Written by serenity | February 7th, 2012

Remy Ishak mula meletup namanya setelah berlakon dalam drama Nur Kasih arahan Kabir Bhatia. Baru-baru ini tersebar desas-desus yang pelakon ini telah putus cinta dengan pasangannya dalam drama tersebut. Masing-masing dikatakan telah berhenti ‘follow’ antara satu sama lain di Twitter. Kebenarannya tidak dapat dipastikan tetapi apa yang menarik, Remy Ishak kini memiliki blog dan entri terbarunya, dia bercerita tentang kehidupannya yang sukar sewaktu mula-mula sampai ke Kuala Lumpur:-

Bila duduk sorang-sorang macam ni aku selalu terkenang, mengimbas masa-masa silam aku,
susah payah aku menempuh hari-hari di kota Lumpur seorang diri semata-mata nak mencari rezeki.

Daripada  zaman aku cuci pinggan kat mamak stall, kerja nite club, kerja restoran, kerja hotel sehinggalah aku berada ditahap ni. Walaupun bukan satu tahap yang bagus, tahap yang boleh dibanggakan lagi, tapi sekurang-kurangnya aku telah merubah diri dan jalan hidup aku dari satu tahap ke tahap yang lain. Aku selalu macam tu, mengenang nasib badan dan mushabah diri.

Dari budak kampung yang buat kerja part time cuci kereta, kerja pasar, kerja buruh, aku berhijrah ke kota Lumpur untuk merubah hidup dan keluarga aku.
Ye… aku berubah, sekurang-kurangnya sekarang keluarga mampu tersenyum atas perubahan yang telah  aku lakukan.

Aku bukannya tahu yang aku pernah ada sedara-mara di KL masa mula-mula sampai kat sini dulu,
dan aku pun tak pernah nak menyusahkan dia orang untuk tanya dan ambil tahu dimana dia orang berada kalau dia orang ada kat sini sekalipun.
Bagi aku.. bila aku menjejakkan kaki aku di kota lumpur ini, aku sendiri yang harus mencorakkan kehidupan aku, aku sendiri yang kena pilih untuk jadi apa yang aku mahu dalam hidup aku.
Ini ruang hidup aku, dan aku kena berdikari untuk mencari dan menjadi yang terbaik.
Maka, oleh kerana ada pemahaman yang macam tu dalam benak kepala aku, itu yang ‘end up’ aku tidur dalam masjid masa mula-mula sampai kat sini dulu :)

Aku selalu sedar…, aku selalu mengenang perjalanan-perjalanan aku di kota lumpur.
Aku selalu bersyukur sebab tuhan tak terlepas pandang pengorbanan, perbuatan dan amalan aku,
dan sampai sekarang pun.. aku tak pernah lupa dan sedar tentang asal usul aku.
Syukur Alhamdulillah…

Orang boleh bercakap atau membuat apa saja kesimpulan yang negatif pasal diri aku,
hakikatnya, mereka yang bercakap pasal aku tu tak tahu.., mereka tak kenal pun siapa diri aku yang sebenarnya.
Mereka bukan sahabat mahupun keluarga aku, tapi mereka bercakap mengenai aku seolah-olah mereka mengenali rapat diri aku. Mereka sekadar mengenali dari pandangan mata kasar, dan juga perkhabaran yang datang dari mulut ke mulut.
Tak mengapa… aku maafkan kamu.

Aku tak minta semua orang untuk tahu pasal diri dan karakter aku,
kerana ini adalah lukisan dan tulisan hidup dari tuhan terhadap aku,
Ini adalah antara aku dengan-Nya.
Jadi.. biarlah mereka yang lain terus berkata apa saja yang mereka mahu,
dan biarlah ‘Dia’ yang satu, tahu tentang kebenarannya.

Dengan manusia..,
aku jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang manusia.
Cuma apa yang aku perlukan adalah, rasa hormat terhadap pendirian, pemahaman dan perjalanan hidup aku sebagai manusia daripada manusia yang lain.
Tak kiralah samada kita mengenali antara satu sama lain ataupun tidak, sifat menghormati itu adalah sifat yang terpuji disisi  Allah SWT.
Beringatlah sementara kita semua masih berpijak dibumi-Nya..
Kita kena selalu sedar siapa diri kita…

Kami tidak pasti apakah ini ialah reaksi Remy kepada desas desus beliau telah putus cinta itu. Untuk membaca sendiri blog Remy, klik di sini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

51 responses to Remy Ishak – Hidup Susah Sewaktu Mula Sampai Ke Kuala Lumpur

  1. fathi says:

    Good luck bro…

    0

    0
    • Selitone says:

      *Baru-baru ini tersebar desas-desus yang pelakon ini telah putus cinta dengan pasangannya dalam drama tersebut. Masing-masing dikatakan telah berhenti ‘follow’ antara satu sama lain di Twitter.

      ~Tiz, JIKA BENAR ruang itu telah dikosongkan… Biarlah abang Selitone isikan (AS SOON AS POSSIBLE). Biar Abang isikan dengan kasih dan sayang abang.

