Baru-baru ini, Fizo Omar dan isterinya Mawar Karim telah membuka sebuah restoran yang berkonsepkan makanan Thai dikenali sebagai Fizo Mawar Kitchen yang terletak di Bangi.
Mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada peminat, restoran beliau baru-baru ini telah mendapat ulasan yang kurang memuaskan di sebuah blog tempatan. Dalam ulasan tersebut, pemilik blog Kisah Emas Putih ada menyatakan perkhidmatan Fizo Mawar Kitchen terlalu lambat dan makanan yang dihidangkan jauh diluar jangkaan beliau
Walaubagaimanapun, ulasan itu membuatkan Fizo Omar kurang selesa dengan cara pemilik blog itu mengkritik restoran miliknya.
Saya bukan tidak boleh terima kritikan orang ramai tentang kelemahan restoran saya tetapi cara penulisan dan niat sebuah blog dalam ulasannya baru-baru seperti berniat tidak baik.
Kita boleh baca penulisan tersebut dan menilai niat penulis itu untuk menegur. Apa salahnya dia menegur dengan cara yang lebih baik seperti menghantar e-mel atau mesej peribadi kepada saya.
Fizo juga menjelaskan punca perkhidmatan di restoran beliau agak lambat kerana pekerja tidak menang tangan kerana menerima terlalu ramai pelanggan sejak hari pertama ia dibuka.
Sejak dibuka memang terlalu ramai yang datang sehingga tiada tempat duduk dan pekerja yang pada awalnya hanya 15 orang terus saya tambah menjadi 30 orang.
Saya akui perkhidmatan agak lambat kerana restoran ini baru beroperasi dan kami masih mencari sistem yang terbaik agar semua berjalan lancar. Saya juga minta maaf jika ada yang menunggu hidangan agak lama kerana setiap makanan kami ada prosuder operasi yang perlu diikuti setiap pekerja.
Sudah menjadi satu perkara yang agak viral, pemilik blog tersebut telah tampil memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menjatuhkan perniagaan Fizo.
Erm, pemilik blog itu pun sudah minta maaf jadi tidak perlu panjangkan lagi benda ini. Apa-apapun Fizo Omar harus cuba untuk memperbaiki kelemahan yang ada agar tidak lagi menjadi bahan kritikan orang lain pula.