Remy Ishak Kena Bantai Dengan Kak Pora Dalam BiPop

Hiburan

Remy Ishak Kena Bantai Dengan Kak Pora Dalam BiPop

remy ishak kena bantai

Wow. Marah betul Kak Pora daripada BiPop dengan Remy Ishak. Terkejut dan terkesima Abang Nara membaca tulisan Kak Pora semalam. Adakah benar Remy Ishak bersikap kurang ajar dengan para wartawan? Kalau benar, memang agak tidak profesional sikap Remy Ishak. Yang jelas Kak Pora agak sentap dengan Remy Ishak kerana tidak mengenali wartawawan yang menemuramahnya:-

Advertisement

Yang menariknya apabila ditanya status diri yang nampak lebih dominan dengan watak romantik, terus Remy meloncat sampai mengeluarkan kenyataan “tak fahamlah sesetengah orang yang tak buat research”. Hai Remy, ada juga orang bersekolah tak habis macam kau tapi tetap pandai bawa diri dan boleh juga jadi jutawan. Tapi macam kau ini, soalan senang pun salah tafsir, tak bodoh sombong namanya tu? Konon wartawan tak buat kajian, sedangkan diri sendiri dah beberapa kali wartawan sama menemubualnya pun, dia tak ingat nama wartawan tu, jadi dia sendiri buat research ke?

Pedih sungguh ayat Kak Pora di atas. Tapi ada betulnya jugak kan? Adakah Remy Ishak sudah mula besar kepala? Atau mungkinkah Remy Ishak sedang berkecamuk kepala memikirkan statusnya sebagai Hero Malaya kini sudah dirampas Shaheizy Sam? Kalau benar sikap Remy seperti di atas, Abang Nara pun agak kecewa.

Baca entri ini sepenuhnya untuk membaca luahan hati Kak Pora terhadap Remy Ishak.

BUKAN sesuatu yang pelik apabila teman Kak Pora mengadu sikap pelakon lelaki yang perasan diri `aktor kelas A’ macam Remy Ishak.

Sebelum ini, Remy pernah buat hal, jadi sudah dijangka penyakit lamanya menyerang semula. Yalah, nama Remy sekarang tengah meledak popular selepas menang kategori Pelakon TV Lelaki Popular, mungkin dia dah mula rasa besar kepala.
Kak Pora sendiri kebetulan berada di studio ketika Remy dan kekasihnya yang tidak mengaku kekasih, Tiz Zaqyah datang mempromosikan filem terbarunya, Nur Kasih The Movie, baru-baru ini. Remy dan Tiz tak kenal Kak Pora, jadi Kak POra cuma tengok saja perangainya pad hari tu. Pada sesi temu bual bersama teman Kak Pora, daripada jawapannya sudah nampak warna sebenar diri Remy yang sombong!
Jawapan diberinya acuh tak acuh saja. Bersungguh-sungguh teman Kak Pora mahu menaikkan mood Remy, cubalah bergurau dan mengusiknya. Tapi lain yang digurau, lain pula yang difahaminya. Tiba-tiba dia sentap tak tentu pasal. Sensitif sangat ke gurauan ‘suka bermanja di rumah’ yang diperkatakan dalam temubual tu, sampai terus cop teman-teman Kak Pora berfikiran sempit. Hello Remy, faham tak orang bergurau atau bercakap serius, mana perginya deria rasa kau tu?

Yang menariknya apabila ditanya status diri yang nampak lebih dominan dengan watak romantik, terus Remy meloncat sampai mengeluarkan kenyataan “tak fahamlah sesetengah orang yang tak buat research”. Hai Remy, ada juga orang bersekolah tak habis macam kau tapi tetap pandai bawa diri dan boleh juga jadi jutawan. Tapi macam kau ini, soalan senang pun salah tafsir, tak bodoh sombong namanya tu? Konon wartawan tak buat kajian, sedangkan diri sendiri dah beberapa kali wartawan sama menemubualnya pun, dia tak ingat nama wartawan tu, jadi dia sendiri buat research ke?

Alah, Kak Pora sudah masak sangat dengan penyakit pelakon popular macam ni, sengaja nak menunjuk-nunjuk yang dia dalam kelas tersendiri dan kalau sesiapa nak menemubualnya perlu berhati-hati menyusun soalan. Eh, kau ingat kau siapa? Datuk Rahim Razali, Eman Manan, Nasir Bilal Khan atau Rosyam Nor? Tahap Shaheizy Sam pun jauh lagi kau nak kejar!

