Remy Ishak – Hidup Susah Sewaktu Mula Sampai Ke Kuala Lumpur

Hiburan

Remy Ishak – Hidup Susah Sewaktu Mula Sampai Ke Kuala Lumpur

Remy Ishak mula meletup namanya setelah berlakon dalam drama Nur Kasih arahan Kabir Bhatia. Baru-baru ini tersebar desas-desus yang pelakon ini telah putus cinta dengan pasangannya dalam drama tersebut. Masing-masing dikatakan telah berhenti ‘follow’ antara satu sama lain di Twitter. Kebenarannya tidak dapat dipastikan tetapi apa yang menarik, Remy Ishak kini memiliki blog dan entri terbarunya, dia bercerita tentang kehidupannya yang sukar sewaktu mula-mula sampai ke Kuala Lumpur:-

Bila duduk sorang-sorang macam ni aku selalu terkenang, mengimbas masa-masa silam aku,
susah payah aku menempuh hari-hari di kota Lumpur seorang diri semata-mata nak mencari rezeki.

Daripada  zaman aku cuci pinggan kat mamak stall, kerja nite club, kerja restoran, kerja hotel sehinggalah aku berada ditahap ni. Walaupun bukan satu tahap yang bagus, tahap yang boleh dibanggakan lagi, tapi sekurang-kurangnya aku telah merubah diri dan jalan hidup aku dari satu tahap ke tahap yang lain. Aku selalu macam tu, mengenang nasib badan dan mushabah diri.

Dari budak kampung yang buat kerja part time cuci kereta, kerja pasar, kerja buruh, aku berhijrah ke kota Lumpur untuk merubah hidup dan keluarga aku.
Ye… aku berubah, sekurang-kurangnya sekarang keluarga mampu tersenyum atas perubahan yang telah  aku lakukan.

Aku bukannya tahu yang aku pernah ada sedara-mara di KL masa mula-mula sampai kat sini dulu,
dan aku pun tak pernah nak menyusahkan dia orang untuk tanya dan ambil tahu dimana dia orang berada kalau dia orang ada kat sini sekalipun.
Bagi aku.. bila aku menjejakkan kaki aku di kota lumpur ini, aku sendiri yang harus mencorakkan kehidupan aku, aku sendiri yang kena pilih untuk jadi apa yang aku mahu dalam hidup aku.
Ini ruang hidup aku, dan aku kena berdikari untuk mencari dan menjadi yang terbaik.
Maka, oleh kerana ada pemahaman yang macam tu dalam benak kepala aku, itu yang ‘end up’ aku tidur dalam masjid masa mula-mula sampai kat sini dulu :)

Aku selalu sedar…, aku selalu mengenang perjalanan-perjalanan aku di kota lumpur.
Aku selalu bersyukur sebab tuhan tak terlepas pandang pengorbanan, perbuatan dan amalan aku,
dan sampai sekarang pun.. aku tak pernah lupa dan sedar tentang asal usul aku.
Syukur Alhamdulillah…

Orang boleh bercakap atau membuat apa saja kesimpulan yang negatif pasal diri aku,
hakikatnya, mereka yang bercakap pasal aku tu tak tahu.., mereka tak kenal pun siapa diri aku yang sebenarnya.
Mereka bukan sahabat mahupun keluarga aku, tapi mereka bercakap mengenai aku seolah-olah mereka mengenali rapat diri aku. Mereka sekadar mengenali dari pandangan mata kasar, dan juga perkhabaran yang datang dari mulut ke mulut.
Tak mengapa… aku maafkan kamu.

Aku tak minta semua orang untuk tahu pasal diri dan karakter aku,
kerana ini adalah lukisan dan tulisan hidup dari tuhan terhadap aku,
Ini adalah antara aku dengan-Nya.
Jadi.. biarlah mereka yang lain terus berkata apa saja yang mereka mahu,
dan biarlah ‘Dia’ yang satu, tahu tentang kebenarannya.

Dengan manusia..,
aku jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang manusia.
Cuma apa yang aku perlukan adalah, rasa hormat terhadap pendirian, pemahaman dan perjalanan hidup aku sebagai manusia daripada manusia yang lain.
Tak kiralah samada kita mengenali antara satu sama lain ataupun tidak, sifat menghormati itu adalah sifat yang terpuji disisi  Allah SWT.
Beringatlah sementara kita semua masih berpijak dibumi-Nya..
Kita kena selalu sedar siapa diri kita…

Advertisement

Kami tidak pasti apakah ini ialah reaksi Remy kepada desas desus beliau telah putus cinta itu. Untuk membaca sendiri blog Remy, klik di sini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...