. Ryaad says:

    Sejak Yasmin Ahmad meninggal dunia,aku dah tak berminat dengan industri filem Malaysia. Sebab pengarah sekarang buat filem yang entah2,tiada makna langsung.Yasmin lain,dia buat filem untuk orang Malaysia,bukan setakat untuk orang Melayu.

    0

    0
  26. Joe says:

    Metrowealth, ahmad berdeham kalau buat cite hantu komedi, or cite hantu, mesti baca mentera menggunakan nama ALLAH, kalau buat cite komedi buat lah mentera komedi, apa bangang sgt diorg.

    0

    0
    • Aku Anak Ayam says:

      itu namanya benda2 agama tak boleh bawak main la berghh, wlupon nak bergurau tapi kalau bab agame kn la seriusss..ape cetek bebenoo akal kome niii

      0

      0
  27. […] Melihat kepada tajuk sahaja sudah boleh senyum apatah lagi pergi menonton sendiri ke panggung. Hantu Dalam Botol Kicap filem komedi seram taruhan terbaru MIG. Filem ke 55 terbitan MIG ini merupakan filem arahan Azhari Zain atau lebih mesra dikenali sebagai … Continue reading → […]

    0

    0
  28. umi says:

    ni la hantu paling cute…ada lesung pipit…

    0

    0
  29. Hamzal says:

    Dah gi tgok semlm… Tak berapa best.. Ngangkung lagi BEST!!

    0

    0
  30. @ina says:

    hantu kopek? patutlah aku nmpk yang selambak kat dada angah tu mcm kopek je.. dah xde maruah ke org wat filem ni. aku yg perempuan ni malu tgk kopek dipermainkan dan ditayang mcm tu je..

    0

    0
  31. budak cute says:

    menyesal saya tengok cite nie…x best langsung…hampeh….

    0

    0
  32. nmpk jauh,tp dekat says:

    cite hantu kelakar,hantunye hampeh.kelaka pon hampeh..sikit tak kelaka..jln cerita hancur..tak logik!!! hbeskan duit je tengok..agak2 lah nk buat cite pon.. nk tgok malu lah..sape nye cite lah nih.. tk malu ke..

    0

    0
  33. neverwinter says:

    alaaaa…biasenya dari filem-filem yang kelakar mcm ni la mulanya lawak jenaka yang orang ramai selalu guna.

    0

    0
  34. neverwinter says:

    alaaaa…biasenya dari filem-filem yang kelakar mcm ni la mulanya lawak jenaka yang orang ramai selalu guna. Tak gitu semuaa..

    0

    0
  35. Aku rasa mcm nak tampar jer budak gemuk dlm rancangan Jangan Tidur Lagi tuh says:

    Lawak murahan just utk tarik perhatian org menonton… tak wajar la seorang pensyarah mengarah filem sampah gini…. Filem KL Gangster tu pon bukan bagus sangat tapi still okay sebab tak sampah.. Kesimpulan nyer, biar tak bagus, jangan sampah…

    0

    0
  36. sakura eagle says:

    mmg btoll citer hantu jer yg lebih skrg nihhh…ntah ape2 ntah…yg baik d jadikan teladan…

    0

    0
  37. Afiq h says:

    nasib aku lebih denga ramalan membe aku..xtengok…hahahaha…

    0

    0