      Ketahuilah Tiz, Tiadalah keperluan untuk Tiz menanti habisnya tempoh Iddah, kerana putus chenta itu bukannya ada satu tempoh yang harus dinantikan. Its not a big deal; cakap omputih < Bukti Abg Selitone juga ada Well Ingelish edukation.

      Pat pat siku lipat,
      Siapa cepat… DIA dapat.

      Biarlah Abang Selitone menjadi DIA.

      Yang Mengharap…
      Selitone Cold

      0

      0
    • K says:

      bukan ke twitter tiz dah xde?? sbb die leka klu ade twitter so die ade fb je skang kan..dah lame kot…

      0

      0
    • best la, dia post kat blog , semua awek bersimpati dan mahu jadi pengganti. abih saya ni dulu pun kerja ngangkut barang, keje warehouse bookstore, kfc, cuci kereta, tingkap, pak guard segala takde pun yg peduli……… ini diskriminasi. tiz, kalau awak baca, tolonglah saya. saya…. saya kesepian….

      0

      0
    • ahkak puaka says:

      when i look at remy i teringat short film comolot dia dulu tu.scene dia peluk budak gay tu really makes me horny.peluk dari belakang (both were shirtless,taktau la pulak kalau bogel.hmmm) then sabunkan.even its only shown 3seconds in the film but long enough to make me fapping dear remy.love u remy!

      0

      0
  2. wawa says:

    huu~agk sadis d ctu

    0

    0
  3. suarezzz says:

    muka bangla

    0

    0
    • projek meriam says:

      muka bangla? hinakah bermuka bangla? ckap macm orang xde spm…

      0

      0
      • tutti fruitti says:

        remy nie kan org masjid tanah melaka…mmg org sane byk berkulit gelap sedikit cam remy nie…bercakap takde guna otak camtu arr….lagi pun org melaka kan ade yg campuran portugis…mmg org portugis kulit gelap…tak kira ler dia cam bangla ke..tapi dia masih blh merendah diri,kenal sape diri dia sebenarnye dari org yg hanya pandai cakap…n tak sedar diri….!

        0

        0
    • ape-ape aje says:

      laaaaaaa…klu muka BANGLA pa salahnye????

      0

      0
    • amoi comel says:

      suarezzz: kurang ajar ar mulut ko ni!!!!!!!!!

      0

      0
    • winwin says:

      Haha. Myanmar la… Serius..muka Remy sama cam patient aku hari tu..dari Myanmar. Hensem what..

      0

      0
    • suarezzz says:

      kah kah ramainya butthurt…prangai supa bangla je suma…lahabau!

      0

      0
    • adik tenuk says:

      tah korg ni.. xbaik tau ckp abg remi aku cmni..
      mana ada muka dia mcm bangla.. muka dia mcm tenuk je lah..

      yg benar,
      adik tenukmu di kejauhan.

      0

      0
    • akokmanis says:

      bangla ke myanmar ke…dia ni memang umph…….

      0

      0
  4. i am xoxo says:

    majukn diri n x malu dgn asal usul.bagus2…

    0

    0
  5. Ana Lee says:

    pengalaman itulah yg merubah perjalanan hidup kita…
    harap2 remy takkan lupa asal2 die… amin..
    sama sama kita doakan yg terbaik utk dia..
    think positif always…

    0

    0
  6. meeradriana says:

    orang mcm ni akan bjaya satu hari nanti..
    walaupun lambat tapi sekurang²nya kita berusaha.. :)

    0

    0
  7. banglakong says:

    pernah jumpa dia live.tiada istilah menghina ke apa.mmg muka dia iras2 bangla kalau tgk live.apa pun tahniah dia berjaya mencorakkan kehidupannya sehingga dikenali ramai.

    0

    0
  8. ntahapaapantah says:

    aku dlu pn 1st time smpai KL tdo kt pam minyak.. nk blaja nyer psl kt KL.. mcm2 hal beb.. duit xckup.. mcm2 keje part time aku keje.. tp alhamdulillah.. skang aku brkerja sbg pereka grafik.. setiap usaha dan penat lelah kita diikuti dgn niat yg baik brserta doa yg slalu kita panjatkn ke ALLAH S.W.T insyallah dia akn makbulkn..

    0

    0
    • amoi says:

      aku anak sulung. aku dulu hbs stpm, keje GSTT. duit gj GSTT aku guna untuk masuk u. then, sambil blaja aku keje part time dari tahun pertama hingga tahun akhir. handset, blaja keta & keta aku beli dgn duit gaji sendiri. tapi khdpnku berbeza dgn adk2 ku. mereka x betah hdp susah. hatta nak blaja keta, minta spon aku.huhu…

      0

      0
  9. […] Remy Ishak mula meletup namanya setelah berlakon dalam drama Nur Kasih arahan Kabir Bhatia. Baru-baru ini tersebar desas-desus yang pelakon ini telah putus cinta dengan pasangannya dalam drama tersebut. Masing-masing dikatakan telah berhenti ‘follow’ antara satu sama lain di Twitter. … Continue reading → […]

    0

    0
  10. mawar says:

    Terharu, jadikan contoh untuk teruskan idup.