Aktor senior pun kalau ditemubual masih boleh bergurau dan tak kisah nak menjawab soalan nakal. Orang serius macam M Nasir pun tak buat perangai macam kau ketika ditemubual. Kat mana kau belajar, datang mempromosikan filem, tapi wartawan cuma boleh tanya soal filem itu saja, bukan peribadi? Kau tu artis, jadi kena tanyalah macam-macam pasal diri kau. Biasalah kerja wartawan macam itu.
Kira OK juga kawan Kak Pora tak sentuh soal cinta atau tahap disiplin kau yang selalu dikatakan ‘hancus’. Ada seorang teman pernah merungut, berjanji dengan Remy selalu bermasalah, pernah janji dengan dia jam 11 pagi, tapi munculnya jam 1.30 petang pada hari Jumaat. Selepas tu, tahu pula dia bengang apabila orang nampak dia di pejabat pada masa itu lalu tuduh Remy tak solat Jumaat seperti tertera dalam Twitter.

Sebelum ini, Kak Pora dengar macam-macam hal mengenai Remy, tapi Kak Pora tak nak percaya. Tapi, kejadian ni, Kak Pora nampak depan mata, sakit hati bila tengok pelakon berangan macam ni. Sudahlah datang untuk minta buat publisiti, bila dah datang, perasan diri macam `diva’. Kak Pora yang menunggu kedatangan pelakon lain untuk sesi fotografi tercengang melihat gelagat dan ‘drama’ Remy. Bukan apa, sudahlah tak faham soalan tapi berlagak macam dia saja yang cerdik.

Maaf cakaplah Remy. Bagi Kak Pora, pelakon macam kau ni adalah spesis yang akan cepat pupus dalam industri filem. Yalah, jenis berlagak tak tentu hala. Memanglah sekarang tengah laris tapi kita tunggu sampai bila Remy boleh bertahan sebab filem-filemnya bukan meletup sangat pun, suam-suam kuku saja! Filem Cun pun tak hebat pun kutipannya.

Ingatlah, kat luar sana ramai lagi aktor muda yang berbakat, berhemah, tak sombong dan cerdik. Kalau Remy rasa wartawan cuma pengacau hidupnya, umumkan saja tak perlukan lagi media massa. Noktah! Sebenarnya Kak Pora kagum dengan kawan-kawan kerana mereka tetap sabar melayan kerenah dana perangai jelik Remy. Kalau ikutkan sebelum ni, bukan mereka tak pernah halau pelakon berlagak dan tidak sedar dek untung.

Cuma, agaknya mengenangkan syarikat produksi serta PR yang bersungguh-sungguh melakukan kerja untuk promosi filem Nur Kasih The Movie, sesi temubual terpaksa diteruskan. Kalau kena pada Kak Pora, memang Kak Pora terus angkat kaki tapi sebelum tu, suruh Remy balik rumah cerminkan mukanya dulu. Tak kuasa melayan individu yang diserang penyakit perasan diva macam ini. Remy ingat dia popular sampaikan wartawan terhegeh-hegeh minat padanya, tolonglah sikit!

Kalau kami bertanya macam-macam, itu tuntutan tugas bukan untuk pengetahuan peribadi. Setakat nak tanya pasal filem barunya tu, lebih baik tunggu saja di pawagam. Kak Pora ingat insiden kelakar bodoh itu habis di situ, rupa-rupanya sepeninggalan Kak Pora dari studio, ada lagi kejadian lain. Remy sanggup meninggikan suara apabila disuruh beraksi dalam gaya yang dia tidak sukai.

Kak Pora dapat bayangkan bagaimana sikap keterlaluan Remy ni. Semua orang di studio terkejut. Jurugambar pun dah tak selesa nak ambil gambarnya. Mana budi bahasa yang selalu ditunjuk depan kamera tu. Kalau tak suka, cakap elok-elok. Inilah susahnya cepat sangat naik dan berasakan dirinya dah popular ketika ini. Tu belum dapat gelaran Bintang Paling Popular lagi.

Jadi daripada hati sakit kononnya dipaksa-paksa dan kami pula menahan sakit kepala berdepan ragam ‘pelakon istimewa’ macam kau ni, bukankah senang lain kali tak payah datang untuk buat promosi filem. Ingat, bukan wartawan yang menjemput kau datang, kau yang menyerah diri untuk buat publisiti! Sebagai tuan rumah, kami melayan seelok mungkin.

Lagi satu, janganlah nak menghubungi kawan-kawan Kak Pora yang untuk cuba menjelaskan keadaan dan menegakkan benang basah. Sebab, beberapa jam selepas kejadian itu, kau dalam Twitternya boleh cakap `aku seorang pelakon, bukan penjaga hati orang’. Meluatlah Kak Pora artis macam ini. Jangan sampai wartawan hiburan berpakat untuk boikot kau nanti…

KAK PORA: Kagum dengan sikap Rosyam Nor yang pandai jaga hati wartawan dari dulu sampai sekarang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...