    0

    0
  11. triple j says:

    “aku juga teringat sewaktu mula2 diriku datang ke kl. wpun diriku dah dapat kerja yg ok sebagai waitress, namun itu belum cukup buatku, lalu aku menjadi bartender serve arak kat customers. namun setelah aku akhirnya berjaya menempah nama selepas couple dengan seorang awek anak org kaya dan ada nama, namun aku buat spoil lepas melampangnya kat tingkat bawah rumahnya, akhirnya aku dibeduk dan dia lari bawa diri ke australia. tapi takpa, aku dah berjaya sekarang sebagai seorang pelakon dan dah ada awek baru huhu” – hero malaya

    0

    0
    • Farahzana says:

      Hoi mangkuk, at least dia berjaya ubah hidup dia ke arah yg lebih baik tanpa pertolongan KAU!! Awek tu citer lama lah, jgn ungkit lagi, kau tahu citer sebenor? Pls lah jgn cemburu dgn kejayaan org patut ye kau ambik iktibar.

      0

      0
  12. nureisha says:

    semoga tabah dalam menempuh segala dugaan .kami tetap menyokong ….

    0

    0
  13. Toya says:

    Remy, lu nye cite, lebih kurang sama ngan gua beb. Gua..mula2 sampai KL cuci pinggan gak. 5 tahun tnpa gua sedar masa berlalu, gua masih lagi cuci pinggan kat sini. Gua confius bro..

    0

    0
  14. orang JOHO says:

    ape pun yg terjadi pade kire yg sedang mengejar cita-cita..ingat 1 pekara..yang bapak no 2 kite pesan Syed Mokhtar al-Bukhari..pesan beliau pada anak melayu..”JALAN KEJAYAAN YG SUKAR ITULAH JALAN YG AKAN KEKAL”..beliau..dato ct..amy search xdtg dari keluarga senank..xde diploma..SPM TEAM jeww..mereka tebas semak samun..buka jalan sendiri..tar jalan sendiri..wow…melayu mmg hebat.

    0

    0
  15. tutty frutty says:

    juz for yr info nara, tiz dh dekat setahun tutup akaun twitter dia..yg ada tu semua fake..so jgn la psl folo xfolo tu jd kn kes diorg gduh..

    0

    0
  16. kak nyah says:

    x sangka remy pernah hidup susah
    terharu bila baca citer ni
    remy seorg yg berhati mulia
    muka pon hensem penuh kejantanan
    akak lagi suka remy dari si johan asari tu
    eeee geli aku dgn si johan buruk muka mcm badut indon tu

    apa pun akak doakan remy tabah
    akak sedia jadi pengganti tiz
    akak lagi cantik dari tiz tau
    muka akak mcm fasha sandha
    tinggi 6 kaki berat 60kg
    kerana diriku begitu berharga
    jgn marak u olss

    0

    0
  17. kikilala says:

    klu xtau cite sebenar..jgn wat andaian yg bukan2..love RITZ..

    0

    0
  18. lemon says:

    mula suka tgok lakonan remy sejak drama sindarela..sejak tu selalu ikut perkembangan remy.mmg terniat nk stop ikut perkembangan remy,tpi tk boleh..bukk lappy jari nih tertarik2 nk menaip nama rmey ishak kt google..btw,syukur rezeki Allah utk remy.moga yg terbaik utk remy:)

    0

    0
  19. cicakiut says:

    Baguslah kalau ingat asal usul dan tak lupa diri! Semoga lebih berjaya dalam kehidupan dan sentiasa ingat Allah dan ibu bapa untuk mendapat keredhaan hidup!

    0

    0
  20. Kakiwayang says:

    wah, start blog terus……dah tentu gadis2 semua pantas menjadi follower…haha.. btw, betul ke Tiz dah kembali single…aiyaya…

    0

    0
  21. NenekPenne says:

    baguslah kalau tak lupa asal usul
    baguslah kalau sedar diri tu penah susah dulu

    0

    0
  22. Elok la tu.... says:

    Alhamdulillah tak lupa diri dan asal usul. Humility in life goes a long way! Moga sukses!! ~

    0

    0
  23. kasut putih says:

    Semoga keperitan semasa mula2 nak jadi artis dulu menjadi ingatan utk Remy dan lainnya..
    apa? dah putus dengan tiz? jeng jeng jenggg..

    0

    0
  24. aku says:

    baguslah Remy kalau kita sentiasa sedar kita berpijak di bumi Nya..
    yg memberi rezeki, yg menjadikan kau dari 0 to Hero semuanya dtg
    dari Allah SWT.. tak kisahlah putus cinta ke apa yg penting hidup mesti diteruskan!

    0

    0
  25. Rin says:

    amboi.. x sgka remy pndai mnulis.. terharu plak baca cite nya..

    remy, adiputra n aaron… suke blake dorang ni dlm lakonan smda drama @ filem.

    0

    0
  26. PerutKambingKuBuncit says:

    aku ingat remy org kedah/perlis…cakap utara pandai….

    0

    0